bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, August 28, 2006

Berakhirnya satu 'percutian'....


Assalamualaikum...


Hari ini Isnin...28 Ogos 2006...bermulanya hari persekolahan. Maka dengan itu...diwar-warkan berakhir cuti selama seminggu. Yehaaaaa!!!!!!!!!!Aku suka sangat bila nak mula sekolah nie. Bosan rasanya duduk di rumah.Memanglah cuti aku aku penuhi dengan ke sekolah....kelas tambahan tuh!!. Cuti tak serupa cuti....tapi aku tak kisah. Kawan-kawan aku yang lain dengar khabarnya...balik kampung...makan angin ke Cameron Highland....bawa anak-anak bercuti ke Pulau Langkawi dan ada yang ke Bukit Merah Lake Town....seronoknya mereka kan?



Walaubagaimanapun...aku banyak menghabiskan cuti aku kali ini dengan menjaga abah aku yang sakit. Selepas pulang dari kelas tambahan aku akan ke rumah abah ...aku akan pastikan dia makan tengahari dan makan ubatnya....*pemantauan*. Selalunya bila dia berehat dan tidur...aku pun mengambil kesempatan untuk merehatkan diri ...turu arr!!!! hahahahaha. Namun begitu...ada juga waktunya aku "terlepas"...hehehe...pergi jalan2 menenangkan fikiran. Bahagia benar rasanya......hilang sebentar kekusutan yang terhimpit dalam mindaku.


Bila saje berakhirnya percutian kali ini...bermakna tugasku semakin berat. Aku telah bersiap sedia membantu anak-anak muridku untuk menghadapi UPSR...dari segi mental. Aku berharap mereka juga telah bersedia dan yakin dengan kemampuan diri mereka. Selepas UPSR berakhir...maka aku akan lebih sibuk. Bermula dari pertengahan bulan September hingga bulan Oktober aku akan mengurungkan diri di rumah...menyiapkan tugasan yang diberikan. Bila segalanya selesai...aku akan menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan walau sekiranya masih ada yang belum selesai. Apa yang aku tahu dan aku mahu....adalah kegembiraan aku. Mungkin aku kelihatan seperti mementingkan diri...tapi itulah yang akan aku lakukan. Telah terlalu lama aku menjaga hati orag hinggakan hati ku terbiar...luka!!. Aku mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan menggembirakan diriku...menyayangi diriku dan mengasihani diriku. Semuanya tentang aku...aku dan aku!!!!!!!!!.


Aku ada sesuatu untuk dikongsikan bersama.... gambar sekuntum bunga mawar..terselit kata-kata melambangkan aku sebenarnya.. aku tidak merinduinya lagi. Rinduku...cintaku telah berkubur buatnya. Aku selalu berdoa...agar aku dibiarkan pergi sebelum kasih menjadi benci.


Wassalam.

Friday, August 25, 2006

Mendung...hujan...rahmat tuh!!

Assalamualaikum..


Diam tak diam...hari nie dah hari Jumaat. Ini bermakna cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Cuti aku untuk kali ini aku habiskan dengan ke sekolah dan menyiapkan kerja rumah yang belum lagi beres. Kertas ujian telah siap aku periksa. Pergh!! lega rasanya. Maklumlah...aku kena memeriksa kertas ujian untuk 4 kelas. Bila selesai semuanya...dapatlah aku berehat...*rehatkan minda*

Apa-apa pun...hidangan ini buat renungan kita bersama:
*Buat dia...terimakasih di atas kiriman e-mel ini*

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan
orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je
akhir-akhir ni ye.."
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan
doa :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula
Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram
ni..?"
Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim
sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian
hujan.
Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat
manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan
turun, doa mustajab.
Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan.
Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa
lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat
pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan
hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu
tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga
mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang
tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari
ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada
kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian,
air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air
(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu
meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa
menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
Wassalam..

Monday, August 21, 2006

Antara senyuman...


Assalamualaikum...


Dalam aku mengharungi hari-hari yang begitu menyesakkan....aku hanya mampu tersenyum. Aku harapkan senyumanku akan mengembalikan rasa bahagia yang kian pudar. Mujur ada yang membahagiakan aku di kala ini. Siapa??....Apa???...Biarlah ianya mejadi rahsiaku buat ketika ini. Namun apa yang aku pasti.....dalam nyata duka ku ada mimpi bahagia. Lantaran itu aku akan terus tersenyum....dan akhirnya tertawa seperti dulu.


Senyuman yang aku lemparkan..terkadang aku rasakan terlalu hambar...terlalu palsu....kerana aku menyembunyikan sesuatu yang merobek hati dan menguris perasaan. Apa-apa pun ianya tetap senyuman yang asli dariku....aku tidak berpura-pura. Terlahirnya senyuman adalah dari rasa kita. Apa yang kita rasa ketika itu kita abadikan dengan senyuman ...adakala ianya berubah menjadi tangisan. Pastikan senyuman yang diberikan kepada orang lain adalah dari hati...kerana senyuman itu satu sedekah.

Hari-hari yang berlalu...aku tempuhi jua.Terkadang aku rasa lemas...aku rasa rimas kerana terpaksa hidup dengan beban yang tak sepatutya aku pikul. Sepatutnya aku dibiarkan berlalu...bebas dan mengikut halatuju yang aku mahu. Perjalanan ku seakan-akan terbatas. Aku dihimpit dengan rasa yang memualkan. Mahu saja aku menjerit...memberitahu dunia betapa bodohnya dia mempertahankan sesuatu yang tak mahu lagi menjadi miliknya....sesuatu yang serik untuk terus menjadi haknya.

Apa-apa pun aku akan terus harunginya jua. Moga Allah akan makbulkan permintaanku.Izinkan aku bahagia dan menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan orang yang membahagiakan aku. Berilah aku peluang untuk merasa bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.Amin!

Wassalam