bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Sunday, October 29, 2006

Pemergianmu...aku redha.


Assalamualaikum..


Bagai diatur...aku menghadapi satu lagi dugaan. Kali ini...aku kehilangan seorang insan yang aku sayangi. Abahku pulang ke rahmahtullah pada pukul 9.15 pagi hari nie. Semalam aku sempat bertemu dengan arwah sebelum ke Kuala Lumpur. Itu adalah kali terakhir aku berbicara dengan dia.


Arwah sudah lama sakit. Selalunya aku yang akan membawa dia ke hospital apabila dia sakit. Banyak kali dia keluar masuk hospital. Namun aku bangga kerana dapat menjaga dia. Aku tahu sampai bila-bila pun aku tidak akan dapat membalas jasa dia padaku..... anaknya.
Aku redha dengan pemergiannya....aku tidak sanggup melihat penderitaannya selama ini.
Moga abah bahagia disana...doaku akan sentiasa bersamamu...



Al-fatihah buat Hj Omar b. Dolmat...


Wassalam.

Wednesday, October 25, 2006

Dah makin matang beb!!!

Assalamualaikum


Hari nie aku punya birthday arr!!!!!...Tambah lagi setahun umurku.Alhamdulilah aku masih diberi peluang hidup untuk menikmati kehidupan seterusnya.Apatah lagi setelah aku terlibat dengan kemalangan di awal ramadhan yang lalu....aku lebih menghargai nyawaku kerana masih ada yang sayang...hmmmmmm.

Aku celebrate gak arr birthday aku kali nie. Yang paling best...dapat present from someone special...gelang kaki tuh!!! hehehe....simbolik beb!!... Kepada 'dia'....thanks yer!! Gambar kek nie bukan kek birthday aku tau....tapi kawan aku yang sms pada aku...ucap selamat untuk aku.

Apa-apa pun ...Happy Birthday to me!!!!!!!!!!!!!....huhuhu

Wassalam..

Sunday, October 22, 2006

Moga ceria di hari mulia...




Assalamualaikum....


Buat semua yang singgah.....


Wassalam

Saturday, October 21, 2006

Ramadhan pergi...Syawal menjelma..

Assalamualaikum..

diam tak diam...dah nak raya kita rupanye.Aku memang dah lama tak kemas rumah aku nie. Jeguk tu jenguk juga le...tapi sekadar menjenguk. Aku sibuk sungguh. Bila selesai sahaja UPSR....aku jadi makin sibuk. Aku ke Melaka...pastu bila balik ke Muar...kena menghadiri mesyuarat la plak....tak duk diam aku tau tak.Cikgu2 kat sekolah tu dah dok pandang2...jeling2 kat aku.Apa taknya...dia orang kena ganti kelas aku.Tapi tak per....aku pun pernah gak ganti kelas dia orang bila dia orang tak der kat sekolah....adilkan?...huhuhuhu


Pada hari terakhir aku nak menghadiri mesyuarat...aku terlibat dalam kemalangan.Mujur hanya aku dan Avanza kesayanganku yang terlibat. Kalau dilihat dari keadaan Avanza aku tu...aku nie dah duduk dalam wad.Alhamdulilah...aku cuma cedera ringan jer. Berkat bulan Ramadhan yang mulia kan...Sesungguhnya...patah kaki aku dibuatnya.Nak kemana-mana pun susah. Namun aku nie kira bernasib baik...ada dia yang selalu ada bila aku mahu dia ada...hehehehe. Hingga hari nie...Avanza aku masih kat 'hospital'...dan raya kali nie aku tumpang jer la kereta abang atau kakak aku.


Sebenarnya aku diberi pinjam satu kereta sementara Avanza aku tu dirawat. Proton saga merah!!!!!. Bila saja aku dapat kereta tu...aku bawa ke rumah kawanku ...konon2nya nak show to her. Ada ke patut...dia kata ...dia ingat kereta tu lori sampah.Hahahaha!!...memang pun...bunyi enjinnya...ngalahkan motorbot.Apa nak buat...aku lenjan jer kereta tu bawa ke sekolah. Apa yang penting...aku sampai ke sekolah dan tak perlu menumpang kereta orang lain.Aku sebenarnya tak suka nyusahkan orang lain.*tapi kdg2 ada gak waktunya aku nyusahkan orang*

Kini...hampir sebulan peristiwa tu berlalu...Ramadhan pun mula menghilangkan bayang2nya..lalu Syawal mula menghampiri dan tersenyum. Moga Syawal kali nie akan lebih membahagiakan hidup aku.
Pada semua kawan2 alam maya ku...walau ada antara mereka telah aku temui Ana, Ilham,NHK, Seri, Lara, Jazz, Liana, Vaart, Bok D, Mr.LobaLoba, Min , Noey, Misa, Eva Jane, GX,Epong,Papaa ,Teesh dan beberapa nama lagi..ingin aku mengucapkan Selamat Hari Raya....maafkan segala kesilapanku...andai tuturbicara mengguris hati ..
Semoga kalian akan sentiasa dalam lindungan Allah dan pastikan Syawal kali ini penuh bermakna.
SELAMAT HARI RAYA.....MAAF ZAHIR DAN BATIN
Wassalam