bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Sunday, June 21, 2009

LADAP - mencanting plak 1

Assalamualaikum...

Semalam aku dan kengkawan sekolah menghadiri kursus LADAP. Kursus nie semua guru kena ikuti....kalu tidak kena wat surat tunjuk sebab...hehehe. Kalu ade yang menghadiri kelas..( yang sambung belajo)...MC ..menghadiri majlis lain..*bukan majlis kawen tau*..ok la sebab ade reason. Kalu saje2 tak nak hadir...pandai2 la reka surat tu yer.

Kursus kali nie diadakan jauh sikit arr dari sekolah aku.... nun kat Alor Gajah. Kali nie aku akan belajar mencanting. Perghhh...seumur idup nie baru nak try arr. Alhamdulilah..dah nak pencen pun masih leh belajar sesuatu yang berfaedah. Seronok gak ... Yang bestnya aku naik bus ngan kengkawan ke sana. Dah roper rombongan Cik Kiah ke sukan Komanwel la plak...hahaha. Kami pergi ngan 2 buah bus...tp balik jadi satu bus...hahaha. Nak jadikan citer ...bus yang satu lagi tak leh nak gerak bila jalan tu berbukit sikit. Bus yang aku naiki ok...bus yang Suzi n the geng naik yang ade problem. Mula2 dia naik bus sama ngan aku...tah camner tetibe dia turun bus tu n naik bus lagi satu...agaknya bus tu cantik siap ngan langsir merah. Tanpa disedari...betapa hampehh nya bus tersebut...kehkehkeh. Kami bertolak dalam pukul 8.30 gitu. gambo2 kat bawah nie menerangkan ape yang berlaku di awal pagi...nak ke Krat Malaysia, Alor Gajah.
Aku yang 'prasan' sedang berposing...hehehe.


tulis ape tu Cikpah??!!

beratur la weyyyy!!!...tak sabo2...hahaha

kawan2 aku yang 'prasan' gak nie..

Zilaaaaaa.....Suuuuuuuuuu...lapaq no!!!...hiks

Nanti aku sambung lagi...lawatan kat situ..tgk2 pameran.

Wassalam....

Sunday, June 14, 2009

cube2 jek..

Assalamualaikum..

akhirnya...berakhirlah cuti sekolah penggal pertama. Esok sekolah weyyy!!!hiks. Yang baru balik bercuti...selamat balik yer dan yang tak pegi bercuti cam aku....sabo jek la!!.


Bohong la kalau aku kata aku tak pegi mana2 masa cuti nie...*AM bawak tau aku jalan2*..hehehe. Namun disebabkan aku dah terbiasa dengan keadaan nie...maka aku tak kesah pun. Aku tahu AM memang akan sibuk bila cuti menjelang. Semasa cuti dia akan bertambah sibuk dan sebagai isteri aku amat2 memahami. Ok gak la..dia bawak aku g Jusco....Tesco...kan kan kan? Yang penting...sopping beb!! hiks.


Sepanjang cuti nie aku banyak abiskan masa kat rumah. Jelajah umah kengkawan...singgah jap..borak2..pastu balik. Rumah yang paling lama aku singgah ialah rumah Cikpah..sebab kat umah dia ramai kawan yang suke masak2. Aku salin lah beberapa resipi yang aku berkenan. Aku try salah satu darinya pagi td....Kek Lumut. Aku cube2 jek... .Dah masak dah...aku ingat nak amek gambo kek tu...tapikan..aku dah terpotong dulu sebab nak rasa sgt kek tu. Memang sedap sebab ade nestum n horlicks...lembut n moist. Sepatutnya kena masukkan kaya..tp kat umah aku tak der kaya..so aku tk taruk pun. Kira orait gak la...hehehe. Aku guna acuan yang agak beso...*tak der yg kecik arr*...so kek tu tak tinggi sgt. Lagipun tak guna baking powder.

Kalu acuannya kecik sikit ..tinggi la kek nie..


Actually....aku pegi Spore Khamis lepas. Balik ari jek. Malamnya aku n AM balik ke Melaka tp singgah tido di Muo. Kami jengah cucu2 kami. Nanti bila senang2 akan aku masukkan gambo cucu2 kami...Siti Amirah dah semakin chubby..si Abang n Kakak makin bijak.

Kepada kawan2 seperjuangan kat luar sana...Selamat Kembali ke Sekolah...menyambung apa yang tertinggal di penggal yang lalu.


Wassalam.

Friday, June 05, 2009

Renungan bersama..

Assalamualaikum...



salam Jumaat... dah nak abis minggu pertama cuti persekolahan. Aku ade kelas tambahan. Sepatutnya kena datang dua hari tp aku jadikan satu hari. Aku rasa cam tak cukup masa bila mengajar cuma setakat 1 - 2 jam. Jadi aku adakan kelas dari kul 8 hingga 10.00 and then murid2 aku rehat sampai 10.30...sambung balik kelas sampai kul 12. Tu citer psl kelas tambahan..yang beno2nya nk sampaikan 'citer' kat bawah.Thanks angah for the email.





SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.



4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.



5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.



6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'



'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'



Subhanallah. .



"apa yang anda fikirkan tentang diri anda, itulah anda..."


Wassalam..