bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, January 30, 2007

Dah hampir selesai....

Assalamualaikum..


hari nie baru aku sempat kemas rumah...tu pun dah malam. Banyak kerja arr. Al-maklum lah...bisul aku lom pecah...hahahaha. Aku masih lagi dalam proses menyiapkan beberapa kerja yang belum siap. Tapikan dah 90 % siap. Tinggal sikit2 jer lagi.


Dah dua minggu ...maksud aku dua kali Ahad..aku pergi shopping barang2 hantaran. Nampak macam tak banyak yang nak dibeli...tapi banyak. Aku dah list barang2 yang aku nak beli...masalahnya ada barang2 yang tak menepati citarasa aku atau abang. Jenuh gak lah kami tuju dari satu shooping complex ke satu shopping complex. Abang nak beri aku yang terbaik...begitu juga aku. Habis bandar Melaka kami jelajah....hehehehe. Penat beb!! tapi tak terasa sebab kami tak kisah!!!!!.

Ada juga beberapa barang hantaran yang aku beli kat Muo jer. Walaupun bandar Muo kecil...*10 minit naik basikal dah boleh abis jelajah satu bandar ..ade orang kata arr* aku dapat cari barang yang aku hajati. Tak payah nak gei jauh2. Lagipun barang2 yang dibeli taklah mahal sangat atau terlalu mementingkan jenama. Aku suka yang cantik...tapi murah!!..huhuhu
Aku tak demand tau....


Petang tadi aku dah selesaikan satu lagi tugas...the last one. Aku hantar borang kebenaran bernikah dari Pejabat Agama Muar ke Jurunikah kawasan aku. Borang tukan...pink kaler....hahahaha. Kena bayar beb!! Korang ingat senang ke nak bernikah nie...macam2 kena lalui. Tak per la kan...ada orang sekali dalam hidup...ada tu dua kali...ada juga yang berkali2...hehehehe.


Alamak...lesson plan aku lom siap . Aku stop dulu arr. Ntah bilalah aku sempat kemas rumah aku nie lagi. Lepas nie aku nak kena siapkan bahan2 tuk ceramah aku pulak nanti. Moga aku dapat jalankan tugas aku dengan baik.

Wassalam

Friday, January 19, 2007

persiapan ..yang dah .. sedang dan belum

Assalamualaikum..


sungguh!! aku tak sempat nak up new entry lately. Banyaknya kerja. Kat sekolah selang sehari meeting..meeting...meeting. Hari nie pun sebab hari Jumaat...balik cepat so aku ambil kesempatan mengemas rumah. Rumah orang lain semua tukar baru. Aku tetap dok rumah lama. Ok gak arr.Aku suka sangat dengan rumah aku nie walaupun rekabentuknya lama ...perhiasannya antik...hehehehe.


Dua minggu yang lepas aku menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Dua hari tuh!!...Walaupun aku dah tahu banyak perkara tapi memiliki sijil kursus nie adalah salah satu syarat untuk memohon menikah...kat Johor ler. Kat negeri2 lain aku tak tahu sangat....kena kursus kot? Kursus tu diadakan dari pagi sampai petang. Letih beb!!..tapi kerna terpaksa...namun aku tetap menjadi peserta kursus yang baik..hahahaha. Yang aku geram nie ialah perihal anak2 muda *ada tu tengah tunggu result SPM*yang sama2 berkursus. Aku tak tahu la apa tujuan mereka berkursus. Kok ye pun niat cuma nak dapatkan sijil...at least hormatla kat penceramah2 tu. Nie tidak...ada ker patut dia orang nie main game....berbual2...*kuat lak tu* Ada juga yang seakan2 menganjing2kan apa yang diperkatakan oleh penceramah2 tu. Tak ada adab langsung!!!. Kan majlis ilmu tu! Kalau ler dia orang nie anak murid aku kat sekolah...dah lama aku bagi backhand....tak pun aku smash...hehehehe.


Semasa kursus tu kan banyak perkara yang disentuh. Nak tahu??...Gei arr kursus...muahahaha.
Serius tau...better go..* awal2 la bagus...*dengar dan fikirkan. Aku yang dah melaluinya pun speechless bila diingatkan tentang beberapa perkara yang aku ignore selama nie. Ada perkara2 yang betul2 kena batang hidung aku...maksud aku..perkara tu terjadi pada perkahwinan aku yang pertama. Jadi bila aku fikir2kan apa yang aku lakukan selama nie...harus dan tepat.. dan yang pasti aku berada dilandasan yang betul.


Selesai tugas pertama...aku pun pergi ke pejabat agama. Apa lagi...kena ambil borang kebenaran tuk menikah dan ujian HIV. Borang kena beli tau!!..jangan risau...tak mahal...kehkehkeh. Pastu aku pun isi ler borang tu. Banyak gak keje...cam aku yang dah tak der abah kena ler cari wali yang lain...abang aku ler.Lalu hari Isnin yang lalu lepas waktu sekolah aku terus ke Seremban...rumah abang aku. Aku perlukan tandatangan dia sebab dia lah wali aku...selesai satu lagi tugas.


Di Johor ..setiap pasangan pengantin diwajibkan membuat uijan HIV. Kat negeri lain kena buat tak?...Alaaaaa..sekejap jer....tapikan suspen gak..Apa2 pun aku clean beb!! hehehehe. Selesai dah tugas seterusnya. Sekarang...aku gan abang dah mula nak membelibelah. Ada gak beberapa perkara yang aku lom buat...tunggu giliran tuh!!
Kata orang2 tua...nak adakan majlis perkahwinan nie macam menahan sakit bisul. Bila dah pecah baru la lega. Maknanya...dah selesai majlis baru la tenang. Tu yang aku selalu dengar la. Dia orang selalu cakap...bisul lom pecah...hahahahaha. Kiranya...bisul aku lom pecah la nie....huhuhuhu


Ok la.....nanti aku sambung lagi tentang persiapan majlis perkahwinan aku nie. Esok awal muharam la wei!! So...aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1428 .
SEMOGA APA YANG KITA RANCANG ...TERLAKSANA...DAN APA YANG TERLAKSANA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT.


Wassalam.

Friday, January 05, 2007

Tahun baru...semangat jitu...

Assalamualaikum


Dah hari ke 5 dah ek untuk 2007 nie....bermakna dah 3 hari sekolah bermula. Aku demam dan abang pun demam. Tapi tak la teruk sangat. Aku tetap ke sekolah. Malu arr ...baru mula sekolah dah mc. Aku tahan je la. Sakit nie kalau dilayan bertambah2 sakit la jawabnya.
Tahun 2006 yang aku tinggalkan banyak kenangannya. Pahit..manis...perit..payau..maung..entah berapa banyak rasa lagi yang ada. Yang pahit2 tu aku jadikan sempadan dan panduan semoga tidak selamanya pahit. Aku nak kenangan yang bakal aku ukir di 2007 menjadi sesuatu yang manis.
Tahun nie aku tetap kena mengajar Tahun 6...kelas peperiksaan tuh!! Dua kelas lagik...tahun lepas pun cam tu juga. Namun begitu aku bersyukur kerana resultnya cukup memberangsangkan. Tak putus2 ucapan tahniah dari pihak sekolah...kengkawan dan paling best dari parents anak2 muridku. Ada juga yang beri aku hadiah walaupun bukan itu yang aku pinta. Aku cuma mahukan anak2 muridku berjaya dengan cemerlang. Dalam pada aku 'bahagia' dengan kejayaan ini ...aku harus memandang ke hadapan memikirkan tentang nasib anak2 muridku di tahun 2007 ini. Aku cuba merangka strategi yang terbaik buat mereka. Aku berazam untuk memberikan mereka pendidikan yang terbaik dengan teknik pengajaran yang agak berlainan sedikit. Ini adalah kerana mereka terdiri dari set yang berlainan dari segi pemikiran...penerimaan dan pencapaian.
Sedang aku memerah otak...memikirkan strategi ..ada mulut2 busuk seakan2 cuba menjatuhkan semangatku. Malah kenyataan yang dikeluarkan seperti memperlekehkan keupayaan anak2 muridku. Dia kata : "Tahun nie ketawa...tahun depan menangis la".Dah le dia tak mengajar tahun 6..*dari dulu sampai dah nak pencen* ada hati nak komen pasal keputusan peperiksaan tahun 6. Bila di suruh mengajar Tahun 6...pucat gigi...hehehehe. Aku rasa macam nak cili mulut orang nie. Aku rasa cam nak tenyeh2...macam tenyeh cili api kat tempoyak!! Memandangkan aku dalam bilik mesyuarat...maka aku diamkan dulu. Insyaallah...aku harap result tahun 2007 lebih baik dari tahun 2006 atau setara. Lepas tu aku akan suruh orang tu menangis. Kenyataan dia nie membakar semangat aku...sebab korangkan tahu...aku pantang dicabar...hak hak hak.
Perjuangan harus diteruskan. Aku kena bijak untuk membahagikan masa...perancangan dan perlaksanaan mesti serasi.


Wassalam.