bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Wednesday, May 03, 2006

Adab melawat...menziarah.


Assalamualaikum...


Beberapa minggu yang lalu, salah seorang dari cikgu di sekolahku dimasukkkan ke hospital kerana sakit ...demam ...agak tinggi suhu badannya dari biasa. Kasihan aku tengokkan. Mujur isterinya ada untuk menjaga dia....waktu siang sahaja kerana waktu malam wanita tidak dibenarkan menjaga suami di wad. ...tak apa ...kerana ramai jururawat yang akan menjaganya...hehehehehe.


Berada di hospital adalah satu perkara yang aku tidak berapa suka.....sebenarnya aku dah jemu. Dahulu aku sering berulang-alik ke hospital kerana menjaga arwah emak aku di wad.....dan kini menghantar abah yang kurang sihat setiap bulan. Hospital telah menjadi rumah kedua ku. Malah aku pernah bermalam di wad kerana keguguran....banyak kali juga ....kalau tidak silap...ada lah dalam lima kali. Selok-belok hospital Muar telah aku hafal....kat mana tempat nak ambil darah...kat mana Dewan bedah....kat mana kes2 kecemasan dirujuk.....kat mana wad2 tertentu... semua aku tahu. Lagipun Hospital Muar tidak besar sangat.....tidak macam hospital2 di bandar2 besar.


Berbalik pada cerita kawan aku ni....dia pernah mengadu padaku....rasa macam nak lari dari hospital.....terutama sekali bila masa melawat. Aku tanya pada dia mengapa dia cakap macam itu. Dia kata ....terlalu ramai yang datang sehinggakan dia rasa tidak dapat rehat sepenuhnya. Aku menasihatkan dia agar menerima kehadiran tetamu dengan baik walau dalam hati Allah sahaja yang tahu...yang penting senyum.Tapi aku tidak nafikan apa yang dirungutkan oleh kawanku ini. Kalau aku berada di tempatnya.....aku juga pasti rasa apa yang dia rasa. Banyakkan bersabar ya kawan!!!


Lantaran itu aku terus memikirkan apakah cara-cara yang terbaik untuk kita lakukan pabila kita pergi melawat atau menziarahi sesiapa sahaja baik di hospital ....di rumah atau di mana sahaja.
Tidak salah melawat pesakit kerana ini menunjukkan kita prihatin terhadap orang sakit tersebut. Namun kita perlu peka terhadap beberapa pekara sebelum kita pergi melawat. Ini adalah bagi menjamin bahawa lawatan kita mungkin dapat memberi keseronokkan....keselesaan dan ketenangan kepada pesakit.



ADABNYA........di antaranya...


~ elakkan memakai minyak wangi yang keterlaluan.
Bau yang menusuk hidung bukan sahaja boleh membuatkan pesakit bertambah pening malah
turut memeningkan pelawat yang lain. Bukan tak boleh pakai minyak wangi...tapi agak-agaklah.

~ jangan makan makanan yang di bawa sebagai buahtangan atau makanan pesakit.
Kalau anda bawa makanan untuk pesakit...jangan makan makanan tu...buruk siku namanya.
Ada pesakit yang tidak suka kita makan makanan yang dihadiahkan oleh orang lain.

~ salam dengan lembut.
Pegang tangan pesakit dengan lembut. Jangan sekali-kali memeluk kerana ada pesakit yang
tidak suka terutamanya yang baru menjalani pemberdahan. Sakit kalau terlanggar tempat yang
baru dijahit tuh!!!

~ duduk atas katil pesakit???
Elakkan duduk diatas katil pesakit kerana ia akan menyebabkan pesakit merasa tidak selesa
dan sempit. Ingat ya...katil itu untuk orang yang sakit...bukan untuk orang yang sihat.

~ jangan dok lama-lama.
Tujuan anda melawat hanya untuk melihat keadaan pesakit dan bertanya khabar selain
mendoakan agar pesakit cepat sembuh....jadi tak perlu tunggu lama-lama....pesakit perlukan
rehat yang secukupnya.

~ berikan perkhabaran gembira.
Elakkan bercakap tentang peristiwa-peristiwa silam yang sedih dan perkara-perkara buruk.
Jangan buat lawak yang tidak sesuai....ditakuti terbuka jahitan jika pesakit baru lepas menjalani
pembedahan.

~ perlahankan 'volume' suara.
Berbual dengan suara yang rendah...tidak perlu terjerit-jerit kerana anda bukan sahaja
mengganggu pesakit yang anda lawati malah pesakit di wad tersebut.

~ jangan bawa anak-anak kecil.
kalau dikutkan peraturan melawat....kanak-kanak kecil tidak dibenarkan masuk ke dalam wad
orang-orang dewasa. Mereka bukan sahaja akan membuat bising dan mengganggu pesakit
malah ditakuti mudah menjangkiti penyakit yang tidak nampak di mata kasar.

~ seksi yang seksa.
Cara berpakaian pun biarlah tepat mengikut tempat. Elakkan dari memakai pakaian yang
menjolok mata....risau mata yang terseksa.

~ tutup handset.
Pastikan anda menutup atau meletakkan telefon dalam keadaan silent mode semasa melawat.
Penggunaan telefon sememangnya tidak dibenarkan sewaktu melawat.


Pesakit dimasukkan ke hospital kerana mereka sakit. Apa yang perlu anda lakukan ialah bersikap dan berfikiran positif ketika melawat mereka. Sentiasa senyum ok!!!!. Jika anda sedang marah atau sedih...jangan tunggu lama-lama. ...minta izin mengundurkan diri bagi memberi peluang pada diri untuk mengawal keadaan dan perasaan anda. Elakkan dari menunjukkan perasaan negatif ketika anda berada si sisi pesakit. Doakan kesejahteraannya....moga mereka cepat sembuh. Sedikit kegembiraan yang anda berikan pada mereka......membawa sejuta sinar buat mereka . Tentu anda ada pandangan tentang abad melawat nih.....kongsi ek!!!!!



Wassalam.