bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, April 27, 2009

kecoh sikit la...

Assalamualaikum..


jap lagi aku nak bergerak ke Klang. Sementara tu jengah2 umah nie. Mak aii...berabuk maut..hiks.

Sabtu lepas..member2 yg lain kena menghadiri kursus LDP..aku ngan Suzi bawa ahli2 Kelab Pencegah Jenayah ke Dataran Pahlawan...ade majlis rakan cop. AM memang amek cuti..so dia temankan aku kesana. Seronok murid2 aku masa ada kat sana...apa taknya..macam2 acara yang dipertontonkan kepada tetamu2 yang hadir.


Selesai semua ..aku pun bawa murid2 aku balik. Sampai kat rumah..aku pun sibuklah mengONkan tenet sebab nak isi borang income tax.... *baru nak isi...padan muke*. Masa aku siapkan tugas aku..AM dpt call dari Spore. AM tanya...aku nak ikut tak? Tentu lah kan. Aku tak sanggup tgk AM drive sorang2....sian dia. Walaupun sebenarnya....kalau aku ada pun cam tak der...hahahaha. Bese ler..aku akan turu dlm kereta.
Sesampai kat Spore...kami terus g Dover Cresent...tgk ayah yg sakit. Setelah kami puas hati dengan kesihatan beliau..kami pun bergerak ke rumah Linda. Kami tahu cucu2 kami tak brape sihat. Sian Siti Amirah....batuk ngalahkan orang tua. Siti Aishah baru nak pulih.. Ashraf dah ok cuma selsema jek. Semalam kami kuar bersama2...shopping sikit2 jek. *shopping ker tu?* hiks.

Dalam pukul 12tgh.kami bergerak balik ke Mlake.Kami singgah kat Ayer Hitam...singgah umah Muo..then sampai Mlake dlm pukul 7.15 gitu. Malamnya aku gosok baju AM sambil packing baju nak ke Klang. Dalam pada sibuk2 tu..Jannah call nak singgah umah. Aku berhenti menggosok..dan melayan tetamu.

Pagi nie aku sambung packing...*sempat menghapdate lagik tau*. Kul 11 kang aku bergerak lah..nak jumpe Lara....hehehe.


Wasalam.

Saturday, April 11, 2009

Tak reti2 nak rehat?...

Assalamualaikum..

lama tak update...seminggu nie macam2 berlaku..tu la sebabnya tak update...alasan!!! hiks

Sabtu lepas aku g lagi ke Spore tgk cucu2. Seronok tengokkan kerenah mereka. Bila Aishah di dukung atuk..Ashraf pun nak juga. Atuk tak terdaya nak dukung dua2 so nenek la yang kena dukung si abang. Manja dorang nie. Pantang nenek ilang kejap...mesti tanya.."Where's nenek?"..kalau atuk gerak sikit..."Nak ikut". Aku tak sempatlah nak rakam satu situasi di mana Aishah said something yang memeranjatkan kami. Atuk buat2 menangis so umi dia suruh dia pujuk atuk. Dia pergi kat atuk and says..."Don't cry sayang"..siap dengan lenggoknya. Kami ketawa terbahak2. She's so cute...baru 2 tahun tu.


Kami balik malam tu juga..*dah macam balik Muo lagaknya*. Malam tu aku memang dah rasa tak sedap badan. Sepanjang perjalanan pulang aku rebahkan seat n turu. Sebelum tu aku minta izin nak turu...dia kata ok aku pun selamat lah..hiks. Esoknya..hari Ahad...aku dah tak larat betul...namun sempatlah ke pasar n sediakan lunch..*makan laksa jek*. Dalam kul 3 aku terbaring terus . AM ajak aku ke klinik. Doktor nak beri cuti...tapi aku tak nak...*eksen tul masa tu*. Bukan ape...hari Isnin aku kena g area Jasin..beri taklimat tentang SBOA kepada Ketua Pentaksir Sekolah..Pentaksir Kawasan dan Ketua Pentaksir kawasan. Kalau aku mc dan tak g sekolah waktu pagi..ape hal aku nak g beri taklimat waktu petang?..kan?..Tak der maknanya!!. Aku kena sihatkan diri aku.


So..hari Isnin aku g sekolah dan petang *kul 1 gitu*aku ke Jasin. Dalam keadaan yang kurang sihat aku drove very slowly..60km per hour..lagipun aku tengok kenderaan yang lain pun tak laju. Sampai masa beri taklimat aku pun...bla bla bla. Selesai aku pun balik. Malam aku turu awal sebab esoknya aku kena g lagi..kali nie area Melaka Tengah laks. Telinga aku cam pekak rasanya..air yang aku telan pun rasa pahit. Layan beb!!!..hiks. Selesai satu lagi kawasan. Esoknya plak...*hari Rabu*...kena g lagi..dan kali nie kat area Alor Gajah. AM cuti kan so dia lah jadi supir aku pada hari tu....kehkehkeh.


Alhamdulilah..akhirnya tamat la episod beri taklimat nie. Aku masih cam tu gaks...payah betul nak pulih. Ingatkan nak amek la mc ari Khamis..tapi tak leh la plak..sbb sekolah aku akan dilawati nazir2. Kena lah aku bertahan. Hari Jumaat...aku tetap g sekolah sbb aku rasa cam dah nak ok. Malamnya aku wat hal lagi. AM bawa g klinik lagi satu. Aku tekad amek mc untuk hari Sabtu..*hari nie ler..sekolah aku ade kelas ganti tuk raya nun nanti.* Doktor tu check ler...pastu dia bagi aku 1 injection... kat lengan...hehehe. Sengalnya rasa lengan aku cam tak leh nak angkat...tak per....tak per...dapat lah aku bemanja2 ngan AM...hahahaha.


Hari nie aku merehatkan diri jek....tapi memang lahkan ...payah betul nak pulih seperti bese. Dah tua lah katakan!!!...hiks



Wassalam.