bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Saturday, March 22, 2008

Di sana dan di sini...

Assalamualaikum..


pelik arr...
suami aku kata...tak abis2 lagi ker citer tentang sekolah nie yang?.hiks
mana taknyer...aku dok bebel jek....itu salah...ini tak kena...ader jek yang buat aku tak puas ati.
Aku sebenarnya dalam proses mencari kesesuaian...keselesaan. Kalau tak boleh juga...terpaksalah aku mengikut rentak. Tapi tak sama arr antara rentak dondang sayang dan ghazal..hehehe. Aku cuba la...agak2 kalau terlebih ghazal dalam rentak aku ...maafkan aje la ek. nak wat camner...dah aku memang orang Muo.



Letih bebeno aku rasa. Baru habis menanda kertas periksa ujian pertama...dah nak datang ujian kedua. Aku rasa markah baru jek aku anto...kad laporan pun anak murid aku belum pulangkan semula...dah nak ujian lagi. Sukatan pelajaran lom gerak jauh...apa nak di 'test'kan nih? Dah kita orang minta dianjakkan tarikhnya...beri ruang tuk kami ber'nafas'..ehhhhhhhh...dia orang wat tak tahu jek. Anak murid aku ada gak yang komplen..namun jawapan aku.".ikut arahan"...hiks



Masa kat sekolah lama dulu kan...panatia Agama Islam bergerak cergas. Ada jek majlis yang dianjurkan. Seronok bila bekerja bersama-sama...gotong-royong gitu. Ingat lagi...bila bulan Muharram...mesti kami sambut maal hijrah. Yang bestnya...ada makan2...hehehe. Aku suka sangat bubur asyura. Selalunya kami masak sama2. Cikgu2 perempuan merewang..siang itu..siang ini...*malam2 tak der...time tdo*..hehehe. Bila bab menjaga api dan bubur atas dapur..keje cikgu2 lelaki lak. Esoknya plak...ada macam2 program..meriah tau!.
Majlis maulidur rasul pun meriah gak. *dulu aku pernah upkan entry nie*. Ada satu kali tu ..dia orang adakan pertandingan azan....aduhai...bangga tengok anak2 murid bila mereka melaungkan azan penuh syahdu.. murid darjah 1 pun hebat.


Tapi tu...kat sana la. Kat sini aku lom nampak ape2 program lagi. Aku ade gak tanya tentang majlis maal hijrah...tak dibuat ke kat sini. Terkejut la aku sebab jawapan yang aku terima tak leh diterima dek akalku. Aku kata kat dia orang...kalau tak boleh dibuat masa hari persekolahan..*mengganggu p&p katanya*..buatlah pada hari Sabtu. Memang lah sekolah aku nie ader murid Cina dan India...tapi majoriti orang Islam. Guru2 pun hampir 98% orang Islam. Seperti yang aku katakan tadi...aku kena ikut rentak...sebab dia orang nie payah sikit nak terima idea kami *beberapa orang guru baru kat sekolah nie*. Kami cuba bawa yang baik dari sekolah lama untuk dipraktikkan kat sini...tapi tak brapa nak dilayan...hehehehe. Akhirnya...tak der la majlis tu.

Mujur....majlis maulidur rasul akan disambut kat sini...alhamdulilah. Nanti aku ambil gambar dan abadikan dalam umah aku nie. Dulu tu gambar kat sana....kali nie kat sini lak. Rasa2nya cam meriah jek sebab kami akan berarak dalam jarak yang agak jauh. Ustaz kata nak minta bantuan polis untuk membantu mengawal lalulintas...maklum ler..kat sini murid ramai...hampir 1200 orang murid tuh. *Kat sana pun dulu ramai gak...lebih 1000 orang*. Harap2 biarlah segalanya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak berselawat dengan anak2 muridku.


Kat sana kan...buah durian ade yang dah gugur....hiks. Sayangnya bukan semua pokok ada buah...ada yang tengah berbunga. Ini bermakna...tak putus la bekalan buah durian...ada yang tengah gugur...tengah nak mematangkan diri dan ada yang tengah berbunga. Aku nie nama jek ade kebun...tapi dah lama tak menjengah...hahaha. Aku ada tanam pokok naga kat sana..kat rumah arwah abah...rumah aku sendiri tak leh tanam...tak der kawasan..maklumlah...taman perumahan. Bangganya...dah berbunga dan berbuah...alhamdulilah.

bunga yang lom kembang...

dah jadi buah...



satu lagi...nak jadi dah tu...




Wassalam.

Monday, March 10, 2008

Alhamdulilah..setahun dah!!

Assalamualaikum..



Pertama-tamanyer...aku nak ucapkan tahniah pada korang yang pergi mengundi...anda adalah warganegara Malaysia yang sebenar2nya. Tak kira sape yang menang...sape yang kalah. Anda yang memilih dan Allah jua yang menentukannya. Cuma aku harap...kepada yang terpilih tu...jalan2kan lah tugas yang telah diamanahkan...kota2 kan apa yang telah dijanjikan. Dah duk kat atas...ingat2lah rumput kat bumi...hiks.



Cuti sekolahhhhhhhhh...yehaaaaaa!!. Iyo la tu!. Cam tak brape nak best cuti kali nie...hehehe sebabkan... aku tak leh pergi bercuti...huwaaaaaaaaa!! ader kelas tambahan la...peperiksaan la... nyampah tul tau. Apa2 pun..dah keje aku kan...layan jek la...



Hari nie sebenonyer...hari yang terindah buat aku dan abang misai. 10 March 2007...kami diijabkabulkan...dah setahun dah tuh!!!..So kiranya ari nie..anniversary tawen aku dan abang misai yang pertama ler..Doakan kami terus bahagia yer..


"Abang...Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang pertama... terimakasih atas segala2nya."




Wassalam