bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Thursday, November 30, 2006

Cameron Highlands...here I come!!!..Part 2


Assalamualaikum..


ok...aku sambung citer ke Cameron Highlands..


Destinasi ke 4
Ladang Teh Boh..

Selepas aku dan yang lain-lain menikmati buah strawberry yang segar...perjalanan diteruskan. Kali nie...kami ke Boh plantations. Luasnya ladang teh nie. Bila kami sampai di kawasan tersebut...kami kena tukar bas. Bas yang aku naiki kali nie...pendek jer..hehehehe. Bermulalah perjalanan yang menggerikan...hahaha. Jalan menuju ke ladang nie punya lah sempit...pastukan..bila toleh ke kanan....gaung tuh!!!!!!!!!. Memang menakutkan....tapi aku tak takut sebab masa hala pergi aku duduk di kiri jalan....yang ada hanya tembok bukit. Lantaran itu aku relax jer....keje aku hanya mentertawakan mereka yang duduk di kanan bas.
Tapikan...memang cantik arr viewnya.. Aku dapat ambil l gambar nie dari dalam bas.
Sebenarnya aku takut2 gak masa tu...hehehe...gayat arr!!





Cantikkan pemandangannya...
Bila sampai di kilang teh...kami di bawa melawat kawasan...*cam Menteri la plak rasanya*..hehehe.Tiba2 hujan turun...aku ingatkan salji....halusnya hujan kat sini. Aku beli teh yang paling best sekali aromanya...*menurut kata pekerja kat situ arr*....harganya pun boleh tahan...tapi biasalah..akukan!!...huhuhu.
Masa kat situ aku ambil gambar ladang teh yang terbentang luas...saujana mata memandang!!
ladang teh Boh yang luas.....

Selepas turun dari ladang teh nie...aku sempat gak shopping kat gerai2 yang tersusun kat tepi jalan. Aku beli sayur kobis...*cam le kat Muar tak der kobis...hehehe*...limau madu dan yang paling best jagung mutiara. Jagung nie kan sedap dimakan walaupun mentah. Rasanya manis...memang sedap. Oleh kerana sedap...aku tak sempat nak ambil gambar jagung tu...sebab habis aku dan kaum2 aku makan...hahahaha. Anak2 murid aku dah letih...so kami pun pulang ke tempat penginapan. Punya la penat...awal gak la dia orang nie turu...termasuk aku...hehehe.

Hari Ke 3

Perjalanan pulang...

Jam 8.00 pagi kami semua berkumpul...nak balik dah. Balik awal sebab anak2 murid aku nak singgah KL....layannn. Dalam perjalanan pulang...baru nie la aku nampak permandangan sebenarnya jalan menuju ke Cameron Highlands nie. Pening ...pening...pening!!!!!. Aku rasa cam nak muntah...tapi aku kontrol . Tak kan la aku nak muntah depan anak2 murid aku...malu arr beb!!! hak hak hak. Jalannya memang bahaya arr...cam nak ke ladang teh gak tau. Nie jer gambar yang aku dan ambil....nak termuntah arr....hek hek hek.

perjalanan turun...

macam ular kena palu ....

Dalam perjalanan turunkan...aku dapat melihat rumah2 orang Asli...caya arr...ada ASTRO tuh!!!. Dah modern mereka nie...alhamdulilah. Kami sempat gak singgah di Lata Iskandar...air terjun!!.Anak2 murid aku frust sangat sebab mereka tidak dibenarkan mandi. Cantik juga tempat tu...airnya dingin sedingin udara yang aku hela.

dapat basahkan kaki pun kira oraitkan...hehehe

Kat sini aku shopping lagi....beli pasu untuk bunga2 kering yang aku beli di Cameron Highlands.Aduhai...shopping sakan aku...hehehe.

Setelah keluar dari kawasan yang memeningkan kepala aku...kami singgah di kawasan rehat Tapah....aku beli jambu batu tanpa biji dan buah jambu air madu. Orang kata ianya satu kemestian...tak sah kalo singgah di Tapah tak beli jambu...hehehehe

Kemudian kami singgah di Putrajaya....and last sekali kami singgah di Nilai 3....aku shopping lagi...dapat la baju sehelai dua...

Balik...penat..tapi aku happy sangat2...puas rasanya berjalan..Insyaallah..nanti aku gei lagi..

Wassalam

Thursday, November 23, 2006

Cameron Highlands...here I come!!!....


Assalamualaikum..


Cuti sekolah dah bermula!!! yeay!!..hehehhe. My first destination is Cameron Highlands. Sebaik sahaja cuti bermula tuh!!. Malam Sabtu yang lalu...aku bersama-sama dengan guru-guru sekolahku yang lain membawa anak-anak murid kami bercuti.



Perjalanan bermula...
17 Nov. 2006 Jumaat malam Sabtu

Aku ke sekolah jam 9.30 malam. Janjinya ...bas akan sampai pada jam 10.00 malam....kira ok arr tu sebab aku sampai sebelum waktunya. Puas juga aku menunggu anak-anak muridku sampai.Ada yang sampai lebih lambat dari cikgu tu...sabar aje la!! Tunggu punya tunggu....akhirnya lebihkurang jam 11.00 malam kami bertolak....dua buah bas tu sebab ramai anak muridku yang turut sama ke sana. Bila naik jer bas...anak2 muridku mula memekak...excited sungguh!!. Aku pada mulanya...diam jer la...layannnn. Aku cuma jerit sikit jer...diam ler kejap....pastu ada juga bunyi macam langau...hahahaha. Tak lama lepas tu...aku tak dengar suara lagi dah....bunyi langau pun dah tak der. Sahhhhhhhh!!!...dah lalok semuanya...hahaha. Bas berhenti di beberapa perhentian...mana tahan...dengan kesejukkan duk dalam aircond...masing-masing asyik nak terkucil.



Destinasi pertama
18 Nov.2006 Sabtu pagi....Ringlet Cameron Highlands


Jam 6.00 pagi ...kami sampai di Ringlet..perghhhhhhhhhhhh!! sejuk giler!!. Aku ambil wuduk menggigil2. ..cam air batu beb!! Apa-apa pun aku memang suke sejuk2 nie...hehehe. Anak2 muridku pun sama...ada yang terketar2...berlaga gigi tuh!! hak hak hak. Aku macam nak mati gelakkan perangai anak2 murid aku nie...dia orang nie buat lawak di subuh hari.
Memandangkan hari masih gelap...aku tak ambil gambar.


Destinasi ke 2
Tanah Rata Cameron Highlands..


Lebihkurang jam 7.00 pagi kami sampai di Tanah Rata. Perut aku dah mula main biola...sekejap2 dia main lagu keroncong untuk aya...hehehe. Bila bas berhenti jer...anak2 muridku turun dan terus ke taman. Cantik sungguh permandangan. Satu jer tempat yang dia orang nie tak perasan....replika buah2an dan sayur2an.
Kalau dia orang tahu tempat nie...abis ler. Dah tentu dia orang masuk dalam kawasan larangan nie....sebab aku masukkk....keh keh keh..


Aku ada bergambar kat situ...nampak tak??....hak hak hak.Sorry...dalam gambar lain ler!!

Selepas kami dapat kunci bilik...kami terus kebilik.Aku pun mandi arr. Mujur ada water heater...kalau tak...mau rasanya aku tak mandi. Airnya memang sejuk..ngalahkan air dalam peti ais. Setelah siap bersiap..kami naik bas semula dan menuju ke kedai makan...sarapan pagi. Menunya..nasi lemak dan air teh..* mentang2 le banyak ladang teh*.

Pastukan...aku gei shopping dengan di 'kawal rapi' oleh anak2 muridku. Dia orang nie mengekor aku jer..apa aku beli...dia orang beli. Last2...aku beli benda nie...baru dia orang tak beli. Benda apa??....Benda nie laaa...aku suka arr buah strawberry!! Benda2 yang berbentuk strawberry pun aku beli..

comelkan kusyen dan bola strawberry nie?..


Destinasi ke 3
Strawbewrry park...

Yehaaaaaaaa!!...satu2nya tempat yang aku nak pergi sangat2....aku sampai gak. Bila ternampak jer buah2 strawberry yang sedang meranum...aku rasa cam nak petik. Malangnya...tak leh petik sendiri!!!!!!!! uwaaaaaaaaaaa!!...geramnya aku..Tapi aku dapat gak merasa buah strawberry yang segar...baru petik tuh!! Rasanya masam2 manis...tak masam sangat arr...sedappp!!

sedappppppppnye!!!!!!!


nie satu lagiiiiii!!

nie lah buah2 strawberry yang aku dapat...beli ler!!!! hak hak hak

Amboi hai...dah panjang arr entry aku kali nie. Sebenarnya....lom abis lagi ..ada lagi lawatan ke tempat2 lain...nanti ek!!

Wassalam.

Monday, November 20, 2006

Erti perkahwinan...hmmmmm

Assalamualaikum...


Whoaaaaaa...ngantuknye!!!hehehe. Bukan apa2...aku baru balik dari Cameron Highlands. Best giler percutian kali nie. Aku mabuk .....mabuk shopping tuh!!...hak hak hak. Aku ingat nak buat entry tentang percutian nie...tapiiiiiiiiii...tak sempat nak masukkan gambar lagi..so...tungguuuuuuuuu!!.

Apa2 pun...aku muatkan satu artikel tentang erti perkahwinan...khusus buat mereka yang bakal menlangsungkan perkahwinan.Artikel nie aku dapat dari kawan aku....dia hantar email nie kat aku. Katanya...."aku (kawan aku) saje hantar kat engkau...walau pun engkau dah tahu..." Jadi ...hayatilah!!........


ERTI PERKAHWINAN...

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yangmalu mengakuinya.Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidakbergula.Syurga rumahtangga itu fitrah hatiNaluri semulajadi yang pinta diisiKerananya jejaka rela menjadi suami....Kerananya perawan rela menjadi isteriMasing-masing dengan harapan agar rumahtangga membawa kebahagiaan. Matlamat yang satu tapi jalannya berliku. Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza. Lalu bermacamlah jalan ke sana.
Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta. Diukir dari intan permata(Wah , suamiku seorang jutawan)Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..Ditempa oleh wajah rupawan( Wah, isteriku seorang celeberity)Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa. Dituai oleh pangkat dan jawatan( Wah, suamiku seorang negarawan)Pelbagai jalan menimbulkan dilema. Mencari yang benar mempelai tersasar.

Kalaulah bahagia itu pada harta.
Kalaulah bahagia itu pada nama.
Kalaulah bahagia itu pada rupa.
Kalaulah bahagia itu pada kuasa.
Kenapa Charles dan Diana berpisah,
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah,
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati. Kesannya zahir rupanya maknawi.
Terpendam bagai permata dalam hatiTerbenam bagai mutiara disalut nurani.
Bahagia itu pada HATI.
Bertakhta di kerajaan diri. Bahagia itu pada JIWA. Mahkota di singgahsana rasa. Bahagia itu KESABARAN. Bila susah tak gelisah. Bila miskin tak pemarah. Bila gagal tidak resah.
Oh, suamiku,inalillah....Hakikatnya bahagia itu ketenangan bila hati mengingati tuhan.
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.Binalah rumahtangga atas tapak imanTuluskan niat luruskan matlamat'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi''isteriku, kaulah permaisuri hati.....'penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah. Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan. Iman itu tujuan Syariat itu jalan tempat merujuk segala permasalahan...tempat mencari semua penyelesaian- isteriku, taatilah hukum Allah....- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w.

Binalah hidup di neraca maaruf. Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat.........Indahnya oleh munajat. Tapaknya iman.......Jalannya syariat.......Natijahnya.....akhlak.
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia danpenyayang suami' 'cinta dan kasih isteri'lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah . Semoga Allah melimpah Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...

Wassalam.

Monday, November 13, 2006

Cuti dan percutian...

Assalamualaikum..


Cuti sekolah hampir tiba.Minggu nie merupakan minggu terakhir persekolahan. Pening kepala mak ayah bila tiba musim nie. Anak-anak duduk kat rumah. Yang pasti rumah akan jadi seperti kapal karam...suasana akan lebih mirip seperti pasar malam. Apa tidaknya....anak-anak ada di rumah. Kalau sebelum nie mereka akan ke sekolah...dah petang baru betul-betul duk kat rumah. Segala-galanya akan berubah...sabar yer mak dan ayah!! hehehe.


Rancangan aku yang pertama bila mulanya cuti sekolah....aku akan mengikuti rombongan sekolah ke Cameron Highland. It's my first time ....huhuhu. Sebenarnya aku terpaksa ikut...sebab rombongan nie melibatkan anak2 muridku. Kalau aku tak pergi...sape nak jaga dia orang nie. Aku nie salah seorang dari guru displin..so...faham2 je la. Lagipun anak2 muridku 'seram' sikit ngan aku...garang tuh!! hak hak hak. Dalam pada garang2 aku nie...dia orang ingat gak birthdate aku. Dia orang anjurkan belated birthday party untuk aku.It was really a suprise!!!..Dapat hadiah lagi tau!!...

Sebenarnya...banyak tempat2 yang menjadi tempat 'pertama kali' buat aku. Last week...I went to Singapore. Pertama kali tuh!!. Aku sendiri tak pernah sangka nak ke sana...sebab tak ada benda yang aku nak cari kat sana. Tu lahkan....Allah yang menentukan segalanya. Macam juga orang yang tak pernah terfikir akan dapat menjejakkan kaki di bumi Mekah....tetiba telah berada di sana...Allah Maha Besar!!! Aku ke sana atas urusan keluarga..bakal keluarga...insyaallah. Satu yang aku agak kagum bila berada di negara orang nie ialah tentang ketertiban mereka bila berada di atas jalanraya...maksud aku...cara mereka memandu ler. Aku tak nampak pun mereka mencilok ..malah kenderaan masing2 mengikut lane yang disediakan. Keadaan nie bukan hanya melibatkan pemandu dari negara tersebut...malah dari negara kita sendiri. Ini betul2 bersopan di jalanraya...hehehehe. Tapi bila masuk aje tambak Johor...aduhai...hilang kesopanan...ghaib ketertiban. Pelik arr!!.


Apa2 pun yang penting...kita teruskan 'kesopanan' kita...jangan ikut cara orang yang memandu dengan bahaya. Pesanan untuk diri sendiri gak tuh!!! hahahaha. Kalau aku jadi ke Cameron Highlands ...aku akan ambil gambar bila berada di sana...nanti aku akan paparkan gambar tu di rumah aku nie...exclusive untuk mereka yang tidak pernah ke sana...huhuhu.

Wassalam