bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, April 09, 2007

Bulan maduuuu!!

Assalamualaikum..




Dah hampir sebulan majlis pernikahan aku berlansung...dan hampir sebulan kenangan pergi honeymoon bertaktha di mindaku. Selang beberapa hari majlis tu barulah kami berkesempatan tuk berbulan madu. Tak jauh pun kami pergi. Bukan ke luar negara...cuma luar negeri jer...hehehe. Betullahkan...dari negeri Johor ke negeri Perak .


Kami bertolak pagi...seawal 7.30am. Kami berhenti sebentar di Dengkil. After we had our breakast...then kami teruskan perjalanan. Ingatkan kami nak ubah lokasi bulan madu kami tu..*bila terpandang signboard Cameron Highlands* tapi memandangkan this is our first time to P.Pangkor maka kami teruskan juga rancangan asal. Jauh tuhhhh!!!




Sampai kat Lumut....aku park kereta kat rumah kawan abang ipar aku. Rumah dia dekat bebeno dengan jeti ke P.Pangkor. Dari Lumut kami dah sewa chalet dan tiket ferry pergi-balik. Yang bestnya...tiket tu kita boleh gunakan bila2 masa..maksud aku...bila kita nak pergi -waktu dan harinya. Kira2nya fleksible gitu!!





Kami naik ferry kul 12.45tgh. Masa perjalanan cuma 1/2 jam gitu...tak jauh sangat. Setelah sampai kami terus naik teksi..*van ler* dan menuju ke Teluk Nipah. Kami tak ke tepi pantai...kami cuma ronda2 melawat kawasan. Esoknya..seawal 8.00am kami ke pantai. Aduhaiiii...cantiknya. Airnya membiru dari kejauhan. Kami ambil gak la beberapa gambar kenangan.

duduk-duduk atas batu...




Lepas lepak2 atas batu...kami berendam gak arr dalam air. Aku bukannya reti berenang. Mujur abang ada..hehehe. Dah puas berendam abang ajak aku naik bot laju round2 pulau. Pucuk di cita..ulam mendatang. Bayaran tak mahal la..RM4o jer. Lawatan tukan siap dengan penerangan sekali. Aku suka tengok ikan. MasyaAllah....Subhanallah!!!cantiknya. Bila kami campak roti...berebut2 ikan tu sambar.


ikan-ikan sedang makan roti...hhehehe




Aku sempat ambil gambar batu yang merupai beberapa *kejadian*..Jom tengok!!


ini dikatakan Batu Buaya terdampar...*nampak tak muncungnya?*


ini plak....Batu Ikan paus..*lupa nak zoom in* pokok di atas batu tu di katakan tak besar2..cam tu jer le






Yang ini...Batu kaki..terlentang gitu.


Part yang nie memang aku geli...tapikan aku wat2 berani depan abang...hehehe. Aku sentuh benda nie...lembik beb!! .Rupa cam gamat...tapi bukan.Aku tanya gak arr...benda nie leh wat ubat ker?..orang tu kata...tak. Benda tu di panggil..timun laut. Geli tak??



Inila rupa timun laut tu..

Lepas puas ronda2 dan mandi laut...kami pulang. Letihnyer!!. Esoknya baru la aku balik ke Muar.

Satu percutian yang menyeronokkan...apa tah lagi..orang tersayang berada di sisi sentiasa menemani. Akan aku jadikan percutian bulan madu ini salah satu kenangan terindah yang akan aku bawa sampai ke akhir hayat.

Wassalam.