bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Wednesday, December 27, 2006

Iye ke?..cam tak caye jek..


Assalamualaikum


Orang-orang kat Muo masa nie tengah sibuk dengan banjir. Kesian tau!!. Semua kawasan rendah dinaiki air. Alhamdulilah...kawasan rumah aku tak terlibat. Yang paling aku risau bila hujan turun dan tidak ada tanda2 menunjukkan ia akan berhenti. Aku risau sebab aku takut kalau2 jalan menuju kerumah arwah abah aku di tutup.

Dalam pada 'kesibukkan' itulah satu majlis di adakan di rumah arwah abah aku. Majlis pertunangan aku arr....hehehehe. Kadang2 aku nak tergelak...aku bertunang lagi...cam tak caye jek!!!. Ini betul2...bukan cubaan!!!. Apa yang berlaku adalah ketentuannya. Aku tak sangka akan bertemu dengan dia...yang cukup penyayang. Aku terpikat kerana sikapnya...sungguh gentleman...caring and loving. He knows how to appreciate me...that's the most important element that I've been looking for all this while. Aku mencintai dia bukan kerana harta...kerana aku sudah punya itu semua. Aku hanya ingin menumpang kasih sayangnya...sementara nyawa masih di jasad..sementara aku masih bernafas. Aku ingin menghabiskan sisa2 hidup bersama dia ...menjaga dan membahagiakan dia.Dia berbeza...*bukan niat untuk membandingkan* dan ternyata berbeza. Aku serasa seperti puteri...dilayan dengan penuh kasihsayang.


Kat sini...aku nak kongsi dengan korang...gambar2 majlis pertunangan yang diadakan pada 24 Disember 2006...selepas Zohor. Pihak lelaki datang dengan 5 buah kereta. Sebenarnya...aku
dan abang cuma merancang untuk mengadakan majlis yang cukup kecil...dimana hanya wakil dari pihak abang dan pihak aku berbincang.Selepas perbincangan.... jariku akan disarungkan cincin pertunangan..simplekan?Tapi akhirnya jadi camnie la...

bapa saudara ku sebagai wakil pihak perempuan

Apa2 pun...pihak abang tetap bawa beberapa barang sebagai hadiah untuk aku...so..aku pun balas juga la..hehehe.
antara barang2 dari pihak aku

Selepas dirisik...pastu terus urusan peminangan..then terus urusan pertunangan maka selesailah perbincangan. Wakil pihak abang...*mak abang dan mak saudara abang* menyarungkan cincin risik dan diikuti dengan cincin pertunangan. Berdebar2 juga la...hehehe

risik

tunang

Setelah selesai upacara meyarung kedua2 cincin...majlis di akhiri dengan doa selamat. Kemudian keluarga abang menjamu selera.

Alhamdulilah ...moga aku dan abang berjaya dan insyaallah kami akan dinikahkan pada tarikh yang telah di tetapkan. Doakan kebahagiaan kami ye..

cincin2 yang disarungkan ke jari2 manisku



kek dari pihak abang

Insyaallah...akan aku jemput korang ke majlis pernikahan aku nanti. Kita kumpul beramai-ramai. Ilham pun kena datang juga...bukan setakat skodeng jer tau.

Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan!!

Wassalam.

Monday, December 18, 2006

Minggu bz!!.....debaran melanda!!

Assalamualaikum..


minggu nie adalah minggu yang paling sibuk. Agenda mesyuarat demi mesyuarat akan bermula. Maka dengan itu hari2 aku akan ke sekolah. Tak lama lagi naik sekolah tau!! Parents dah mula sibuk membeli-belah pakaian sekolah...stationary ... kasut sekolah...beg sekolah dan apa saja yang ada kaitan dengan sekolah.


Kalau kita gei ke shopping complex...penuhnya!! Aku kadang2 malas nak gei...sebab aku bukan suka sangat tempat2 yang ramai orang...sesak nafas beb!!. So aku gei pun tengok situasi dan waktu...sebab aku pun sibuk gak beli barang2 sekolah. Aku dah siap dah nak bersekolah nie. Pencil bag aku pun baru...hehehehe...baru beli yang baru....semangat baru tuh!!. Pen merah...pen biru...pen hitam...liquid paper...eraser...pencil...stapler..scissors..semua aku beli yang baru coz yang lama dah abis....dan ada yang dah jahanam...huhuhu.


Tapikan budak2 sekarang bila bermula sessi persekolahan yang baru dia orang nie mesti kena beli semua yang baru2 ek? Korang ingat tak masa korang kecik2 dulu...zaman sekolah2 dulu.? Kasut berapa pasang?...Baju berapa pasang?..Every year beg baru ker?..Stationary pun beli yang baru ek?. Aku kan tak berapa nak merasa tu semua.Kalau kasut last year masih ok...arwah abah beli sepasang jer yang baru. Baju memang kena beli yang baru arr...sebab saiz aku berubah setiap tahun. Cepat sungguh aku membesar...muaahahaha. Begkan aku pakai selagi tak rosak...guna gak la yang lama. Susah la beg nak rosak kerana aku nie kan....cermat orangnya..*tu masa aku kecik2 arr*. Sekarang nie aku kurang cermat ..mudah agaknya nak dapat yang baru.* barang tau!*hehehehe.


Pada parents tu...layan jer la kerenah anak. Anggap jer it is one way of motivation...to build their confidence...to instill their interest and to love education. But then...jangan over sangat yer. Jangan di muakan mereka dari kecil. Ajar mereka tentang sedikit kesusahan agar mereka lebih menghargai kesenangan.


Dalam pada sibuk nak mula sessi persekolahan baru...dengan mesyuarat2 yang bakal aku hadiri..*cuti nie pun aku dah dipanggil untuk mesyuarat JKKD Muar*...satu lagi hari bersejarah akan berlangsung. Weiiiii!! berdebar2 aku arr!!. Hopefully segala2nya okay!!


Wassalam.

Monday, December 11, 2006

perginya sebuah derita...


Assalamualaikum..


Detik ini...tika itu
pasrah pada satu perhitungan..
resah menyulam..
pada kebimbangan yang kelam..
rindu dulu berkubur..

dalam nafas yang kian tidak teratur..
ungkapan bagai rahmat..
ada hikmah tersemat..
perginya sebuah derita..
dalam simpulan duka dan lara...
terlerai ikatan sengsara..
yang bermastautin kian lama..

rindu berbunga kini..
sayang berputik kembali..
kasih kian abadi..
dimiliki dan memiliki..

izinkan bahagia bertapak lagi..




Wassalam

Thursday, December 07, 2006

terima seadanya!!


Assalamualaikum....


Dah bulan Disember ek?Cepatnya masa berlalu. Dah nak berakhir tahun 2006. Maka dengan ini tak lama lagi...masuklah tahun 2007. Tambah lagi umur kita. Amal?...tambah tak?hehehehe.


Aku tak tahu nak bicara pasal apa...tapi tetibe aku teringat tentang satu hal. Perkara yang aku nak bicarakan nie ialah tentang hati. Selalunya kita ikut kata hati....terkadang kita ikut apa yang terlintas di minda....kerap juga kita ikut rasa. Kita tak tahu apa yang bermain di minda orang lain. Kita tak boleh baca apa yang tersirat di hati mereka. Kita tetap mengatakan kita betul walau hakikatnya tidak. Pernah tak kita beri peluang pada orang lain untuk mengenali diri kita?
Dan pernah tak kita beri peluang pada diri kita untuk mengenali dan memahami orang lain?


Kalau hati kata tak suka.....maka lahirlah kebencian. Kita akan membuang segala kebaikan yang ada pada orang tersebut. Kita tidak pernah cuba mencari kebaikan yang tersirat. Kita humban rasa untuk menerima kehadirannya. Lalu kita ungkit sejarah dulu...bagi menidakkan satu kehadiran yang baru. Lantaran itu kita bukan hanya tidak meberi peluang pada diri kita untuk satu perubahan malah menghalang orang lain merasai perubahan itu. Ruang2 yang ada kita tutup...serapat2nya. Saja kita war2kan tentang keburukan sedangkan tak nampak pun kesilapan. Mungkin cemburu?...Entahlah!!


Susah untuk menjaga hati orang lain. Akhirnya kita yang makan hati. Kita rasa orang tidak memahami kita. Kita rasa kita akan kehilangan. Sedar ke kita bahawa selama ini.....ada orang yang telah rasa kehilangan kita. Itu semua di luar batasan kesedaran kita....sebab kita terlalu angkuh. Bagi kita ..orang mesti memahami kita....kehendak kita dan apa yang kita rasa. Sebenarnya kita tidak mahu berkongsi...bagi kita hak kita adalah hak mutlak kita. Mengapa sukar hati kita untuk menerima satu kehadiran?.....Buka hati...terima seadanya!!!
Bukan semua kehadiran dan perubahan itu baik....dan tidak juga mendatangkan keburukan. Apa yang perlu kita lakukan ....beri peluang!!!!!


Wassalam

Friday, December 01, 2006

Banyakkan bersedekah yer...

Assalamualaikum..


Hari nie hari Jumaat...penghulu segala hari. Pada yang lelaki2nya...jangan lupa gei solat Jumaat yer!!!

Di sini aku forward satu email yang aku dapat....sesuai sangat2 untuk kita semua. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang bakhil...Nauzubillah!!



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadiaku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amatmenyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya duabenda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah,ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku,api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datangberjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoamemohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.



INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGARTIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."


Wassalam