bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Wednesday, December 31, 2008

teruskan perjalanan...

Assalamualaikum..


sekembali dari percutian..aku memang keletihan. Masa berjalan bukan main sonoknya. Tak ingat penat..enjoy jek. Bile dah sampai Melaka ..adoyaiiii...letih giler. Aku asik dok qadha turu jek. Masa bercuti 2 dalam 1 tu..aku asik turu lambat. Masa tu tak terasa sangat...layannnnnnn. Mujur sekolah naik 5 hb..kalu tak entah ler.
Aku rasa lom terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Maal Hijrah pada semua. Moga kehadiran tahun baru ini membawa cahaya dan kebahagiaan wat kite semua. Hidup kite di berkati olehNYA.
Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi tahun 2008. Esok..bermulalah satu lagi tahun baru untuk kita lalui. Azam dulu entah dah tercapai ke tak ..tak tahu la. Tak per..teruskan berazam..kerana ianya adalah pemangkin bagi kita dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Aku tak sempat la nak citer pasal percutian aku. Insyaallah tahun depan..kehkehkeh.aku citer la yer.
Pada semua kawan2 maya aku...Ilham..Bok D..Vaart...Eva...Teesh...H..mamabat..noey..kak ri..jane..n yg lain2...kawan2 maya yg dah jadi nyata.. NHK..Lara..Misa..jazz..*ade lagi tak*..Selamat menyambut Tahun Baru..moga apa yang kita hajati akan dimakbulkan..insyaallah.


Wassalam.

Wednesday, December 24, 2008

yg nyata n merapu..

Assalamualaikum..


ewah..ewah..ewahhhhhhh...suma orang dah umumkan percutian depa. Amboi hai!!! sampai tahun depan tuh. Aku pun cuti sampai tahun depan gaks...hehehe. G umah ilham..dia kata cuti sampai 11 hari..perghhh!!. *aku cuti lagik lama kan?*hiks. G umah H...H kata dia dah plan nak ke Gold Coast...sonoknya!!. Teesh tak kabo lak nak kemana. Alah Teesh..kalau nak tu kan..kemana2 pun bolehkan kan kan...hehehe. Aku nak ke Penang..insyaallah. 2 in 1..anak sedara nak nunang..pastu lajak sikit la ke utara lagi.


Aku actually bukan sedang berfikir atau memikirkan sangat pasal nak bercuti nie..*penat arr cuti lama2 nie..leh caye ker?*..kehkehkeh Aku sedang mengira hari. Huwaaaaaaaaaaa...sekolah dah nak re-open!!. Bermula lah episod baru dalam dunia nyataku. Since that next year I'll be teaching Yr 6..aku dah prepare arr sikit2 4 my students. Siap arr korang...hari pertama persekolahan sok..korang dah kena wat latihan...sampai ler selesai UPSR. Tapi korang jgn risau wahai anak2 murid ku...masa bermain ..kite bermain la but during my class...jgn bikin macam2 ya!..hiks.


Di tika dan kala inikan...ramai parents yang berpusu2 ke shopping complex. Sibuk betul dorang nie pilih baju untuk anak2 dorang. Yang kat bahagian stationary pun ramai gaks. Suka aku tengokkan keprihatinan parents dan ade tu yang menyerahkan pada anak2 mereka untuk membuat pilihan dari segi pilihan kasut dan alat2 tulis. Baju dorang tak leh nak pilih sangatlakan sebab warna baju dan kain or seluar dah ditentukan..cuma mereka boleh buat pilihan dari segi kualiti dan jenama. Aku pasti..Jane pun sibuk gaks tu. Misa pun cam tu gaks. Sape lagi eks?..Ilham tak sibuk kot...hahaha. Bok D ?..ntah. Lara pun sibuk gaks...dia selalu cam tu sibuk uruskan adik2. Dia nie kan kakak yang prihatin tau!!


Kalau aku lalu kat bahagiaan yang jual baju2 sekolah niekan..AM selalu tanya.. "ayang tak nak beli baju ker?"..hahaha..sabo jek la.

Terfikir gak aku...kalau lah kami guru2 nie ada uniform..camner ek? Warna ape yang sesuaikan? takkan nak warna putih..marah laks para jururawat n doktor...hehehe. Corak? munge2 cantik gaks..tapi koman kan? Material?...sutera?..payahnya nak gosok..*lainlah kalu italy silk ker..hok yang licin tu...tapi mahal tuh!!. gaji cikgu brape sen ler sgt..ekekeke.
Sekarang pun kire orait la..pakai jek la pakaian yang sesuai..asal tak menjolok mata.*ade gak yang pakai kebaya ketat beb..kain belah depan...ngences!!* Aku tengok jek la..sebab dengan badan aku yang beso bagak cam nie..tak sesuai langsung pakai kebaya2 nie. ..hehehe. Yang pasti...almari baju aku dah sendat..every month ade jek baju baru...kena tuko selalu sebab budak2 sekarang kecik2 dah pandai jadi juri. Yang paling ketara..bile aku pakai tudung baru. Soklan cepumas..."Teacher beli tudung nie kat mana?..cantiklah*hmmmmmmmmmmm.


Kepada kengkawan yang akan bercuti..Selamat bercuti ya. Enjoy ur holidays..tapi jangan dok happy sesgt. Kadang2 suke2 mebawa duke..Apa2pun aku doakan keselamatan korang dan ssungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kesilapan kita sendiri.


Wassalam

Friday, December 19, 2008

Baca la..

Assalamualaikum..


dah ari Jumaat eks..H dah suwoh hapdet plaks. *malas la H*..hehehe

Since ari nie ari Jumaat aku upkan la entry nie. Anak sedara aku send email nie kat aku..dia suwoh panjang2kan. Jadi nak dipendekkan cara..aku upkan kat sini..moga kite mendapat ilmu dan keberkatan dari yang maha esa...amin!!!



KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS


Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.




Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Italic
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya

(2) Doa anak-anaknya yang soleh

(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


…Wallahu a'lam



Wassalam

Monday, December 15, 2008

camnie lerrr...

Assalamualaikum..


Another few weeks to go before school re open...*suker plak cuti2 camnie...relaxing*..hiks


tetibe aku terpanggil nak wat entry nie..tu pun pasal si H yang nun di Sydney dok bertanya kat halo entry yang kat bawah tu..hiks


Salam cikya,

nak tanya sikit boleh... cuti2 skolah yg panjang cam gini kan.. cikya buat aper eks kat umah? i mean like.. just curious.. ok tolak lah kursus/keje2 kat skolah/jenjalan.. the rest of the days or weeks yg cikya totally takder kemana2 tuh..cth, cikya ada 3 minggu yg tak gi memana tuh so, cikya wat aper eks kat umah for the 3 weeks tuh?

H 15.12.08 - 8:58 am #



Aku jawab la soklan dia..tapi simple jek.


salam H..

hahaha..soklan yang cukup bagus.dah tolak campur suma2 tu kan...cikya qadha turu...kehkehkeh

tak der la H..dok kemas2 rumah..lap sana...lap sini..pastu berlengkau cam ulau atas pagau..hiks

g dapo..curah tepung dlm mangkuk..bancuh2..jadi kuih..

amek pasu munge..susun2 bunge*plastik*..last2..berlengkau lagi smbil tonton tv.

*jelajah blog org2..ikut time*tapikan..cikya suker arr cuti camnie..tenang jek sebab cikya tak leh renyah2..

Sofya Homepage 15.12.08 - 10:36 am #


Cuti kali nie aku betul2 berehat la. During school days aku tak leh nak rehat camnie. Kat rumah aku kena pikirkan pasal sekolah. Memang ler balik cepat...tapi sambung beb keje kat rumah. Keje2 rumahtangga memang dah wajib kena buat..aku sambung plak keje2 sekolah. Lesson plan tuk esok nak kena buat...teaching aids nak kena prepare. Exercise book budak2 yang abis tanda kat school bawa balik rumah sebab esok nak bagi latihan lagik. Hari2 cam tu..apa2pun aku enjoy wat tu suma.


Aku menjalankan tugas aku sebagai suri rumah sepenuh masa during hols nie..hehehe. Bese ler kan..masa school days aku memanjang tak sempat nak wat bekpes tuk abang. Mujur abang leh bekpes kat otel..hiks. Tapi aku tahu perangai abang...bile dia sampai kat tempat keje dia terus keje..mesti tak ingat nak bekpes.

Jadual rutin aku hari2..bangun kul 6pagi. Lepas solat terus ke bawah..*masuk dapo* sediakan bekpes tuk abang. Abang dah bersiap2 nak ke otel. Aku suker tengok dia bile dah bersiap..dengan kemeja lengan panjang ..siap ngan tie dia..ensem...hiks. Then we had our bekpes together2.. dalam pukul 7.40 abang start kete n g keje.


Selepas abang g keje...aku on kan tv..*tgk tv dulu tuh*..hahaha. Dah tak der rancangan best2..aku pun kemas dapo. Pastu aku naik atas semula ..duk dendiam dalam study room. Aku on kan laptop aku. As usual..aku mejelajah setiap blog kengkawan. Pagi lagik la plak..mana dorang ader menangok kat blog memasing. Dorang kan keje..aku yang bercuti panjanggggg!!


Lepas baca paper online ..aku offkan laptop n qadha turu. Aku selalunya qadha turu tak lama...jab jek. *Kadang2 jek tau aku qadha turu*. Kalau aku rasa nak kemas rumah...aku kemas la..atas bawah aku kemas. Masalahnya..bile nak kemas semua...esok aku dah tak der keje...kehkehkeh. Bab masak memasak tu..kecik jek beb..no hal punyer!!


Dan semasa cuti nie la juga...aku rehatkan minda aku...hati aku. Aku suker cuti kali nie..walau terkadang bosan menghampiri..dan aku ada cara untuk menyambutnya.



Wasssalam.

Tuesday, December 09, 2008

kat Pangsun...berkelah!!

Assalamualaikum...

*fuhh!!..baru siap keje*. Pepagi lagik aku dah bergerak dari Muo ke Melaka. Aku beraya kat Muo ler. Adk beradik tak balik sebab dah tak der cuti ler tu...hehehe. Kakak aku yang kat Sentul wat korban. Aku dah tepon dia dah..simpankan aku sikit daging korban tu. Dia dah asingkan dah upernyer ...hehehehe. Mekasih ek!


Raya kat Muo cam bese jek. Aku dan abang beraye ngan akak aku yang sorang tu. Kalau aku tak balik sian gak dia..dah ler mak n abah dah tak der. Alhamdulilah..aku yang paling dekat..maka akulah yang seharusnya balik beraye dengan dia. Aku sampai petang raye. *elehhh..tak jauh..dlm 40 mins jer dah sampai*. Aku siap2 masak dari Melaka. Bila abang balik keje kami kemas2 terus balik ke Muo. Hujan!!!!..raye dalam hujan. Tapi aku tengok langit masa tu dan aku pasti hujan pada hari raya tu memang serata. Kakak2 aku kat KL kata kat sana pun ujan.


Sebeno2nya aku nak citer pasal picnic kat Pangsun tuh....hehehe..melalut2 laks aku nie.


Sehari selepas majlis kat umah kak Tipah..esoknya...aku n abang pergi ke Pangsun. Aku bukan tahu sangat tempat tu. Since akak2 aku nie dah lama duk kat belah2 sana..dorang bawak ler. Jauh gak ler...Dulu aku pernah pergi Sg.Congkak..tapi kali nie dorang bawak aku ke atas sikit. Kakak aku yang dok Kelantan pun ade gaks...hehehe


Aku ingatkan bangun awal..leh ler g awal. Ye la tuh!!...gedebak gedebuk...kul 10 lebih kuar umah. Kami siap bawak makanan n minuman. Kuarga Kak Uteh bawa makanan gaks. Kami membako ayam kat sana.
Sampai jek...kami pun kuarkan suma barang2 yang dibawa. Abang kuarkan tent dan terus pasang.*kitaorg beli tent tu sebab nak berpicnic..*. Senangkan kalau nak salin pakaian. Aku tak kisah pun nak tolong dorang susun2 barang tu. Yang bestnya kat situ...ade pondok untuk letak barang. Tapi kena bayo ler. Aku yang sememangnya dah siap dengan pakaian untuk berendam...terus masuk air..hahaha.

abang dan tent nyer..

aku ngan anak2 sedara n cucu2 sedara..


Abang lom nak mandi lagik so dia bz membako ayam. Rajin betul suami aku nie...hiks. Adik beradik aku n anak2 sedara serta cucu2 sedara dah kesejukkan dalam air tapi sorang pun tak nak naik. Lepas tu abang Saadon pun naik menggantikan abang. Kami asyik tergelak jek sebab abang Saadon bukan sekadar membakar ayam2 tu tapi telah menghanguskannya sekali.




abang bila dah berendam..mule ler...bermedatasi..kehkehkeh.

seronok nampak??!!

jambatan gantung..pendek jek.

dari atas jambatan gantung..damai

Asyik berendam sampai naik kecut sumanya...hahaha. Aku pun mula bergerak untuk mengeringkan badan dan menyalin pakaian. Jenuh aku jerit suruh yang lain2 naik. Waktu tu dah hampir pukul 3petang. Aku kena cepat sebab malam kang nak balik Muo dah.

Aku cadangkan pada kakak2 aku...next year..kite g Sagil laks.

Wassalam

Tuesday, December 02, 2008

kat Meru..

Assalamualaikum..

Sepanjang cuti sekolah nie memang ramai bebeno orang bernikah ek. Ada yang wat kat rumah sendiri..ade yang wat kat hotel...wat kat dewan. Wat ape??!!....majlis persandingan la weyy!! hehehe. Zaman sekarang punye majlis sungguh giler2. Grand abis...baik di kampung mahupun di bandar. Dulu2 pengantin suke tuko2 baju. Ada yang pakai kimono...cheongsam...sari...style jawa..macam2 la. Sekarang pun ade rupenya. Mungkin cuma kurang sikit la kalau dibandingkan dengan dulu2.


Sabtu lepas..sesudah subuh..aku dan abang berangkat ke KL. Anak sedara aku yang kat Meru nak tawen. Dulu aku ade wat entry dia bertunang. Masa bertunang serba biru...tawen nie plak serba cekelat...*warna peberet aku tuh*. Aku sampai kat Cheras..rumah Kak Kamal dalam pukul 9am ..pastu tunggu plak adik aku yang dari Seremban sampai. Then kami pun berkonvoi ler ke Meru. Mak aii!! jauhnyer..kebas montot aku..walaupun seat aku dah dilapik ngan kusyen.hehehe. Bila kami sampai...pengantin dah selamat dinikahkan. So aku pun jumpa anak sedara aku yang masih berpakaian nikah tadi. Then aku terus ke bawah dan duduk bersama siblings aku yang lelainnya.

Align Left chantikkkss...hiks

Perut masa tu memang lapo..pe lagi aku pun bersantap ler. Aku kurang makan nasi tapi dok membalun ayam goleknya...cam ayam percik gitew. Sedap oooo... Airnya plak air cincau..*minuman peberet aku*. Bagus la akak aku nie..suma2 tu peberet aku. Dari pilihan warna tema majlis hingga la ke makanan dan minumannya....hehehehe.


Akak aku..*mak pengantin*..buat permintaan. Dia mintak adik aku dan aku menyumbangkan lagu. Aku beri macam2 helah la..salah satu darinya..masa tu hari cam nak ujan..so aku cakap la..lebih baik tak yah nyanyi..nanti ujan turn...hehehe. Tapi adik aku tak sampai ati. Dia nyanyi gak satu lagu...lamunan terhenti tuh...*lagu peberet aku gaks tuh*..hehehe
amacam?...hehehe

Kak Kamal aku nie memang melatah..pantang kena cuit..mule le. Kami tak leh nak tahan ketawa jek. Para tetamu yang lain pun tergelak melihat gelagat akak aku nie. Kesian gaks aku tengok kan dia..penat melatah tuh.




kehkehkeh....hahahahaha....hua hua hua..

As usual..aku sempat amek beberapa gambar sebagai kenangan.

kat pelamin..saje2 posing.




abang ngan abang Saadon..relax jerrr..






berarak diiring paluan kompang..


sama chantikss..


Selamat Pengantin baru..


Bila selesai majlis...maka kami pun berangkat pulang ke rumah kak kamal kat Cheras. Tapi sebelum tu kami hantar abang Hamid balik ke posnya kat Banting. Sesuai bebeno ler tempat tu dinamakan Banting. sepanjang jalan tu kami bagai di banting2...mujur aku tak duduk kat seat belakang sekali...hahahaha.

Esoknya kami ke Pangsun..berkelahhhhhhhhhhh!!!! Nanti aku citer pasal ke sana plak. Yang pasti..kami bermandi2an..berendam2an..kehkehkeh.

Wassalam.