bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, February 26, 2007

Menghitung hari.....


Assalamualaikum.


maafkan aku rumahku..aku tak berkesempatan mengemas dan menghiasmu...sob sob sob. Masa begitu mencemburuiku..terlalu banyak yang perlu aku bereskan memandangkan hari bahagia ku terlalu hampir kini. Apalah dayaku...tiada berayah...tiada beribu. Segala-galaya perlukan perhatianku. Dari urusan permohonan pernikahan...hingga ke menempah tukang masak..aku terpaksa uruskan sendiri. Namun kini sudah hampir kurang kesibukkannya. Hanya menanti hari...doaku agar majlis pernikahanku berjalan lancar dan mendapat keberkatan dariNYA.




Tak habis2 aku dok citer pasal majlis aku nie. Terover la plak...hehehe. Terkadang aku rasakan seakan2 seronok bila menguruskannya sendiri. Aku rasa lebih komited kali nie. Apa taknya..... barang2 hantaran aku 'susun' sendiri...segala kasih aku tertumpah di situ. Aku nak lakukannya sendiri kerana aku ingin lahirkan rasa kasih sayang terhadap abang melaluinya.Aku mahu hasil tangan hantaran ini adalah dari aku ....isterinya. Tapi ada juga hantaran yang lain2 digubah oleh kakak2 aku...contohnya sirih junjung...hehehehe...aku tak brape nak mahir!!




Sebenarnya...aku menghadapi pelbagai dugaan dalam menguruskan majlis nie. Mujur abang banyak membantu. I really appreciate him. Dia memang penyabar. Contohnya...kad jemputan kami buat sendiri. Bila tiba masa nak print.... printer buat hal. Abang tetap teruskan dengan menggunakan printer yang lain. Akhirnya siap juga. Walaupun tak sehebat yang ditempah...kami bangga sebab kami buat kad sendiri...muahahahaha. Dugaan2 yang lain ...tak payah citer la yer. Yang pasti...semua masalah dah diselesaikan.....berehhhh!!!




Lepas entry yang ini..entah bila la aku boleh update lagi rumah aku nie. Lepas nie pasti aku sibuk. So pada kengkawan...sila lah yer ke majlis aku nanti....kalau korang leh datang ler.
Jumpalagi dalam pertengahan bulan 3.....insyaallah!!


"Kebaikan bukanlah kerana banyak harta dan anak pinak tetapi kebaikan yang sesungguhnya ialah semakin besar rasa santunmu , semakin betambah ilmumu dan kamu berlumba menandingi manusia dalam mengabdi kepada ALLAH."
Dari Abu Darda'


Wassalam.

Sunday, February 04, 2007

layannnn...huhuhu

Assalamualaikum..


dah bulan February dah....hehehehe. Berdebar la plak...cam tak biasa...huhuhu. Kalau nak cakap tentang persiapan...dah nak siap dah. Tunggu hari jer. Kad pun dah nak diprint. Pada kawan2 ...tunggu ek..nanti aku hantar kad jemputan. Masalahnya...kemana nak ku alamatkan??? huwaaaaaaaaaaaa!! Jangan khuathir...aku jemput mulut jer la..bolehkan? hehehehe



dedaun resah semalam
berlegar-legar di daerah itu
bersama-sama rimbunan duka
menangis dan merintih
merayu dan terkaku
rindu bertandang menyapa
membawa cerita
dedaun resah kian layu
rimbunan duka tertunduk malu
hadir bebunga kasih
melerai dedaun resah yang mati
membubar rimbunan rindu
segar menguntum putik sayang
dan
pepohon harapan tegak berdiri
menunggu mentari muncul lagi
Wassalam