bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Friday, July 27, 2007

Sekadar panduan..untuk kita..

Assalamualaikum


Panduan untuk aku dan kalian..

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosadiampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orangmengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Wassalam


Friday, July 13, 2007

Selamat Hari Lahir yer!!!!

Assalamualaikum...

entry khas tuk seorang sahabat aka adik..

Ana....Selamat Hari Lahir.






Wassalam

Saturday, July 07, 2007

Alahai!! tensionnyer...


Assalamualaikum..


cantiknyer tarikh ari nie..070707. Pada kalian ada makna tak?. Pada aku...tak der pun!! hehehehe. Ia nya sekadar nombor...namun apa yang penting kita harus bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang untuk terus hidup hingga ke tarikh ini.


Dah lama tak update...sampai kena tego ngan NHK tuh!!..hiks. Tapi rumah aku masih berkemas per....tak bersepah pun. Aku memang sibuk semenjak duamenjak nie. Murid2 dah nak periksa UPSR....aku pulak yang menggelabah semacam...macam kucing nak beranak...hehehehe. Yang herannya...murid2 aku kan...relax duamacam. Geramnyer aku dibuat dek mereka nie tau. Baik yang pompuan mahupun yang lelaki...depa really enjoy themselves. Masa exam yang sebelum2 nie result depa ok arr...tapi tak mencapai tahap piawaian aku. Rasa cam nak hempuk jer budak2 nie....hehehehe. Tapi bahaya wooo!!! tak nak arr popular atau muka masuk paper hanya kerana hempuk anak orang. Sabo jek la Cikgu Aya!!! Apa2 pun aku harap mereka akan buat yang terbaik masa peperiksaan nanti dan aku doakan yang terbaik buat mereka. Aku selalu ingatkan mereka....buat guru2 dan parents kamu bangga dengan kamu.Dan yang lebih penting...kamu bangga dengan diri kamu sendiri.

Terkadang tu kan...aku cam rasa merajuk jer dengan murid2 aku nie. Tak professional langsung!!! kehkehkeh. Apa nak buat...cikgu pun manusia gak...ada perasaan. Depa nie kan...hishhhhhh..always make my blood go upstairs tau!!. Masa aku ngajo tu depa ingat 'formula2 'yang aku bagi...tapi dah ujung2 waktu pelajaran..tanya balik....dah tak ingat. Huwaaaaa!!! nak menangis aku dibuatnya. Beristighfar jek la aku...hehehehe. Tu masa dalam kelas. Waktu mejawab kertas peperiksaan lak...apa yang aku ajar...hilang tah kemana. Is jadi are.... was jadi were...singular/plural guna verb to be yang salah..kejap guna past tense form...jap lagi kang guna simple present tense form. Ayat yang depa tulis dah jadi macam rojak petis...*sedap woo rojak petis nie*. Kalau nak citer pasal depan niekan...40 hari 40 malam belum tentu abis. Kita orang..*cikgu2 ler* duduk kat bilik guru asyik dok bincang pasal depa...cari kaedah yang terbaik camner nak bagi depa nie boleh ingat apa yang kami dok ajar. Guru Besar pulak nak result yang ..baik punyer!!!! Tension...tension!! Kita dulu sekolah cam tu juga kan?....hak hak hak. Cuma mungkin dulu kita lebih rajin dari depa. Ye ker rajin?..hehehe

Tapikan...tak semua murid2 aku give me headache. Yang rajin serta bijak tu ramai gak. Mereka la penawar...ala bucuk2!! Bila time exam....mereka nie la yang selalu give their best. They really make me proud of them. Selalunya budak2 yang bijak nie..'pembersih' orangnya. Maksud aku dari segi pakaian...penampilan..kelakuan dan tutur bicara. Sejuk mata memandang. Mungkin mereka mendapat didikan dan perhatian yang baik dari rumah. Kami di sekolah hanya membantu mereka untuk mengembangkan lagi nilai2 murni dalam diri mereka.


Untuk anak-anak muridku...cikgu doakan kamu berjaya dengan cemerlang bukan sahaja dalam setiap peperiksaan yang kamu duduki..malah dalam apa jua kebaikan yang kamu lakukan. Moga kalian berbahagia di dunia dan akhirat. Jadilah insan yang cemerlang demi agama , bangsa dan negara.



Wasalam.