bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, May 15, 2006

Maafkan....jangan kuburkan rasa sayang

Assalamualaikum...


Kita adalah insan yang menumpang di bumi Allah.....selagi kita bernafas di buminya ini...selagi itulah kita melalui proses kehidupan....lepas satu episod.....ke satu episod. Kadang-kadang cerita kita menarik...kadang-kadang membosankan.....kadang-kadang menyedihkan. Namun kita teus juga mengatur langkah ...setapak demi setapak....cukup berhati-hati....agar tidak sumbang. Kita rasa kita lah insan yang paling malang di dunia ini....sedangkan tanpa kita sedari....ada insan yang lebih malang dari kita.

Salah satu episod kehidupan yang tidak boleh kita elakkan ialah berselisih pendapat....berselisih faham dan bertengkar. Kalau bertengkar pun banyak caranya. Ada yang bertumbuk, bermasam muka dan ada yang bertikam lidah. Masing-masing cuba menegakkan pendapat....hingga menafikan pendapat orang lain. Tidak kira dengan siapa kita bertengkar.....dengan adik-beradik, ibubapa , teman , boss , sahabat baik waima dengan pasangan kita sendiri.


Kenapa agaknya kita bertengkar? Pertengkaran ini biasanya timbul apabila masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza....dan masing-masing tidak boleh menerima pendapat orang lain. Bagi mereka...mereka saja yang betul. Jangan di sanggah apa yang di kata...maka buruk padahnya. Kalau pertengkaran dibiarkan berterusan...maka kesannya akan menjadi satu titik hitam dalam perhubungan. Begitu juga kalau kita pendam rasa ... bagi kita...ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan pertengkaran meletus. Tanpa kita sedari...ia juga memberi kesan yang kurang baik. Maklumlah.....sekali meletup...habis semua keburukan akan keluar....dari yang besar hingga sekecil-kecilnya. Bagai api dalam sekam....membakar dari dalam...


Kesan yang ketara dari pertengkaran ini adalah lenyapnya rasa kasih dan sayang...rasa cinta...rasa mesra dan rasa rindu. Ini lah yang paling kita takuti...kerana bila rasa-rasa ini telah hilang...maka kita tidak akan temui jalan penyudah. Kita akan terus saling membenci...kita kan terus saling berdendam....dan paling menyedihkan ...kite menambah satu lagi musuh dalam episod hidup kita. Hubungan akan menjadi renggang dan kita akan mula berfikir....pertemuan...dan hubungan ini satu kesilapan.
Tiadakah jalan penyelesaian??? .....Mustahil.....Bak benang yang kusut...carilah punca kekusutannya....pastikan terlerai.
Dalam menangani masalah yang timbul...bagi mengelakkan pertengkaran berlarutan..cubalah memahami apa yang diperlukan pihak yang satu lagi. Elakkan dari berbalas-balas kata...kerana ini akan mencetuskan perang mulut. Keadaan akan lebih rumit...dan lebih bahaya apabila kaki dan tangan naik kemuka. Adalah lebih baik...jika kita mengunci mulut dari berkata-kata ...terutama bila hati sedang membara. Lebih baik jika salah satu pihak mengalah dahulu. Tenangkan fikiran...tarik nafas dalam-dalam. Matikan diri seketika. Bila dah tenang......barulah kita sambung bagi memberi penjelasan dan kebenaran. Tiada siapa yang untung jika pertengkaran terus berlaku dan tiada siapa yang rugi jika mengalah.
Ingat...berdiam diri bukan bererti kita kalah. Sikap mengalah ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan dan ianya memberi kemenangan kepada kita kerana kita berjaya mengekang nafsu amarah kita. Sebenarnya...kita berjaya mengalahkan syaitan yang memang suka umat Muhammad berpecah-belah.....walau akan ada satu ketika nanti...kita rasakan..mengapa kita saja yang harus mengalah. Apa-apa pun ...tepuk dada...... tanya iman...terpulang pada kita untuk mengambil apa saja tindakan yang kita rasa terbaik. Jangan sampai berpatah arang...berkerat rotan yer!!!
Sesungguhnya...dalam menjalinkan satu hubungan....sesama manusia Allah telah memberi kita rasa yang sungguh hebat....iaitu rasa kasih...rasa sayang....rasa cinta...yang begitu hebat nilainya. Sengketa yang terus dipendam akan membunuh rasa-rasa ini. Maafkanlah!!!.....janganlah sampai kita menjadi insan yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan...yang penting..jangan kuburkan rasa sayang itu.
Wassalam.