bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, May 29, 2006

Cuti sekolah datang lagi....yehaaa!!


Assalamualaikum..


alahai...kecoh betul pasal AF4 niekan??? .....Siti Situ Sana Sini......orang bercakap....bersembang...bertekak pasal benda nie. Tepu dah telinga aku ...tapi nak buat macam mana...dah minat ....layannnnn!!! Bila aku lawat rumah orang sini...ceritanya...AF4.....gei rumah orang sana.... ceritanyaAF4.....jengah rumah orang sinun .... ceritanya juga AF4. Banyak jugak la info yang aku dapat. Ada juga yang sampai ke tahap kutuk-mengutuk...dahsyat tuh!!!...sabo yer kengkawan...Kalau anda meminati seseorang pelajar AF tu...please hah!!!! jangan dok kutuk pelajar yang lain.....tak suka...tak suka juga....kutuk-kutuk jangan arr...dosa beb!!!...*bukan marah....nasihat!!*


Dalam pada tuan-tuan rumah yang lain sibuk 'menyiarkan' maklumat secara terus-menerus....*cam siaran langsung gitu*...hehehehe...aku tetap dengan duniaku. Bukan tak nak mengikut peredaran situasi...cuma aku rasa ...jadi-jadilah ek....biar orang lain yang buat 'kerja' tu.....aku lebih senang jadi penonton ..dan memilih dan menyokong siapa yang aku rasakan menepati citarasa aku.....walau siapa pun dia. Kalau dulu aku sibuk mengAfundi Mawi....tahun nie belum tahu lagi. Mungkin aku tidak akan mengvote.....bukan boikot...tapi aku rasakan...zaman itu telah berlalu buatku....dah otai arr beb!!!! hahahahaha. Result pun dah keluar...cam result periksa pulak...yeay!!! go Haziq go!!! Come on Johorian....huhuhuhu



Cuti sekolah dah bermula!!!!


Pertama sekali aku ingin ucapkan Selamat Bercuti kepada anak-anak didik serta warga pendidik walau di mana anda berada. Seronoknya....dua minggu tuh!!.Tapi bagi sesetengah dari mereka....masih ke sekolah kerana mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah...especially for Year 6 pupils. Guru-guru yang terlibat ....bersabar yer...selalunya kelas tambahan ini diadakan pada minggu pertama sahaja.....sebab pihak sekolah juga peka dan prihatin terhadap keperluan murid-murid serta guru-guru. Mereka juga perlukan rehat. Namun ada juga sekolah yang mengadakan kelas tambahan sepanjang cuti persekolahan ... aku tidak pasti kenapa. Apakah mereka tidak peduli dengan hak cuti yang diberikan? Kasihan mereka...terpaksa ke sekolah walau dalam hati hanya Allah yang tahu. Memang lah mereka nie kena ikhlas...tapi kalau dah 'dicuri' cuti yang ada....masa rehat di 'rampas'.....mana ada keikhlasan lagi.....pahala bertukar menjadi dosa...apa tidaknya..merungut aje...hehehehe. Aku memang salute pada cikgu-cikgu yang sentiasa berkorban nie....sebab setahu aku...setiap kelas tambahan yang diadakan semasa cuti sekolah adalah atas usaha guru itu sendiri....so they didn't get anything...just satisfaction. ...so aku harap anak-anak murid tidak ponteng yer...hargailah jasa guru anda..



Bagi mereka yang tidak perlu menghadiri kelas tambahan...tentu sekali parents mengambil peluang ini untuk membawa anak-anak makan angin. Aku rasa ini adalah waktu yang paling sesuai....masa bersama keluarga. Anak-anak mereka perlukan perhatian. Kalau pada hari persekolahan anak-anak hanya dapat bersama ibu dan bapa mereka pada waktu malam sahaja..quite limited. Waktu persekolahan adalah bermula seawal 7.30 a.m dan berakhirnya pada pukul 1.30 p.m. Kemudian ...mereka akan ke sekolah agama pada pukul 2.00 p.m atau 3.00 p.m. Mereka pulang ke rumah lebih kurang pada pukul 6.00 p.m....kemudian meraka akan menghadiri kelas Al-Quran. Hanya sebelum maghrib mereka akan berada di rumah. Aku cukup kasihan dengan anak-anak muridku ini....terkejar-kejar menuntut ilmu. Kadang-kadang aku tidak memberi mereka kerja rumah yang banyak....*sebab kalau tak siap...aku juga yang naik angin*....aku lebih suka mereka menyiapkan tugasan di dalam kelas kerana selalunya bila mereka bawa pulang tugasan (yang tidak dapat disiapkan di sekolah)......dah tentu itu juga yang dibawa semula ke sekolah. Bila ditanya...mengapa kamu tidak siapkan tugasan?....jawapannya...terlupa cikgu!!!!.....saya tidur awal cikgu!!!!.....aduhhhh!! lantas aku mengarahkan mereka menyiapkan tugasan tersebut pada ketika itu juga. Aku harap.....parents juga bertindak selaku 'guru' di rumah dengan memastikan tugasan sekolah anak-anak mereka siap. *berdasarkan senario waktu persekolahan di Negeri Johor...khususnya di Muar.*



Apa-apa pun.....teruskan percutian....nikmatilah percutian anda....walau di mana saja destinasinya....yang penting..gembira!!! Aku belum tahu lagi kemana aku nak pergi cuti nie...konon-konon nak ke Pangkor...tapi rasanya macam ada kekangan. Tunggu dan lihat jer la...hahahaha.


"SELAMAT BERCUTI....."


Wassalam

Monday, May 22, 2006

Hari Guru 2006...bestnya!!

Assalamualaikum..


Banyak hari aku tak update rumah aku nie....bukan malas cuma tak berkesempatan. Minggu lepas dan minggu sebelum tu.. peperiksaan 1/2 tahun dijalankan. Sepatutnya peperiksaan tu cuma seminggu sahaja. Aku pun tak tahu apa sebab sebenarnya....maka peperiksaan ditangguhkan ke minggu berikutnya. Yang paling menyakitkan hati ...bila ianya melibatkan kertas Bahasa Inggeris. Sudah lah nak memeriksa kertas ini mengambil masa yang agak panjang..kertas bahasa memang macam tu....perlu banyak membaca terutama di bahagian membina ayat.....sesuka hati mereka menangguh2kannya. Aku memang tak puas hati. Bila aku cuba mendapatkan kepastian dari pihak pentadbir....mereka memberikan alasan yang aku rasa langsung tak masuk akal....aku rasa macam diperbodohkan. Mengamuk juga la aku ....biasa la..pok pek pok pek tuh!!!! hahahahaha.


Namun begitu...pada hari Selasa...*semalamnya peperiksaan 1/2 tahun disambung..paper BI*..aku tetap menyibukkan diri untuk memastikan sambutan Hari Guru tahun ini lebih meriah dari tahun lepas. Aku tinggalkan kertas peperiksaan tu kat rumah...saje,tak mahu tengok..kalau ternampak aku akan mula nak menanda....abis la semangat hari guru aku nanti..huhuhuhu
Bayangkan la..tanpa persediaan yang rapi serta latihan yang sempurna....aku turut serta dalam sukaneka yang diadakan. Tahun lepas...kami main bolajaring...tahun nie...aku serik kerana tahun lepas kaki aku terseliuh bahana bermain bolajaring tanpa latihan. Setakat sukaneka...no problem!!!! layannnnn!!!



Jam 7.30 pagi...anak-anak murid serta rakan-rakan seperjuanganku telah bersiap sedia menanti program Hari Guru peringkat sekolah dijalankan dengan penuh kesabaran. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ,Negaraku.....dan diikuti dengan lagu sekolah. Kemudian ...Guru Penolong Kanan HEM memulakan bacaan teks ucapan dari Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Panjang sungguh teks ucapan tu...nasib baik anak-anak muridku diarahkan duduk....kalau tidak..kasihan mereka....penat tuh!!! Guru Penolong Kanan 1 pula membacakan teks ucapan dari Menteri Pelajaran Malaysia. Tiba la kini acara yang dinanti2kan oleh anak-anak muridku...nyanyian dari guru-guru mereka...Guru Malaysia!!!..yeah..kami berjaya menyumbangkan lagu tersebut....muahahahaha. Semasa kami mendendangkan lagu Guru Malaysia, pada tika inilah murid-murid menyampaikan hadiah kepada kami, guru-guru mereka....kemudian...salah seorang dari anak muridku...mendeklamasikan sajak bertajuk....'Cahayamu...Guruku'....meremang bulu romaku...saat dia mendeklamasikan sajak
yang dia nukilkan sendiri..terharu sungguh!!


Perlawanan bolasepak antara guru-guru dan murid-murid lelaki.

Bagi acara seterusnya....kami terus ke padang bagi menyaksikan perlawanan bolasepak antara guru-guru lelaki dan murid-murid lelaki...pengadilnya adalah dikalangan guru. Aku pasti kalian dapat mengagak...siapa yang menang...yehaaaa!!! team guru!!!! Aku seperti biasa akan terjerit-jerit memberi sokongan kepada rakan seperjuanganku yang lain. Aku tak boleh nak tahan nak ketawa apabila ada diantara kawan-kawanku yang tertonggeng-tonggeng kerana berebut sebiji bola di kaki lawan.

Acara bagi guru-guru perempuan pula ialah....bowling...*tak percaya yer?* dan baling gelung rotan dalam skittle...yang sedang mencuba nasib dalam gambar tu...aku le...hahahaha. Most of us masa tu memakai baju kurung sekolah....malas nak tukar ke pakaian sukan kerana cuaca pada hari itu kurang baik...mendung jer...so kami mengambil keputusan untuk tidak menukar ke pakaian sukan. Hasilnya....lihatlah...aku bersukaneka dengan berbaju kurung...ok jugakan?? Tapi kami tidak dapat meneruskan sukaneka ni kerana tiba-tiba hujan turun!!!! Pada mulanya kami teruskan juga...buat derk gitu....tapi lama-lama makin lebat....terpaksalah kami berhenti berharap untuk meneruskan permainan.

Acara yang paling dinanti-nantikan ialah...persembahan!!! Mula-mula persembahan dari murid-murid.....kami para guru pakat gelak ramai-ramai. Macam-macam kerenah anak-anak murid kami ni...mereka agak kreatif...terhibur kami. Yang paling best ..persembahan dari murid tahun 1.....mereka menari tarian zapin...*tak sempat nak ambil gambar...sibuk kat bilik jamuan*...aku cuma dapat lihat dari jauh jer. Bila tiba perembahan guru.....terasa cam nak terkucil pun ada...hahahaha...bukannya apa....aku dah biasa buat benda-benda macam nie...maksud aku berdiri di hadapan orang ramai...dan buat perembahan..tapi kali ni aku rasa lain.....sku tidak bersedia sebenarnya. Kami para guru dikehendaki membuat persembahan secara berkumpulan. Akhirnya...I came out with an idea. Aku sarankan pada kawan-kawanku ...kami akan menyanyikan lagu Bila larut malam ...tapi diubah senikatanya...muahahaha. Memang lawak...persembahan bidan terjun tuh!! Aku jadi penyanyi utama...manakala kawan-kawan aku menjadi backup singer and dancer. Aku tak boleh nak nyanyi...bila terpandang kawan-kawan aku yang di belakang...dia orang buat lawak giler.Kalau lah kalian ada pada waktu itu...mesti kalian akan ketawa . The best thing is that...kumpulan kami menang..yahuuuu!! Aku sendiri tak sangka kerana aku ingatkan ianya sekadar persembahan. Hingga hari ini...bila murid-murid ku berselisih dengan aku...pasti mereka dendangkan lagu Bila larut malam dengan senikata baruku...huhuhuhu.

Sesungguhnya...sambutan Hari Guru tahun ini berbeza dari tahun lepas dan tahun sebelum-belumnya...kemeriahan dan suasananya jua tidak sama.......namun semangatnya masih sama....masih utuh. Malah semangat ini akan terus membara..... walau terlalu banyak tohmahan yang diterima....walau bergulung dugaan yang datang....walau bertimbun tugasan menunggu. Niat hanya satu....tekad tiada dua.....demimu....anak didikku!!!

Wassalam.

Tuesday, May 16, 2006

Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan..

Assalamualaikum...


Catatan aku kali ini...aku tujukan khusus buat rakan-rakan seperjuangan.....warga pendidik. Hari ini hari kita...lantaran itu aku mengucapkan Selamat Hari Guru....teruskan usaha murni dalam mendidik anak didik tanpa mengira siapa mereka. Kita pernah diibaratkan lilin...membakar diri bagi menerangi orang lain. Aku harap tanggapan itu tidak akan berakhir...jangan biarkan setitik nila ...menjahanamkan susu sebelanga.
Masih ingatkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan??.... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu , berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan Negara.
Lantaran itu...apa lagi...ayuh kita menjadikan ianya satu kenyataan.
Tentu kalian teringat...saat-saat posting pertama kaliankan???...pertama kali bergelar pendidik.....pertama kali menghadapi dunia pendidikan...berbeza di saat kita bergelar pelajar. Bagi aku...saat itu sungguh indah...walau aku di tempatkan sebuah sekolah...nun jauh di pendalaman. ...tanpa kemudahan asas. Namun aku berbangga dapat berbakti di tempat sebegitu. Ingin aku nasihatkan mereka yang masih baru bertatih dan berjalan di bidang perguruan ini.....aturkan langkah seiring dengan niat. Jangan terlalu 'demand'.....kalau semasa di interview...kita sanggup menerima apa saja apa yang diputuskan buat kita...aku benar-benar berharap....kalian tunaikan janji...kotakan kata-kata.
Bila tiba hari ini...kita akan sama-sama menyanyikan lagu keramat buat kita....dengan penuh semangat. Marilah sama-sama kita hayati bait-bait kata yang tersusun...khusus buat kita.



kami guru Malaysia..
berikrar dan berjanji..
mendidik dan memimpin..
putera puteri negara kita..
pada Seri Paduka...
kita tumpahkan setia...
rukun negara kita...
panduan hidup kami semua..
Di bidang pembangunan...
kami tetap bersama..
membantu
membina
negara yang tercinta..
amanah yang diberi...
kami tak persiakan..
apa yang kami janji...
tunai tetap kami tunaikan..



Bertepatan dengan tema hari Guru tahun ini...Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan..
berilah yang terbaik kepada anak didik kita....agar pendidikan cemerlang...menghasilkan pelajar gemilang....terlaksana. Gunakan kesemua kemudahan yang diberi...terutma sekali makmal komputer. Cikgu-cikgu Etems....laptop telah diberi...software untuk P&P juga telah banyak disediakan....gunakan semaksimum mungkin yer!!!
Apa-apa pun....aku tahu kalian adalah yang terbaik...lantaran itu kalian terpilih untuk berasa di dalam bidang ini. Buangkan prasangka buruk yang dilemparkan kepada kita. Hindarkan diri dari menjadi kerbau yang membawa lumpur...kerana habis yang lain terpalit. Semoga semua akan redha dengan kehadiran kita....dan terus meningati kita...sampai bila-bila. Bila kita memilih menjadi guru....dan berada di bidang perguruan....maka sampai ajal menemui kita pun ...kita tetap di panggil CIKGU!!!!!

Sekali lagi..........SELAMAT HARI GURU.



Wassalam.

Monday, May 15, 2006

Maafkan....jangan kuburkan rasa sayang

Assalamualaikum...


Kita adalah insan yang menumpang di bumi Allah.....selagi kita bernafas di buminya ini...selagi itulah kita melalui proses kehidupan....lepas satu episod.....ke satu episod. Kadang-kadang cerita kita menarik...kadang-kadang membosankan.....kadang-kadang menyedihkan. Namun kita teus juga mengatur langkah ...setapak demi setapak....cukup berhati-hati....agar tidak sumbang. Kita rasa kita lah insan yang paling malang di dunia ini....sedangkan tanpa kita sedari....ada insan yang lebih malang dari kita.

Salah satu episod kehidupan yang tidak boleh kita elakkan ialah berselisih pendapat....berselisih faham dan bertengkar. Kalau bertengkar pun banyak caranya. Ada yang bertumbuk, bermasam muka dan ada yang bertikam lidah. Masing-masing cuba menegakkan pendapat....hingga menafikan pendapat orang lain. Tidak kira dengan siapa kita bertengkar.....dengan adik-beradik, ibubapa , teman , boss , sahabat baik waima dengan pasangan kita sendiri.


Kenapa agaknya kita bertengkar? Pertengkaran ini biasanya timbul apabila masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza....dan masing-masing tidak boleh menerima pendapat orang lain. Bagi mereka...mereka saja yang betul. Jangan di sanggah apa yang di kata...maka buruk padahnya. Kalau pertengkaran dibiarkan berterusan...maka kesannya akan menjadi satu titik hitam dalam perhubungan. Begitu juga kalau kita pendam rasa ... bagi kita...ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan pertengkaran meletus. Tanpa kita sedari...ia juga memberi kesan yang kurang baik. Maklumlah.....sekali meletup...habis semua keburukan akan keluar....dari yang besar hingga sekecil-kecilnya. Bagai api dalam sekam....membakar dari dalam...


Kesan yang ketara dari pertengkaran ini adalah lenyapnya rasa kasih dan sayang...rasa cinta...rasa mesra dan rasa rindu. Ini lah yang paling kita takuti...kerana bila rasa-rasa ini telah hilang...maka kita tidak akan temui jalan penyudah. Kita akan terus saling membenci...kita kan terus saling berdendam....dan paling menyedihkan ...kite menambah satu lagi musuh dalam episod hidup kita. Hubungan akan menjadi renggang dan kita akan mula berfikir....pertemuan...dan hubungan ini satu kesilapan.
Tiadakah jalan penyelesaian??? .....Mustahil.....Bak benang yang kusut...carilah punca kekusutannya....pastikan terlerai.
Dalam menangani masalah yang timbul...bagi mengelakkan pertengkaran berlarutan..cubalah memahami apa yang diperlukan pihak yang satu lagi. Elakkan dari berbalas-balas kata...kerana ini akan mencetuskan perang mulut. Keadaan akan lebih rumit...dan lebih bahaya apabila kaki dan tangan naik kemuka. Adalah lebih baik...jika kita mengunci mulut dari berkata-kata ...terutama bila hati sedang membara. Lebih baik jika salah satu pihak mengalah dahulu. Tenangkan fikiran...tarik nafas dalam-dalam. Matikan diri seketika. Bila dah tenang......barulah kita sambung bagi memberi penjelasan dan kebenaran. Tiada siapa yang untung jika pertengkaran terus berlaku dan tiada siapa yang rugi jika mengalah.
Ingat...berdiam diri bukan bererti kita kalah. Sikap mengalah ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan dan ianya memberi kemenangan kepada kita kerana kita berjaya mengekang nafsu amarah kita. Sebenarnya...kita berjaya mengalahkan syaitan yang memang suka umat Muhammad berpecah-belah.....walau akan ada satu ketika nanti...kita rasakan..mengapa kita saja yang harus mengalah. Apa-apa pun ...tepuk dada...... tanya iman...terpulang pada kita untuk mengambil apa saja tindakan yang kita rasa terbaik. Jangan sampai berpatah arang...berkerat rotan yer!!!
Sesungguhnya...dalam menjalinkan satu hubungan....sesama manusia Allah telah memberi kita rasa yang sungguh hebat....iaitu rasa kasih...rasa sayang....rasa cinta...yang begitu hebat nilainya. Sengketa yang terus dipendam akan membunuh rasa-rasa ini. Maafkanlah!!!.....janganlah sampai kita menjadi insan yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan...yang penting..jangan kuburkan rasa sayang itu.
Wassalam.

Thursday, May 11, 2006

Kalau lelaki merajuk....

Assalamualaikum...


Merajuk.......... selalunya kita kaitkan perkataan ini dengan perempuan. Jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada orang kata.....kalau lelaki merajuk....buruk sangat rupanya. Ya ker??!!...tapi pernahkah kalian lihat lelaki merajuk? Aku pernah!!!! hahahaha. Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua pernah merajuk kan kan kan??

Kenapa kita merajuk? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi........kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati......rasa macam nak meletup dada menahannya. Bila dah merajuk...kita akan melahirkannya melalui raut wajah.....dan reaksi yang kurang menyenangkan. Ada juga yang merajuk tapi mulut tidak berhenti-henti mengomel.....suara antara kedengaran dan tidak. Perkara-perkara yang kita rajukkan tu....kadang-kadang tidak lah sehebat mana pun...cuma perkara kecil aje....tapi bila sekali hati terluka.....selamanya terasa.


Fokus aku kali ini adalah orang lelaki merajuk.Apakah tanda-tanda seseorang lelaki itu merajuk?Cuba anda selidiki tanda-tanda berikut......jika salah satu tanda berikut ada padanya....maknanya...sidia sedang merajuk dengan anda!!
TANDA-TANDA DIA MERAJUK......
~ diam ....membatukan diri
Sidia akan mendiamkan diri sepanjang dia bersama-sama dengan anda. Puas anda berceloteh..tapi dia hanya menganggukkan kepala sahaja bagi mengiyakan apa yang anda kata. Dia tidak melayan anda berbual seperti selalunya...dan kadang-kadang dia tiba-tiba mendiamkan diri.
~ Tarik muka......masam
Ini adalah salah satu reaksi yang paling menyakitkan hati. Sudah lah tidak mahu bercakap.....buat muka empatbelas pulak tu. Muncung panjang ....boleh buat sangkut baldi...hahahaha.
~ belek-belek suratkhabar....
Orang lelaki memang gemar baca suratkhabar. Kalau dia orang ni membaca....dia tidak akan layan kita...khusyuk sungguh!!!. Tetapi...bila dia tengah merajuk....suratkhabar tu dibaca berulang kali tanpa sebab. Itu maknanya....jiwa dia tidak tenteram....ada rasa yang tidak terlahir....ada kata yang tidak terucap....ada marah yang tidak terungkai.
~ menonton.....main game....
Selagi rancangan tv tu masih ada....selagi tu lah dia akan menonton. Dia tidak peduli akan kehadiran kita. Kalau kita duduk di sebelah pun dia akan buat tak tahu.....buat 'derk' jer. Yang paling sakit hati....bila dia menonton hingga larut malam....walau pun rancangan tu bukan rancangan kegemarannya. Bukan tu aje...kadang-kadang dia main game ...tak kira la...kat komputer ker...play station ker....sendiri-sendiri...sebab nak mengelak dri bercakap dengan kita....tanda protes tuh!!!!
~ suka-suka keluar rumah...tanpa pamitan
Salah satu cara nak tunjukkan protes....dia akan keluar rumah tanpa memaklumkan kepada kita kemana dia nak pergi......sedar-sedar...dah hilang...huhuhu. Jangan kita tanya kerana dia pasti tidak menjawab....buang karan jer tanya!!!
~ buat tak tahu.....
Kita ada ...macam tiada. Kalau ketika ini anda minta pertolongan darinya...contohnya...mengemas meja...dia kan buat acuh tak acuh dan paling teruk...dia buat -buat tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana cara ini akan membuatkan kita tidak wujud ....macam melukut di tepian gantang.
~ matikan handset....
Dia akan offkan handsetnya....sebab dia tidak mahu bercakap dengan kita...apatah lagi mendengar suara kita. Dia bimbang ...api kemarahan yang hampir reda. ....marak kembali. Alasan yang diberi....bateri kong!!!!hahahaha.
Ini adalah sebahagiaan dari tanda-tanda lelaki merajuk.....kalau nak pujuk...pandai-pandai ler ye!!
Wassalam.

Tuesday, May 09, 2006

Ketawa ....satu senaman


Assalamualaikum....



Satu pekara yang mungkin kalian tidak tahu tentang aku ialah.....aku kuat ketawa. Kadang-kadang.....susah nak berhenti. Puas kawan-kawan aku tepuk belakang aku....supaya aku berhenti...tapi aku akan terus ketawa selagi perkara yang mengelikan hati masih terpapar dalam mindaku. Hingga sekarang aku masih boleh ketawa bila teringat pada seorang kawanku....seorang guru pelatih ketika itu....buat lawak tak ingat dunia dalam kelas sewaktu kuliah pula tu. Pensyarah pun tak tahan....habis satu kelas ketawa.....dan aku adalah diantara mereka yang susah nak berhenti.
Kalian tentu nak tahukan....apa agaknya yang dilakukan oleh kawan aku ni. Masa tu....kelas Bahasa Inggeris......seperti biasa ...pensyarah akan memberi tugasan kepada kami. Beliau telah meminta kami mengarang sebuah 'cerita pendek'......boleh dikatakan dalam bentuk perenggan la. Beberapa perkataan diberi.....dan kami mula la menulis. Oleh kerana kami hanya perlu menulis dalam satu perenggan sahaja...maka tak banyak masa yang diambil. Kemudian ....pensyarah pun meminta kami membacakan 'cerita pendek' yang telah kami tulis tadi.
Lepas seorang......seorang membacakan apa yang ditulis. Kini tibalah giliran kawan aku ni. Dia ni...lelaki ...berasal dari Terengganu. Muka dia memang selamba....jadi dengan selambanya dia mula membaca. Biasa lah...kuat betul loghat Terengganu dia ni. Kalian nak tahu apa yang dia baca???....hahahaha.....kalaulah kalian dengar apa yang dia baca....mahu berguling-guling kalian ketawa. Dia baca..... Bob turtle likes to jang....it jang into the pong...it jang ong and ong!!!! Aku memang tak tahan nak ketawa masa tu..sampai mengalir airmata tuh!!!!..muahahahaha.
Sebenarnya.....apa yang ingin aku nyatakan kali ini adalah mengenai ketawa. Perpatah Cina ada menyatakan bahawa "Ketawalah sehari tiga kali dan anda tidak akan mati muda" Betul atau tidak.....wallahua'lam. Namun apa yang pasti ketawa akan dapat mengurangkan stres atau tekanan selain memberi kesan awet muda. Dari pembacaan aku...aku dapati ketawa akan mendorong tubuh badan kita untuk berehat kerana semasa kita ketawa tubuh kita diransang untuk melepaskan hormon endorphin , serotin , dan melatonin yang merupakan kimia positif yang dihasilkan oleh tubuh. Hormon-hormon ini akan membuatkan perasaan kita tenang dan otot-otot tubuh mengendurkan. Beberapa kajian yang dijalankan juga mendapati ketawa membantu meringankan pelbagai penyakit serius seperti darah tinggi , penyakit jantung , diabetes dan berbagai lagi.
KETAWA ...anda bersenam sebenarnya...
Pakar psikologi mengakui bahawa emosi negatif seperti cemas , kemurungan atau kemarahan akan melemahkan sistem kekebalan tubuh.....dengan itu tubuh kita akan kurang upaya melawan penyakit.Menurut kajian....ketawa akan meningkatkan kadar antibodi dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh hingga 40 peratus. Semasa kita ketawa , kita menghirup lebih banyak oksigen dan ia meningkatkan kapasiti vital dan oksida paru-paru. Apabila kita ketawa ....kita akan merasakan sakit perut seperti baru lepas melakukan bangkit tubi. Ini adalah kerana ketawa melatih dan membantu menegangkan otot-otot perut. Bukan itu sahaja.....ketawa akan melebarkan pembuluh darah dan menghantar lebih banyak darah dan kemudian menyalurkannya kesemua otot tubuh.
AWET MUDA tuh!!!
Bila kita ketawa.....wajah akan kelihatan tegang....satu latihan tuh!!. Namun ketawa haruslah teratur. Apabila kita ketawa ......15 jenis otot wajah akan mengalami kontraksi dan mendapat ransangan efektif pada bahagian mulut.
Ketawa juga akan mengirim darah ke wajah dan secara tidak langsung ...ia menyebabkan wajah akan kelihatan merah merona. Wajah akan tampak ceria dan segar. Mata juga akan mendapat tempiasnya. Kelenjar di mata akan tertekan dan mata akan menjadi basah. Dengan itu mata akan tampak bersinar dan berkilau.
Berdasarkan maklumat-maklumat diatas...apa kata mula hari ini....kita lebihkan ketawa? Tapi.......janganlah ketawa sepanjang masa.....risau juga ya....takut-takut nanti orang kata kita gila pulak!!!!!! Apa-apa pun.....ceriakan hari anda....dengan ketawa dan senyuman!!!!!
Wassalam

Monday, May 08, 2006

Maulud Nabi...



Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang lepas...... sekolah aku menyambut Maulidur Rasul. Bermula se awal 7.15 pagi...anak-anak muridku beratur di Dataran Ilmu. Amboi hai....bisingnya!..excited sungguh mereka nih...maklum lah nak berarak sambil berselawat. Beberapa orang ustaz dan ustazah sibuk menguruskan majlis tersebut. Aku macam biasa....tolong-tolong sibuk...hahahaha. Tepat jam 7.45 pagi ...kami mula berarak dan berselawat. Aku pun turut sama memeriahkan perarakan tersebut. Kami berarak mengikut pintu pagar lama....dan kemudian masuk di pintu pagar baru iaitu pintu pagar utama. Murid-murid tahun 6 menjadi tunggak utama apabila mereka adalah kumpulan pertama yang memulakan perarakan.

Barisan depan memulakan perarakan..*macam nak pergi berperang *

Perarakan oleh murid-murid perempuan....alaa...comel-comelnya..

Mula-mula murid lelaki berarak....bersama-sama Guru Penolong Kanan 1 , Kaunselor sekolah dan beberapa orang guru lelaki. Guru-guru perempuan pula menyelit di antara murid-murid perempuan. Bacaan selawat mula berkumandang...memecah keheningan pagi. Aku tiba-tiba tersentuh....hingga tanpa aku sedari airmataku mengalir. Kawan-kawan aku perasan....cenggeng kata mereka pada ku....nak buat macam mana ...dah jiwa rapuh....sayu tuh!!!


Sempat juga mereka ni berbual-bual...

Setelah selesai berarak dan berselawat....majlis diteruskan. Anak-anak muridku di bahagikan kepada dua kumpulan. Dua dewan digunakan kerana dewan yang ada tidak mampu menampung 'kepadatan penduduk' sekolahku.....apa tidaknya enrolment murid sekolahku melebih seribu orang. Lantaran itu kami menggunakan sistem sidang video...canggih tu!!!! Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan baik sekali. Geli hati pun ada....lawak sungguh penceramah ni....tapi banyak pengajaran yang kami dapat dari ceramah beliau. Anak-anak muridku memberi sepenuh perhatian dan memberi respon yang baik bila beberapa soalan diajukan kepada mereka...ini memudahkan aku menjaga displin mereka....kalau tidak...mahu pengsan dibuatnya....biasa lah...anak-anak kecil. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran....berzanji * maaf yer...gambar tidak dapat disiarkan kerana aku terlibat dalam bacaan berzanji ni*....dan nasyid. Aku rasa seronok sebab majis berjalan dengan lancar dan tidak ada perkara tidak diingini berlaku.

Gotong-royong...... memasak nasi briyani gam...

Aku rasa tidak lengkap kalau sesuatu majlis yang diadakan tidak ada bab makan-makan ni. Selepas selesai majlis....dan semua aturcara....maka sekarang adalah 'makan time'.....hahahaha. Anak-anak muridku paling suka 'aturcara' yang satu ini....termasuk kami. Namun sebelum kami menikmati hidangan ....kami uruskan dulu anak-anak murid kami. Bila semua dah dapat makanan..baru lah kami ke bilik jamuan dan menikmati hidangan. Menunya.....nasi briyani gam, dalca daging , ayam masak merah , daging masak briyani dan jelatah. Pencuci mulut pula ...kuih lapis kacang hijau.....pudding roti *sponsored by aku*..hehehe dan buah tembikai. Tepat pukul 11.45 pagi...majlis pun berakhir.

Itu sahaja serba sedikit tentang majlis maulidulRasul yang diadakan di sekolah ku. Sekadar tatapan buat kalian. Tentu majlis di tempat kalian lebih hebatkan? Apa-apa pun ....bukan hebat atau tidak sesuatu majlis itu yang diambilkira....tapi objektif dan pengisiannya.

*Hari ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari LAhir buat suamiku...semoga bahagia di dunia dan di akhirat.*

Wassalam.

Wednesday, May 03, 2006

Adab melawat...menziarah.


Assalamualaikum...


Beberapa minggu yang lalu, salah seorang dari cikgu di sekolahku dimasukkkan ke hospital kerana sakit ...demam ...agak tinggi suhu badannya dari biasa. Kasihan aku tengokkan. Mujur isterinya ada untuk menjaga dia....waktu siang sahaja kerana waktu malam wanita tidak dibenarkan menjaga suami di wad. ...tak apa ...kerana ramai jururawat yang akan menjaganya...hehehehehe.


Berada di hospital adalah satu perkara yang aku tidak berapa suka.....sebenarnya aku dah jemu. Dahulu aku sering berulang-alik ke hospital kerana menjaga arwah emak aku di wad.....dan kini menghantar abah yang kurang sihat setiap bulan. Hospital telah menjadi rumah kedua ku. Malah aku pernah bermalam di wad kerana keguguran....banyak kali juga ....kalau tidak silap...ada lah dalam lima kali. Selok-belok hospital Muar telah aku hafal....kat mana tempat nak ambil darah...kat mana Dewan bedah....kat mana kes2 kecemasan dirujuk.....kat mana wad2 tertentu... semua aku tahu. Lagipun Hospital Muar tidak besar sangat.....tidak macam hospital2 di bandar2 besar.


Berbalik pada cerita kawan aku ni....dia pernah mengadu padaku....rasa macam nak lari dari hospital.....terutama sekali bila masa melawat. Aku tanya pada dia mengapa dia cakap macam itu. Dia kata ....terlalu ramai yang datang sehinggakan dia rasa tidak dapat rehat sepenuhnya. Aku menasihatkan dia agar menerima kehadiran tetamu dengan baik walau dalam hati Allah sahaja yang tahu...yang penting senyum.Tapi aku tidak nafikan apa yang dirungutkan oleh kawanku ini. Kalau aku berada di tempatnya.....aku juga pasti rasa apa yang dia rasa. Banyakkan bersabar ya kawan!!!


Lantaran itu aku terus memikirkan apakah cara-cara yang terbaik untuk kita lakukan pabila kita pergi melawat atau menziarahi sesiapa sahaja baik di hospital ....di rumah atau di mana sahaja.
Tidak salah melawat pesakit kerana ini menunjukkan kita prihatin terhadap orang sakit tersebut. Namun kita perlu peka terhadap beberapa pekara sebelum kita pergi melawat. Ini adalah bagi menjamin bahawa lawatan kita mungkin dapat memberi keseronokkan....keselesaan dan ketenangan kepada pesakit.



ADABNYA........di antaranya...


~ elakkan memakai minyak wangi yang keterlaluan.
Bau yang menusuk hidung bukan sahaja boleh membuatkan pesakit bertambah pening malah
turut memeningkan pelawat yang lain. Bukan tak boleh pakai minyak wangi...tapi agak-agaklah.

~ jangan makan makanan yang di bawa sebagai buahtangan atau makanan pesakit.
Kalau anda bawa makanan untuk pesakit...jangan makan makanan tu...buruk siku namanya.
Ada pesakit yang tidak suka kita makan makanan yang dihadiahkan oleh orang lain.

~ salam dengan lembut.
Pegang tangan pesakit dengan lembut. Jangan sekali-kali memeluk kerana ada pesakit yang
tidak suka terutamanya yang baru menjalani pemberdahan. Sakit kalau terlanggar tempat yang
baru dijahit tuh!!!

~ duduk atas katil pesakit???
Elakkan duduk diatas katil pesakit kerana ia akan menyebabkan pesakit merasa tidak selesa
dan sempit. Ingat ya...katil itu untuk orang yang sakit...bukan untuk orang yang sihat.

~ jangan dok lama-lama.
Tujuan anda melawat hanya untuk melihat keadaan pesakit dan bertanya khabar selain
mendoakan agar pesakit cepat sembuh....jadi tak perlu tunggu lama-lama....pesakit perlukan
rehat yang secukupnya.

~ berikan perkhabaran gembira.
Elakkan bercakap tentang peristiwa-peristiwa silam yang sedih dan perkara-perkara buruk.
Jangan buat lawak yang tidak sesuai....ditakuti terbuka jahitan jika pesakit baru lepas menjalani
pembedahan.

~ perlahankan 'volume' suara.
Berbual dengan suara yang rendah...tidak perlu terjerit-jerit kerana anda bukan sahaja
mengganggu pesakit yang anda lawati malah pesakit di wad tersebut.

~ jangan bawa anak-anak kecil.
kalau dikutkan peraturan melawat....kanak-kanak kecil tidak dibenarkan masuk ke dalam wad
orang-orang dewasa. Mereka bukan sahaja akan membuat bising dan mengganggu pesakit
malah ditakuti mudah menjangkiti penyakit yang tidak nampak di mata kasar.

~ seksi yang seksa.
Cara berpakaian pun biarlah tepat mengikut tempat. Elakkan dari memakai pakaian yang
menjolok mata....risau mata yang terseksa.

~ tutup handset.
Pastikan anda menutup atau meletakkan telefon dalam keadaan silent mode semasa melawat.
Penggunaan telefon sememangnya tidak dibenarkan sewaktu melawat.


Pesakit dimasukkan ke hospital kerana mereka sakit. Apa yang perlu anda lakukan ialah bersikap dan berfikiran positif ketika melawat mereka. Sentiasa senyum ok!!!!. Jika anda sedang marah atau sedih...jangan tunggu lama-lama. ...minta izin mengundurkan diri bagi memberi peluang pada diri untuk mengawal keadaan dan perasaan anda. Elakkan dari menunjukkan perasaan negatif ketika anda berada si sisi pesakit. Doakan kesejahteraannya....moga mereka cepat sembuh. Sedikit kegembiraan yang anda berikan pada mereka......membawa sejuta sinar buat mereka . Tentu anda ada pandangan tentang abad melawat nih.....kongsi ek!!!!!



Wassalam.

Tuesday, May 02, 2006

Ku imbas kembali .....akhir


Assalamualaikum...


Permohonan pindah aku secara lisan diterima tanpa syarat. No fail aku diambil dan dibawa ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Aku tak pernah ambil peduli samada permohonan aku diluluskan atau tidak. Aku tak nak terlalu berharap. Aku tak mau hampa. ...lalu aku meneruskan hidup aku seperti biasa. Aku lalui hidup tanpa dia dan aku sedar perjalanan hidupku masih jauh.Aku tidak mebenarkan diriku terbawa-bawa dengan mengingati dia yang tidak mungkin menjadi miliku. Dia sudah semakin jauh dariku. Aku harap dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Rinduku ...kasihku...sayangku...kini bukan lagi miliknya.


Aku pulang ke Muar sendirian....nak sambut hari raya arr!!! Seronoknya dapat balik kampung. Dapatlah aku hilangkan sedihku..apatahlagi bila dapat jumpa emak dan abah. Pada malam hari raya...sedang aku dan adik-beradik sibuk memasak dan membuat persiapan terakhir menjelang hari raya esok harinya.....aku terima panggilan telefon dari dia. Aku terharu sebenarnya...kerana dia masih ingat dan mengucapkan Selamat Hari Raya padaku. Dia mohon kemaafaan dariku kerana melukakan hatiku. Dia menyatakan hasratnya....bahawa dia berharap dia masih ada dalam hatiku. Dia mahukan aku menjadi miliknya. Aku nyatakan pendirianku....bagi aku...... apa yang telah berlalu hanya menjadi sejarah dan telah aku lipat kemas dalam lipatan hati ....tidak mungkin aku hamparkan kembali.


Pada hari raya yang ke lima......kalau aku tak silap........aku terima surat dari Jabatan Pendidikan Johor. Hati aku berdebar-debar kerana aku dapat rasakan surat tersebut mempunyai kaitan dengan hal pertukaranku. Bila saja aku buka sampul surat itu.......aku menjerit kegembiraan. Permohonan pertukaran aku diluluskan. Orang yang paling gembira ialah emak aku. Dia sebenarnya dah bernazar....kalau permohonan pertukaran aku diluluskan dan balik ke Muar....dia nak buat kenduri. Betapa tingginya harapan emak aku....terharu sungguh aku masa tu. Pada ketika itu aku rasakan perasaan ku bercampur-baur.....ada suka dan ada rasa sedih....pelikkan??
Aku gembira kerana aku akan sentiasa bersama-sama abah dan emak. Bila aku balik dari sekolah....emak mesti tunggu aku di beranda....tersenyum. Abah bangga dengan aku kerana akhirnya aku akan menabur bakti di tanah kelahiranku. Aku sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan ku yang sama-sama ketawa dan menangis bersamaku.....*kami masih keep in touch*



Kalian tahu....perkara pertama yang aku lakukan setelah kembali ke Muar...ialah mendaftar di sekolah memandu...hahahaha. Sebenarnya itulah janjiku pada diriku sendiri....sebab semasa aku berada di Felda yang agak jauh dari bandar aku tidak berpeluang untuk belajar memandu. Aku teringin juga punya kereta sendiri. Setelah belajar hampir sebulan...kalau tak silap ler...aku pergi test. Alhamdulilah....pertama kali ambil ujian....aku lulus. Bangganya tidak terkata. Selang seminggu aku ambil pula test motosikal. Aku memang dah mahir membawa motor jadi untuk lulus bukanlah satu perkara yang berat buatku...sorry!!! terpoyo pula ayat aku...hehehehe.Tapi sayang setelah mempunyai lesen aku mengambil masa untuk punya sebuah kereta. Bukan tak mampu untuk membelinya....tapi aku sengaja menunggu hingga tiba waktu itu. Aku beli sebuah motorsikal untuk ke sekolah. Perghh!!! brutal tuh!!...hak hak hak. Menunggang motor ke sekolah memang banyak masalahnya....tapi aku harungi setiap dugaan.Bila terkenang ....aku ketawa sendirian. Apa tidaknya....aku terpaksa menyorong motor bila minyak habis....bila enjin tetiba 'mati'.. dan bila tayar pancit. Pernah aku memakai baju hujan di tengah panas.....ini semua kerana hujan yang tidak sekata. Di tengah-tengah bandar Muar punya lah lebat hujan...bila aku hampir sampai ke tempat yang hendak aku tuju......setitik hujan pun tak ada.....apa nak buat...aku buat muka selamba ler...tapi malu juga ....sebab banyak mata memandang kehairanan...hak hak hak.

Selepas beberapa tahun aku mengajar di Muar...aku mengikuti kursus khas TESL selama setahun di IPSI. Aku ingat aku nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi....tapi aku tak sanggup meninggalkan emak yang sakit-sakit . Emak pergi jua akhirnya....dan aku seakan-akan hilang semangat untuk belajar. Aku teruskan hidup...tanpa emak...dan kini aku menjaga abah yang juga sakit-sakit. Adik-beradik aku ramai...tapi masing-masing tak tinggal di Muar. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk abahku sementara dia masih ada.

Cukup setakat ini cerita tentang aku.....yang dapat aku kongsikan bersama kalian. Pengalaman yang terhasil dari peristiwa-peristiwa yang lalu...banyak mengajar aku erti ketabahan walau kadangkala aku tergelincir jua...cuma aku sering berdoa agar Allah menetapkan imanku...usah palingkan hatiku setelah diberi petunjuk dan hidayah.

Wassalam







Monday, May 01, 2006

Puisi khas..Selamat Hari Pekerja...


Assalamualaikum...


Hari ini 1 Mei 2006...aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja yang bekerja samada di dalam atau di luar negara. Semoga kita akan menjadi pekerja yang lebih matang dalam meneruskan tugas yang semakin hari semakin mencabar. Apa yang perlu kita lakukan ialah menjalankan tugas kita dengan ikhlas dan insyaallah setiap apa kita lakukan akan mendapat balasan yang baik dariNYA.



Hari ini
sama-sama kita lewati..
untuk beberapa tahun dahulu..
dan untuk beberapa tahun lagi..
kita larik mimpi...yang panjang...
kita susun langkah....yang berderapan..
kita hitung hari-hari...yang mendatang..
kita pupuk tekad....yang utuh...
kita gapai bintang ..yang gemerlapan....
kita sentuh bulan...yang tersenyum...
kita kucup kejayaan...yang menjelang...
kini kita...
bertandak mengikut rentak dan irama...
menghayun langkah seiringan..
dengan cebisan azam ..
yang terlafaz dari awal..
kita sudahkan...
kita lengkapkan..
kita tunaikan...
kita kotakan..
dan kini pasti....
bintang digengaman..
bulan jatuh ke riba....
mimpi tetapkan sudah...
langkahkan kehadapan..
janji dikota...
kejayaan...senyum pada kita
Selamat bercuti....moga hari esok yang menjelang membawa sinar baru...bersama tekad yang masih tergenggam....dengan azam yang belum terlaksana. Teruskan perjuangan dengan penuh keikhlasan.
Wassalam