bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Thursday, January 29, 2009

Assalamualaikum..


sepanjang cuti raya cine nie...aku tak kemana2. AM keje...sampaikan off day dia pun dia keje. So rutin harian aku sama jek la. Bangun pagi..lepas solat wat bekpes. AM siapkan diri...bekpes pastu pergi keje.


Nak kata boring...boring gak la. Nak kata tak...aku okey jek setakat nie. Aku boleh layan apa jua situasi. Paling-paling pun ..aku layan turu jek. *mana ler tak mengembang*. Lepas AM pergi keje...aku buat la apa jua aktiviti yg aku rasa nak buat. Sejak ade beskal tak bergerak..aku kayuh jap..agak2 berpeluh..aku stop. Penat beb!!.


Actually aku tak dak idea pe aku nak citerkan dalam n3 aku kali nie...*ehhh..ade..tapi cam tak sesuai*. Aku pepagi lagi dah singgah umah kengkawan. Kadang2 aku tinggalkan jejak..kadang2 tak. Seronok bace citer kengkawan...luahan rasa dorang..kisah hari2 yang dorang lalui...kisah semasa dunia...macam2 ada. Aku mengenali dorang nie pun melalui citer penulisan dorang. Aku bukan lagi anak2 yang sukar untuk mengerti apa yang tersirat di setiap baris kata2. Ada kisah mereka yang meningatkan aku pada silam ku. Aku harap kisah tu tak berulang lagi...serik!!


Aku tabik arr kat kengkawan aku. Dorang rajin sungguh menghapdatekan umah dorang tau. Ada tu..tiap2 hari ..ade jek citernya. Ada jugak yang selang sehari...or at least twice a week. Ada tu jarang menghapdate..TAPI... sekali hapdate sampai 4 ke 5 entry....amek ko!!!..hiks. Aku rasa la kan ...kekangan masa menjadikan mereka sebegitu rupe. AKU??!!... cam nie ler. Seminggu sekali...oraitla kan?. Tak pernah terlintas di minda aku..belum lagi tercetus idea untuk stop. Aku akan menulis kalau aku rasa nak menulis. Aku nak simpan blog nie..untuk tatapan anak cucu aku. Bila Ashraf..Aishah dan cucu2 yang lain..*insyaallah akan ade penambahan*besar..dan aku masih bernyawa..akan aku tunjukkkan pada mereka teratak buruk nenek dorang nie...insyaAllah.

Wasalam

Thursday, January 22, 2009

ishhh...demam la plak

Assalamualaikum..


dah dua ari tak ke sekolah...demam arr. Masa aku menghapdatekan umah nie pun..pale cam mengong jek. Nak wat camno...boring sehh!


Hari Selasa aku pergi ke sekolah cam bese. Pagi tu memang aku dah terbersin banyak kali. Rasa cam nak tercabut hidung aku...asik ler menghembus cairan itu. Tambah2 sekarang plak musim berangin*ade ker musim berangin?*..layannn..hiks. Sejuk giler la. Aku lupa lak nak sarung sweater. Sekolah aku nie terletak atas bukit..tapi tak ler tinggi beno macam sekolah yang sebelah sekolah aku. Kalau musim berangin niekan..aku jadi takut. Anginnya kuat..sejuk..sampai nak tercabut rasanya pintu kelas..*apehal asik tercabut jek nie*. Ada sekali tu..aku lalu kat kelas 6A ..terkezut aku dibuatnya...'dinding' yang memisahkan kelas itu dengan kelas sebelah terperesuk ke kelas sebelah itu. Aku pun panggil ler orang2 gagah kat sekolah tu untuk membetulkannya. Esoknya..angin tetap hadir seperti bese...terperesuk lagi 'dinding' tu tapi kali nie sikit jek. Apa2 pun kena betulkan gak ler.Itu serba sedikit tentang keadaan di sekolah aku di musim berangin.


Berbalik pasal demam aku nie...selepas asik terbersin...aku dah agak dah mesti nak sakit nie. Badan dah mule panas...muka dah monyok semacam...sore dah sengau...kehkehkeh. Pergerakan aku dari pagi sampai kul 10.00 pagi sudah mule menunjukkan kelainan. *sebenonya AM dah ajak g kinik dari malam Selasa ...aku tak nak sbb aku rasa esok cam ok jek*. Kelas aku bermule kul 11.15 pagi. Mujur jadual ari Selasa tak penuh..lagipun guru displin tak mengajo banyak waktu. Member2 yang lain suruh aku g kinik..aku kata "nanti ler..kul 12.15 kang aku pergi." Dorang tanya .."pesal nak g kul 12.15?". Aku kata.. "Aku nak ngajo ler...kelas BI aku..thn 6 punyer kelas lak tu." Dorang kata...."ishhh..ishhh...ishhh...muke dah macam udang kena bako lagi mau masuk kelas".


Loceng berbunyi kul 12.15...aku pun kuar kelas dan terus jumpa GPK 1..*GB aku tak der...sambung belajo*. Aku minta izin untuk balik awal...nak terus g kinik..tak tahan sangat dah rasanya. Dia nasihatkan aku bawa kete leklok...sebab dia tengok aku dah lalok semacam ler tu. Aku start kete dan singgah di klinik berhampiran. Akhirnya dapat ler aku cuti sehari untuk esok. Sampai kat rumah..pelagi..makan ubat dan turu seturu turunya.

Esoknya..*semalam*AM tak keje..namun aku masih tak brape nak sihat... dia ajak aku balik Muo..jumpe doktor kat Muo lak. Klinik kat Muo nie aku memang dah bese bebeno..dulukan mase aku masih kat Muo..kalu demam jek..sebut nama klinik doktor nie..tetibe boleh baik..hiks. Betul pun!!!..bile sampai kat Muo..aku cam dah ok sikit jadi aku batalkan rancangan untuk ke klinik tersebut. Selepas singgah jap kat umah Muo..kami pun balik semule ke Melaka. Dah petang nak ke malam...dia mai semula...kali nie berserta bunyi2an di paru2 ku. Sah ler...nak kena asthma attack ler nie. AM bawa aku g kinik yang aku g semalam...dan dapat lagi satu hari mc..untuk esok gak. Jadi scara keseluruhannya..aku dapat dua ari mc...Rabu dan Khamis. Esok aku g la sekolah. Baru jap tadi..guru pengawas tepon aku...ade kes baru kat sekolah. Sabo jek ler..*Cikya baru nak baik demam tauuuuu*


Aku redha jek la..sakit nie bila nak datang cam ribut..nak pergi cam semut. At least dapat gak aku berehat kan?.


Wasalam

Thursday, January 15, 2009

menyambil la plak...tunang n CCM (last la..)

Assalamualaikum..

Majlis dak fahmi dah pun selesai. Makan pasembor pun sudah..beli jeruk pun sudah. Malam tu aku turu lena sungguh. Penat giler tuh!!. Esoknya..kami teruskan jengketan kami ke lebih utara. Dah lama woi aku tak ke sana. Ye la kan..nak cari ape..nak cari sape..hiks.


28 / 29 December 2008

Kami bangun awal..cam bese ler. Bersiap dan kemudian terus ke kedai mamak..*dah jd regular customer la plak*..hehehe. Bekpes kali nie abg Saadon yang tanggung...*nyesal tau makan nasi lemak jek..*.

makan tak hengat tau dorang nie..


dah sudah makan..kami bertolak kuar dari Penang. Ya Allah..jem giler jalan. kiri kanan jalan penuh ngan manusia yang sedang membeli belah kat gerai2 di tepi jalanraya. Tak sabar rasanya nak kuar dari tempat nie. Kami berpakat nak kuar dari pulau naik ferry. Serik nak ikut jambatan ler tu..hehehe. Bila sampai jek kat jetty...lega bebeno aku rasakan. Tenang sikit jiwa aku tengokkan laut...suker tau.

dah nampak dah signboard jetty...yesss!!

bergerak masuk ke dalam perut ferry...

Dah lama tul aku tak naik ferry..tu yang terxcited tu..hiks. Semasa ferry bergerak..kami pun mule la posing...macam2 ada...kehkehkeh.



berangan le tu..


lagi kuat berangan...hahaha

sama2 kuat berangan...hahahaha


Pas turun dari ferry..kami terus menuju ke Kuala Nerang..*kot*. ..umah bapa mertua anak sedara aku. Sepanjang perjalan ujan renyai2 jek. Kami singgah sekejap kat umah tu..pastu bergerak ke rumah sanak sedara dia yang lain. kami singgah kejap2 jek sebab lepas nie kami nak ke Padang Besar. Dalam perjalanan ke Padang Besar...kami ke Bukit Kayu Hitam kejap. Aku memang tak pernah ke sana...cuma dengar khabar dari mulut ke mulut.


alahhhhhhhh...nie yg malas nie..

Aku tak sangka yang kami kena melalui benda alah nie. Cam nak masuk S'pore la plak. Masa tu dah agak petang...dan nampak gayanya niat untuk bershopping kat Padang Besar kena ler di tangguhkan hingga esok. Aku layan gak la masuk ke kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam nie. Aku rasakan...ini ler kali pertama dan ini juga ler kali terakhir aku datang ke sini. Ingatkan murah..serupe jek... malah ade yang lebih mahal.


Dah lewat petang kami bertolak ke Padang Besar. Angah dah settlekan hal tempat penginapan. Esok paginya kami kuar awal ...bekpes dan terus ke tempat membeli belah. Kat sana kan aku tak dan nak amek gambo. Pening aku...mata aku tak leh nak dok diam. Jap pandang sana..jap pandang sini. AM pun pening tengok perangai aku...hahaha. Aku tak ler over shopping. Aku beli apa yang aku rasa aku berkenan jek. Aku beli brooch..gelang kristal..baju..suar..dan yang paling best..AM belikan aku teddy bear warna putih.

murah sungguh brooches nie..

teddy bear..comelkan?

Kami bershopping tak lama..3 jam gitew. Aku memang tak pueh ati. Tapi nak wat camner...kena gaks balik sebab aku nak balik ke Muo..anto akak aku. Aku ingatkan nak ponteng mesyuarat esoknya tapi disebabkan akak aku tu keje..kena balik ler. Sian AM..penat dia tau. Aku nak memandu dia tak beri sebab aku kureng sikit kalu memandu waktu malam..maklum ler akukan specky..hiks

Dalam perjalanan pulang kami singgah jap kat Alor Star...singgah umah Mak Bee..beli kuah rojak yang pemes tu. Then kami singgah Pekan Rabu. Dah settle sumanya...kami terus balik. Aku singgah umah Uteh dalam kul 10 lebih dan kemudian terus ke Muo. Kul 12 .45 baru kami sampai. Kami turu kat rumah Muo dan esoknya kami balik ke Melaka. Aku bermesyuarat dalam keadaan yang paling monyok giler...ngantuk beb!!!.

Apa pun yang pasti..insyaallah..aku akan ke sana lagi. Aku memang tak pueh ati!!..hahahaha

Wassalam..

Thursday, January 08, 2009

menyambil la plak...tunang n CCM (2)

Assalamualaikum..

bz bebeno!!!..minggu depan okay la kot.


aku nak sambung citer pasal CCM aku ari tu. Kali nie tumpuan adalah terhadap majlis pertunangan anak sedara aku.


27 December 2008.

Malam pertama aku turu kat Penang..*bukan mlm pertama yang tu taw!!*..aku tak lena turu langsung. Badan aku sakit2..kaki aku cam nak krem jek. AM baik punya turu...aku lak jadi cam patung..turu sambil duduk...hiks. Esoknya selepas solat subuh..aku turu balik arr. Lagipun majlis lepas zohor.


Pagi tu AM ngan abg Hamid g kedai mamak semalam...*tu jek kedai makan halal yang paling dekat*. Dorang beli nasi lemak n roti canai. Air pun siap bungkus. Kami bedal kat bilik jek. Aku tak koser nak g kedai mamak n bekpes kat sana. Then we had a meeting..final touch le kirenya..hiks. kami berlonggok kat bilik Kak kamal. Hantaran suma kat bilik Fahmi. Kami turu hampir kul 1 am sebab menyiapkan hantaran2 tu. Tugas aku melilitkan reben kat bakul2 hantaran dan memberi idea jek. Selebih2nya kak Uteh yang wat.

serba maroon ..

Ada beberapa barang hantaran nie yang menarik hati aku. Ahkak suker tau!!


bahulu ikan..ade mak ikan, ayah ikan dan anak2 ikan..


simple..tapi cantik


cupcakes...manis banget.


*Hantaran kat atas tu adalah dari pihak lelaki*


Bila semua dah bersiap..maka kami meneruskan perjalanan ke Dewan Sri Pinang. Majlis pertunangan diadakan di situ dan tidak dijalankan di rumah pihak pompuan kerana masalah teknikal..bulih?..hiks

Sebelum bergerak tu kami bergambo dulu..kenangan tu beb!!. Aku memang suker bab2 bergambo nie.


ngan fahmi..


Sampai jek kat Dewan Sri Pinang..rombongan kami bergerak masuk ke dalam dewan. Masing2 menatang hantaran dengan penuh cermat..jatuh kalu..aduyaiii!!..hehehe


family Hj. Omar..*anak2, menantu2, cucu2 dan cicit*


Masuk jek dewan..kami letakkan hantaran kat atas meja. Aku konpius la..maklumla..besenya majlis kat rumah duk atas lantai. Sebelum majlis dijalankan ..kami dijemput makan. Yehaa..makan lagik!!.


amboi bu..tak benti ek?..hiks


Selepas makan majlis dijalankan. The dicussion was very short and sassy. Both side agreed with the terms n condition..kehkehkeh..upacara menyarung cincin pun dijalankan. Amek ko..akak aku nie*yg bakal terima menantu* melatah orang nya..sian bakal menantu..makan gula pasir dua tiga kali.




Selesai majlis maka kami pun bergerak pulang. Tapi sebelum tu sempat lak singgah kat Pasar Chowrasta...beli jeruk. Malamnya kami pergi ke rumah tunang fahmi dan had our dinner kat padang kota *kot*..makan pasembor..sotong n kangkung serta roti cicah sup..sedap!!.




*Hantaran dari pihak pompuan..banyak sungguh n most of it adalah makanan...*















19 dulang..perghhh!!


cincin risik dan tunang..


congrats to both of u..Fahmi n Naz..




Esoknya..barulah kami berangkat ke lebih utara..

Wassalam

Friday, January 02, 2009

menyambil la plak...tunang n CCM (1)

Assalamualaikum...

2nd day of 2009..aku dah start nak bz semula. Tadi aku g sekolah....uruskan hal2 untuk taklimat displin. Esok orientation day for the Yr 1 students. Camne la ek perangai anak2 kecil nie...nervous aku.


Masa New Year eve ...aku kat rumah jek. AM keje. Dia balik lewat...kul 1 pagi gitew. Nak wat camner...kat hotel ade program dan dia kena bertugas bagi memastikan anak2 buah dia melakukan keje dengan baik. Suzi sms aku..*Kak..I kat Banda Hilir nie...tak kan malam2 tahun baru dok kat umah jek?*. Sabo jek la. Dok kat rumah pun orait gak. Tak perlu la aku berasak2 dalam crowded tu....mau migrain dibuatnya.


Esoknya AM kata kat aku dia nak masuk opis lewat. Dia sambung turu. Aku plak siapkan bekpes. Dalam pukul 8.30 a.m..selepas bekpes AM kata dia tak larat nak ke opis..so dia nak cuti.
*Cuti Am nie tak menentu...off day dia ari Rabu. PH pun kdg2 dia keje... tapi leh ganti ler*
Kami berbincang mana nak pergi. Then we decided to visit my brother kat Seremban. Kul 10am kami bergerak. Lepas zohor kami bergerak pulang. AM ajak singgah kat Air Panas Gadek. Perghhh...panas airnya. Aku cuma rendam kaki paras lutut jek. Next time maybe aku nak rendam the whole body. Tapikan memang best la...lepas berendam tu kan..badan rasa ringan. Berpeluh-peluh...cam sauna la plak..hehehe.


Itu apa yang berlaku di awal 2009. 2008 yang aku tinggalkan mencatit pelbagai peristiwa dalam hidup. Suka duka adalah permainan yang menjadikan hidup semakin menarik. Bermula dari bertapak disekolah baru..dengan seribu satu macam permasalahan dan pengalaman...hingga akhirnya..anak sedara yang aku pernah *jaga* semasa kecilnya..kini telah dewasa dan telah menjadi tunangan orang.

26 December 2008..

Aku bangun pukul 5.30am. Siap solat ..then berkemas. Aku dan AM bergerak balik ke Muo sebab nak ambil akak aku . Kami akan ke KL dulu. Sampai di Cheras..Kak Kamal dah menanti..dan kami teruskan perjalanan menuju ke Ipoh. Kak Uteh dah tunggu kami di Plaza tol.

Actually kami nie adalah rombongan meminang dan bertunang..hiks. Nak perginya...nunnnnn...sampai ke Penang. 4 buah kereta...bergerak menyusuri jalanraya ..konvoi ler katakan. Aku suke tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Kadang2 terlelap gak.

cantik ler bukit nie..


AM aku tengok steady jek. Sepanjang perjalanan tu aku jaga ler makan minumnya. Kejap2 hulur makanan..kejap2 hulur air...hehehe. Kami singgah kat Ipoh sebab adik angkat Kak Kamal dah tunggu. Best wooo...makan free!!! Kami memang tengah lapo...of coz ler kami makan semakan-makannya.

jemput makan...



amboi uteh...khusyuk nampak!..hiks


aku n AM punyer lunch..alhamdulilah.


Sesudah makan..kami pun bergerak menuju ke utara. Part paling aku suker...lalu bawah terowong.


telinga cam pekak lalu kat area nie..kawasan tinggi ler.



Kami sampai kat Penang dah petang gak la. Aku tak tahu la...nape tetibe aku rasa pening plak. Bermula dari nak melalui jambatan..jem giler. Aku tak brape nak suker suasana cam nie..cepat lemas dan rimas. Mujur kete ade aircond...kalu tak..my blood go upstairs u know...hiks

start jem.

jem lagiiiiiii...

Sebenonya kan..bukan la pasal terlalu banyak kenderaan..*tp mmg banyak*..roper2nya..jambatan sedang dibaikpulih.


sabitla jem noo...



Aku sempat snap satu gambo dari atas jambatan..cantik sangat...aku suker.

cool...

Sesampai diseberang...kami singgah kat Caltex sebab tunggu kakak aku yang dari Kelantan sampai. Then kami teruskan perjalanan ke rumah penginapan. Majlis pertunangan bermula esok selepas zohor. Malam tu kami makan di gerai mamak yang dekat dengan rumah penginapan tu setelah berpusing2 mencari kedai makan melayu..tapi tak jumpe...hehehe. Bile kami sesat jek mesti abang ipar aku kata..."Aku menuntut jalan kat Penang nie sampai jalan nie jek.." kehkehkeh. Apa nak kata..tawaf jek la keje kami..hehehe.




Wassalam.