bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Friday, November 20, 2009

jom bercutiiiii!!!

Assalamualaikum..

saje jek nak beritau...H!!! cikya dah start cuti sok!!! muahahaha.

Dalam pada tu jugak..aku nak ucapkan tahniah kepada murid2 aku yang berjaya mendapat 5A dlm UPSR yang lalu. Pada yang tak dapat tu...tak per....masih jauh perjalanan kalian. Korang dah buat yang terbaik...cikgu tahu tu.


Seronok plak tengokkan gelagat parents yang mana anak2 mereka mendapat 5A...mereka sama2 naik pentas untuk mengiringi anak2 mereka menerima slip keputusan UPSR. Ada antara mereka yang menangis bagai nak rak...lencun beb..hiks. Dorang hanya tahu keputusan yang mendapat 5A dalam majlis tersebut. Bangga weyy!!!.

Aku pun tak sabar2 nak tahu result anak2 sedara aku...anak dara dua orang tu. Sorang kat Kelantan...sorang kat Selangor. Pagi smlm aku call Kak Sal..*tgh kursus lak tu*. Dia kata lom tahu lagi. Tak lama pas tu dia call...beritau Farhana dapat 5A....alhamdulilah. Aku call akak aku lagi sorang...Kak Kamal. Dia beritahu Wawa tengah beratur..tunggu giliran la plak. Aku minta dia call aku balik bila dah tahu resultnya. Tak lama pastu...dia call. Dengan nada yang agak sayu ..dia beritau..."abislah anak aku cik". Suspen woo. Aku tanya... "dia dpt brape?"Kak Kamal cakap...."Wawa dapat 5A jek cik!"...Pe lagi..aku jerit la kat tepon..tak sedar airmata aku mengalir. Konon2 abg ipar aku pun nak kenakan aku ..tp tak suspen dah sbb aku dah tahu trick dia...hahaha. To Farhana....tunggu ek..nanti makcik beri adiah. To Wawa...pun tunggu gak...nanti papa n mama fikir2kan ape nak bagi...hehehe.


Kepada rakan2 pendidik...Selamat Bercuti. Rehatkan minda...moga tahun depan kita akan 'lebih segar'...hiks. Kepada yang kena mengikuti kursus or sambung belajar...jangan ponteng or tuang kelas tau...moga kalian berjaya dengan cemerlang.



Wassalam.