bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, May 22, 2006

Hari Guru 2006...bestnya!!

Assalamualaikum..


Banyak hari aku tak update rumah aku nie....bukan malas cuma tak berkesempatan. Minggu lepas dan minggu sebelum tu.. peperiksaan 1/2 tahun dijalankan. Sepatutnya peperiksaan tu cuma seminggu sahaja. Aku pun tak tahu apa sebab sebenarnya....maka peperiksaan ditangguhkan ke minggu berikutnya. Yang paling menyakitkan hati ...bila ianya melibatkan kertas Bahasa Inggeris. Sudah lah nak memeriksa kertas ini mengambil masa yang agak panjang..kertas bahasa memang macam tu....perlu banyak membaca terutama di bahagian membina ayat.....sesuka hati mereka menangguh2kannya. Aku memang tak puas hati. Bila aku cuba mendapatkan kepastian dari pihak pentadbir....mereka memberikan alasan yang aku rasa langsung tak masuk akal....aku rasa macam diperbodohkan. Mengamuk juga la aku ....biasa la..pok pek pok pek tuh!!!! hahahahaha.


Namun begitu...pada hari Selasa...*semalamnya peperiksaan 1/2 tahun disambung..paper BI*..aku tetap menyibukkan diri untuk memastikan sambutan Hari Guru tahun ini lebih meriah dari tahun lepas. Aku tinggalkan kertas peperiksaan tu kat rumah...saje,tak mahu tengok..kalau ternampak aku akan mula nak menanda....abis la semangat hari guru aku nanti..huhuhuhu
Bayangkan la..tanpa persediaan yang rapi serta latihan yang sempurna....aku turut serta dalam sukaneka yang diadakan. Tahun lepas...kami main bolajaring...tahun nie...aku serik kerana tahun lepas kaki aku terseliuh bahana bermain bolajaring tanpa latihan. Setakat sukaneka...no problem!!!! layannnnn!!!



Jam 7.30 pagi...anak-anak murid serta rakan-rakan seperjuanganku telah bersiap sedia menanti program Hari Guru peringkat sekolah dijalankan dengan penuh kesabaran. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ,Negaraku.....dan diikuti dengan lagu sekolah. Kemudian ...Guru Penolong Kanan HEM memulakan bacaan teks ucapan dari Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Panjang sungguh teks ucapan tu...nasib baik anak-anak muridku diarahkan duduk....kalau tidak..kasihan mereka....penat tuh!!! Guru Penolong Kanan 1 pula membacakan teks ucapan dari Menteri Pelajaran Malaysia. Tiba la kini acara yang dinanti2kan oleh anak-anak muridku...nyanyian dari guru-guru mereka...Guru Malaysia!!!..yeah..kami berjaya menyumbangkan lagu tersebut....muahahahaha. Semasa kami mendendangkan lagu Guru Malaysia, pada tika inilah murid-murid menyampaikan hadiah kepada kami, guru-guru mereka....kemudian...salah seorang dari anak muridku...mendeklamasikan sajak bertajuk....'Cahayamu...Guruku'....meremang bulu romaku...saat dia mendeklamasikan sajak
yang dia nukilkan sendiri..terharu sungguh!!


Perlawanan bolasepak antara guru-guru dan murid-murid lelaki.

Bagi acara seterusnya....kami terus ke padang bagi menyaksikan perlawanan bolasepak antara guru-guru lelaki dan murid-murid lelaki...pengadilnya adalah dikalangan guru. Aku pasti kalian dapat mengagak...siapa yang menang...yehaaaa!!! team guru!!!! Aku seperti biasa akan terjerit-jerit memberi sokongan kepada rakan seperjuanganku yang lain. Aku tak boleh nak tahan nak ketawa apabila ada diantara kawan-kawanku yang tertonggeng-tonggeng kerana berebut sebiji bola di kaki lawan.

Acara bagi guru-guru perempuan pula ialah....bowling...*tak percaya yer?* dan baling gelung rotan dalam skittle...yang sedang mencuba nasib dalam gambar tu...aku le...hahahaha. Most of us masa tu memakai baju kurung sekolah....malas nak tukar ke pakaian sukan kerana cuaca pada hari itu kurang baik...mendung jer...so kami mengambil keputusan untuk tidak menukar ke pakaian sukan. Hasilnya....lihatlah...aku bersukaneka dengan berbaju kurung...ok jugakan?? Tapi kami tidak dapat meneruskan sukaneka ni kerana tiba-tiba hujan turun!!!! Pada mulanya kami teruskan juga...buat derk gitu....tapi lama-lama makin lebat....terpaksalah kami berhenti berharap untuk meneruskan permainan.

Acara yang paling dinanti-nantikan ialah...persembahan!!! Mula-mula persembahan dari murid-murid.....kami para guru pakat gelak ramai-ramai. Macam-macam kerenah anak-anak murid kami ni...mereka agak kreatif...terhibur kami. Yang paling best ..persembahan dari murid tahun 1.....mereka menari tarian zapin...*tak sempat nak ambil gambar...sibuk kat bilik jamuan*...aku cuma dapat lihat dari jauh jer. Bila tiba perembahan guru.....terasa cam nak terkucil pun ada...hahahaha...bukannya apa....aku dah biasa buat benda-benda macam nie...maksud aku berdiri di hadapan orang ramai...dan buat perembahan..tapi kali ni aku rasa lain.....sku tidak bersedia sebenarnya. Kami para guru dikehendaki membuat persembahan secara berkumpulan. Akhirnya...I came out with an idea. Aku sarankan pada kawan-kawanku ...kami akan menyanyikan lagu Bila larut malam ...tapi diubah senikatanya...muahahaha. Memang lawak...persembahan bidan terjun tuh!! Aku jadi penyanyi utama...manakala kawan-kawan aku menjadi backup singer and dancer. Aku tak boleh nak nyanyi...bila terpandang kawan-kawan aku yang di belakang...dia orang buat lawak giler.Kalau lah kalian ada pada waktu itu...mesti kalian akan ketawa . The best thing is that...kumpulan kami menang..yahuuuu!! Aku sendiri tak sangka kerana aku ingatkan ianya sekadar persembahan. Hingga hari ini...bila murid-murid ku berselisih dengan aku...pasti mereka dendangkan lagu Bila larut malam dengan senikata baruku...huhuhuhu.

Sesungguhnya...sambutan Hari Guru tahun ini berbeza dari tahun lepas dan tahun sebelum-belumnya...kemeriahan dan suasananya jua tidak sama.......namun semangatnya masih sama....masih utuh. Malah semangat ini akan terus membara..... walau terlalu banyak tohmahan yang diterima....walau bergulung dugaan yang datang....walau bertimbun tugasan menunggu. Niat hanya satu....tekad tiada dua.....demimu....anak didikku!!!

Wassalam.