bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, May 02, 2006

Ku imbas kembali .....akhir


Assalamualaikum...


Permohonan pindah aku secara lisan diterima tanpa syarat. No fail aku diambil dan dibawa ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Aku tak pernah ambil peduli samada permohonan aku diluluskan atau tidak. Aku tak nak terlalu berharap. Aku tak mau hampa. ...lalu aku meneruskan hidup aku seperti biasa. Aku lalui hidup tanpa dia dan aku sedar perjalanan hidupku masih jauh.Aku tidak mebenarkan diriku terbawa-bawa dengan mengingati dia yang tidak mungkin menjadi miliku. Dia sudah semakin jauh dariku. Aku harap dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Rinduku ...kasihku...sayangku...kini bukan lagi miliknya.


Aku pulang ke Muar sendirian....nak sambut hari raya arr!!! Seronoknya dapat balik kampung. Dapatlah aku hilangkan sedihku..apatahlagi bila dapat jumpa emak dan abah. Pada malam hari raya...sedang aku dan adik-beradik sibuk memasak dan membuat persiapan terakhir menjelang hari raya esok harinya.....aku terima panggilan telefon dari dia. Aku terharu sebenarnya...kerana dia masih ingat dan mengucapkan Selamat Hari Raya padaku. Dia mohon kemaafaan dariku kerana melukakan hatiku. Dia menyatakan hasratnya....bahawa dia berharap dia masih ada dalam hatiku. Dia mahukan aku menjadi miliknya. Aku nyatakan pendirianku....bagi aku...... apa yang telah berlalu hanya menjadi sejarah dan telah aku lipat kemas dalam lipatan hati ....tidak mungkin aku hamparkan kembali.


Pada hari raya yang ke lima......kalau aku tak silap........aku terima surat dari Jabatan Pendidikan Johor. Hati aku berdebar-debar kerana aku dapat rasakan surat tersebut mempunyai kaitan dengan hal pertukaranku. Bila saja aku buka sampul surat itu.......aku menjerit kegembiraan. Permohonan pertukaran aku diluluskan. Orang yang paling gembira ialah emak aku. Dia sebenarnya dah bernazar....kalau permohonan pertukaran aku diluluskan dan balik ke Muar....dia nak buat kenduri. Betapa tingginya harapan emak aku....terharu sungguh aku masa tu. Pada ketika itu aku rasakan perasaan ku bercampur-baur.....ada suka dan ada rasa sedih....pelikkan??
Aku gembira kerana aku akan sentiasa bersama-sama abah dan emak. Bila aku balik dari sekolah....emak mesti tunggu aku di beranda....tersenyum. Abah bangga dengan aku kerana akhirnya aku akan menabur bakti di tanah kelahiranku. Aku sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan ku yang sama-sama ketawa dan menangis bersamaku.....*kami masih keep in touch*



Kalian tahu....perkara pertama yang aku lakukan setelah kembali ke Muar...ialah mendaftar di sekolah memandu...hahahaha. Sebenarnya itulah janjiku pada diriku sendiri....sebab semasa aku berada di Felda yang agak jauh dari bandar aku tidak berpeluang untuk belajar memandu. Aku teringin juga punya kereta sendiri. Setelah belajar hampir sebulan...kalau tak silap ler...aku pergi test. Alhamdulilah....pertama kali ambil ujian....aku lulus. Bangganya tidak terkata. Selang seminggu aku ambil pula test motosikal. Aku memang dah mahir membawa motor jadi untuk lulus bukanlah satu perkara yang berat buatku...sorry!!! terpoyo pula ayat aku...hehehehe.Tapi sayang setelah mempunyai lesen aku mengambil masa untuk punya sebuah kereta. Bukan tak mampu untuk membelinya....tapi aku sengaja menunggu hingga tiba waktu itu. Aku beli sebuah motorsikal untuk ke sekolah. Perghh!!! brutal tuh!!...hak hak hak. Menunggang motor ke sekolah memang banyak masalahnya....tapi aku harungi setiap dugaan.Bila terkenang ....aku ketawa sendirian. Apa tidaknya....aku terpaksa menyorong motor bila minyak habis....bila enjin tetiba 'mati'.. dan bila tayar pancit. Pernah aku memakai baju hujan di tengah panas.....ini semua kerana hujan yang tidak sekata. Di tengah-tengah bandar Muar punya lah lebat hujan...bila aku hampir sampai ke tempat yang hendak aku tuju......setitik hujan pun tak ada.....apa nak buat...aku buat muka selamba ler...tapi malu juga ....sebab banyak mata memandang kehairanan...hak hak hak.

Selepas beberapa tahun aku mengajar di Muar...aku mengikuti kursus khas TESL selama setahun di IPSI. Aku ingat aku nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi....tapi aku tak sanggup meninggalkan emak yang sakit-sakit . Emak pergi jua akhirnya....dan aku seakan-akan hilang semangat untuk belajar. Aku teruskan hidup...tanpa emak...dan kini aku menjaga abah yang juga sakit-sakit. Adik-beradik aku ramai...tapi masing-masing tak tinggal di Muar. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk abahku sementara dia masih ada.

Cukup setakat ini cerita tentang aku.....yang dapat aku kongsikan bersama kalian. Pengalaman yang terhasil dari peristiwa-peristiwa yang lalu...banyak mengajar aku erti ketabahan walau kadangkala aku tergelincir jua...cuma aku sering berdoa agar Allah menetapkan imanku...usah palingkan hatiku setelah diberi petunjuk dan hidayah.

Wassalam