bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Thursday, May 11, 2006

Kalau lelaki merajuk....

Assalamualaikum...


Merajuk.......... selalunya kita kaitkan perkataan ini dengan perempuan. Jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada orang kata.....kalau lelaki merajuk....buruk sangat rupanya. Ya ker??!!...tapi pernahkah kalian lihat lelaki merajuk? Aku pernah!!!! hahahaha. Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua pernah merajuk kan kan kan??

Kenapa kita merajuk? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi........kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati......rasa macam nak meletup dada menahannya. Bila dah merajuk...kita akan melahirkannya melalui raut wajah.....dan reaksi yang kurang menyenangkan. Ada juga yang merajuk tapi mulut tidak berhenti-henti mengomel.....suara antara kedengaran dan tidak. Perkara-perkara yang kita rajukkan tu....kadang-kadang tidak lah sehebat mana pun...cuma perkara kecil aje....tapi bila sekali hati terluka.....selamanya terasa.


Fokus aku kali ini adalah orang lelaki merajuk.Apakah tanda-tanda seseorang lelaki itu merajuk?Cuba anda selidiki tanda-tanda berikut......jika salah satu tanda berikut ada padanya....maknanya...sidia sedang merajuk dengan anda!!
TANDA-TANDA DIA MERAJUK......
~ diam ....membatukan diri
Sidia akan mendiamkan diri sepanjang dia bersama-sama dengan anda. Puas anda berceloteh..tapi dia hanya menganggukkan kepala sahaja bagi mengiyakan apa yang anda kata. Dia tidak melayan anda berbual seperti selalunya...dan kadang-kadang dia tiba-tiba mendiamkan diri.
~ Tarik muka......masam
Ini adalah salah satu reaksi yang paling menyakitkan hati. Sudah lah tidak mahu bercakap.....buat muka empatbelas pulak tu. Muncung panjang ....boleh buat sangkut baldi...hahahaha.
~ belek-belek suratkhabar....
Orang lelaki memang gemar baca suratkhabar. Kalau dia orang ni membaca....dia tidak akan layan kita...khusyuk sungguh!!!. Tetapi...bila dia tengah merajuk....suratkhabar tu dibaca berulang kali tanpa sebab. Itu maknanya....jiwa dia tidak tenteram....ada rasa yang tidak terlahir....ada kata yang tidak terucap....ada marah yang tidak terungkai.
~ menonton.....main game....
Selagi rancangan tv tu masih ada....selagi tu lah dia akan menonton. Dia tidak peduli akan kehadiran kita. Kalau kita duduk di sebelah pun dia akan buat tak tahu.....buat 'derk' jer. Yang paling sakit hati....bila dia menonton hingga larut malam....walau pun rancangan tu bukan rancangan kegemarannya. Bukan tu aje...kadang-kadang dia main game ...tak kira la...kat komputer ker...play station ker....sendiri-sendiri...sebab nak mengelak dri bercakap dengan kita....tanda protes tuh!!!!
~ suka-suka keluar rumah...tanpa pamitan
Salah satu cara nak tunjukkan protes....dia akan keluar rumah tanpa memaklumkan kepada kita kemana dia nak pergi......sedar-sedar...dah hilang...huhuhu. Jangan kita tanya kerana dia pasti tidak menjawab....buang karan jer tanya!!!
~ buat tak tahu.....
Kita ada ...macam tiada. Kalau ketika ini anda minta pertolongan darinya...contohnya...mengemas meja...dia kan buat acuh tak acuh dan paling teruk...dia buat -buat tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana cara ini akan membuatkan kita tidak wujud ....macam melukut di tepian gantang.
~ matikan handset....
Dia akan offkan handsetnya....sebab dia tidak mahu bercakap dengan kita...apatah lagi mendengar suara kita. Dia bimbang ...api kemarahan yang hampir reda. ....marak kembali. Alasan yang diberi....bateri kong!!!!hahahaha.
Ini adalah sebahagiaan dari tanda-tanda lelaki merajuk.....kalau nak pujuk...pandai-pandai ler ye!!
Wassalam.