bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Friday, March 31, 2006

Janji yang kita janjikan...


Assalamualaikum....


Jumaat datang lagi.....dan kita masih di sini..menumpang teduh di bumi Allah. Kita terus lalui kehidupan yang sememangnya penuh dengan onak dan duri. Setiap udara yang kita hirup....setiap nafas yang kita hela....adalah miliknya. Kita hanya meminjam apa jua milikNYA. Sebagai peminjam seharusnya kita menjaga sebaik mungkin apa jua yang kita pinjam. Jangan biarkan ia cacat....jangan biarkan tercela.....mahu pun terluka.


Aku pernah berjanji...kalian juga pernah berjanji. Betulkan??...Janji pada diri....janji pada keluarga...janji pada negara....dan janji pada yang ESA. Kita selalu berjanji pada diri untuk membahagiakan hidup kita sendiri......kita berjanji pada keluarga untuk meyediakan apa jua agar mereka hidup dalam keselesaan....kita berjanji pada negara dengan terlafaznya RukunNegara ...tapi apakah janji kita pada yang ESA???


Ingatkah kita pada janji yang sering kita lafazkan padanya setiap kali kita membaca doa Iftitah? Kita berjanji .."Sesungguhnya ..sembahyangku..ibadahku..hidupku dan matiku hanya untuk Allah yang memelihara sekelian alam". Usah biarkan janji tinggal janji.....kerana janji Allah adalah benar.Jangan biarkan tiang agama ....dimamah anai-anai alpa. Usah biarkan ibadah...terjelepok di kaki lima khayalan....kerana hidup kita tidak tentu namun mati kita adalah pasti...cuma entah bila berakhirnya sebuah perjalanan. Kita harus bersiap sedia dengan bekalan untuk kita bawa apabila kita ke sana nanti. Panjatkan doa ...saban waktu agar kita ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat keampunan dari NYA.


JANJI ....padaNYA
sering aku lafazkan...
dalam tidur ..
dalam jaga...
dalam solat....
dalam rehat....
aku hambamu....
aku milikmu..
Namun.....
Pernah aku teralpa... seketika...
Pernah aku terkhayal....sementara..
Pernah aku terlena ...dalam jaga....
Alhamdulilah....
kerana janji .....padaNYA...
aku tetap ingat.....selamanya...
aku pasti sedar......tiap ketika....
aku terus berjaga ... dalam lena
Ya ALLAH......
jangan biarkan aku .....lupa janjiku...
jangan lupakan aku...yang mengingatimu...
jangan berpaling dariku...yang rindu padaMU..
.
Semoga aku dan kalian sentiasa mengingati janji kita pada NYA....moga doa-doa kita dimakbulkan....moga kita jua akan dihimpunkan bersama-sama di syurga Firdausi....AMIN!!!!
Apa guna berjanji.....kalau tak ditepati!!!!!......
Wassalam.

Wednesday, March 29, 2006

Aku dan hobiku....


Assalamualaikum.......


Aku sering bertanya kepada anak-anak murid ku....What is your hobby?....atau...... What are your hobbies?.....sebab aku perlu catitkan maklumat tersebut dalam profile mereka. Macam - macam jawapan yang aku terima. Namun kebanyakkan dari mereka menyatakan yang mereka suka membaca.....menunggang basikal.....dan jawapan yang paling popular ialah bermain bolasepak......terutama murid-murid lelaki. Terkadang aku tertanya juga...kenapa murid-murid lelakiku ini suka sangat bermain bolasepak......macam tak ada permainan lain. Namun jauh di sudut hatiku...aku berdoa agar mereka menjadi pemain bolasepak terhebat negara pada suatu hari nanti.


Kalian pun ada hobi kan???....Aku juga tidak terkecuali. Jangan terkejut kalau aku katakan bahawa aku suka menyanyi...hehehehehe. Nak kata suara aku merdu sangat...tak juga....nak kata tak merdu.....entah ek....terpulang kepada yang mendengar.


Teringat aku masa aku masih di bangku sekolah rendah........pantang ada pertandingan menyanyi * pantang tuh* aku pasti masuk bertanding. Adat bertanding...kadang-kadang menang...tapi selalunya kalah...hahahaha. Tapi aku memang minat sangat menyanyi...hinggalah sekarang.
Masa aku di sekolah menengah......guru aku menyarankan aku menyertai satu pertandingan yang diadakan ......kalau tak silap masa tu aku berusia 14 thn...baru Form 2 tuh!!! Berdebar-debar rasanya......maklumlah...menyanyi dengan iringan live band...dan lagu yang aku dendangkan ialah sebuah lagu inggeris...Dancing Queen....sebab tu bila Farah AF2 menyanyikan lagu tu...aku teringat peristiwa lama. Kenangan mengusik jiwa...


Semasa di maktab perguruan...bila tiba malam Anak Negeri Johor......aku tidak akan melepaskan peluang untuk menyumbangkan suara ku *yang dah sememangnya sumbang*...gila nyanyi ke aku nih? hehehehe...Bila anak-anak Johor berkumpul ...dah tentu lah lagu-lagu melayu asli dan ghazal dipersembahkan. Seronoknya bila nyanyi lagu asli nih...Hmmmmm...Aku benar-benar rindu pada kawan-kawanku...


Hingga kini aku masih meminati hobi aku ni....lantaran itu aku telah dihadiahkan set teater rumah...agar aku boleh terus berkaraoke........hahahaha. Terima kasih abang!
Pada Hari Guru 2005 ...aku ingatkan aku nak pendamkan saja bakat aku tu....malu arr depan anak-anak murid. Tapi ...bila aku nama di panggil...dan anak-anak murid ku mula bersorak...aku tunaikan permintaan mereka...ini semua bahana hobi aku.Yang pasti Hari Guru 2006 yang akan datang...aku akan menjadi penyanyi untuk sekali lagi.


Buat kalian...teruskan melayan hobi-hobi yang kalian minati...isi masa lapang yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah....kurang-kurang pun kita tidak mengganggu hidup orang lain.
Semoga kalian sukses dalam mengharungi hidup bersama-sama hobi yang ada...



Wasalam.




Monday, March 27, 2006

Beban tak tertanggung.....

Assalamualaikum


Hari ini Isnin ...27 March 2006...bererti bermulanya minggu baru..dalam buku kehidupan kita.Minggu lepas kita tinggalkan ....dengan seribu kenangan pahit dan manis. Bagaimanakah bentuk kehidupan kita buat minggu ini? Apakah kita telah bersedia dari segi fizikal dan mental..untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan? Apa2 pun ...hidup perlu diteruskan walau dihadapan ada duri yang menanti...ada onak yang menunggu.Kalau tidak boleh menyelesaikan masalah...layan aje la....hahahaha!!!


Masalah???..Semua orang ada masalah. Ada masalah yang datang dari orang lain .... ada masalah yang memang kita cari...ada masalah muncul entah dari celah mana. Tanpa kita sedari kita telah berada di dalam masalah. Apa-apa pun.....jangan panik!!!


Masalah dalam hubungan..tidak kira antara suami isteri...adik beradik...saudara-mara....sepasang kekasih...teman sekerja...dan yang sewaktu dengannya...adalah lumrah. Ia menjadi warna yang menyerikan kehidupan..bergantung pada presepsi kita.kalau kita rasa masalah itu berwarna hitam..maka hitamlah dia...lalu ia akan menjadi seperti beban yang tidak tertanggung.Kalau kita anggap masalah itu bagaikan warna pelangi..maka kita akan tenang menghadapinya dan seronok untuk menyelesaikannya.


Setiap masalah ada jalan keluarnya.Apa yang penting....cara kita menguasai masalah dan mengarahkannya keluar mengikut jalan yang kita mahu. Apabila kita menyelesaikan masalah kita harus menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah ....bukan mengikut nafsu yang sememangnya bermaharajalela di hati kita.


Sebenarnya aku juga tidak lepas dari masalah. Baru-baru ini masalah yang timbul benar-benar mencabar kesabaran ku yang selama ini aku pertahankan. Masalah ini timbul bukan dari diri aku...tapi dari orang lain. Sesedap rasa dia cuba menjatuhkan maruah aku ....mungkin dia akan puas bila berjaya menjatuhkan aku di mata pihak pentadbiran. Masalah ini menyebabkan aku malu pada mereka yang berada di kelilingku.Mujur mereka lebih memahami aku dari si pereka masalah.Ada di antara teman-teman menyarankan aku mengambil tindakan yang drastik bagi memulihkan keadaan.Bagi aku ..kalau aku melakukan perkara yang sama ...bermakna aku juga tidak baik ..sama seperti dia. Jadi ...jalan terbaik yang aku lakukan hanya lah membiarkan saja nyamuk terus menari-nari di telinga.Namun aku mengadap juga pihak pentadbiran bagi membersihkan namaku..tanpa merosakkan nama dia. Aku tidak mahu mengaibkan orang lain ...kerana aku takut Allah akan membuka aibku kelak.Nauzubilah!!!! Alhamdulilah....segalanya telah pulih dan aku rasa aku telah menyelesaikan masalah ini bagai menarik rambut dalam tepung...rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakkan.


Lantaran itu...apa jua tindakan yang kita ambil bagi menyelesaikan masalah haruslah berlandaskan fikiran.....bukan rasa yang membawa binasa dan hati yang membawa ......mati!!!
Sentiasa berdoa pada Allah agar dilorongkan hati-hati kita untuk melakukan kebaikan didunia ..moga-moga kita mendapat balasan yang baik diakhirat.


Jangan lari dari masalah....yang sebaik-baiknya.....berhadapan dan bersemuka dengannya. Huraikan apa yang tersirat dan leraikan apa yang tersimpul.


Wasalam.

Saturday, March 25, 2006

Aku dan Cabaran.


Assalamualaikum


Pernah tak kalian dicabar? Tak kisahlah apa bentuk cabaran pun....pernah ke tidak?? Aku selalu dicabar.Kadang-kadang rasa malas nak layan cabaran demi cabaran yang datang.Masalahnya sekarang...aku pantang dicabar.Aku akan menyahut cabaran tersebut walau pun aku tahu aku tak mampu melakukannya.Konon-konon nak jaga reputasi la tuh!!!Hak hak hak..
.
Sebenarnya..aku cukup takut dengan anak ayam. Entah kenapa...aku sendiri tak ada jawapannya.Tak tercapai dek akalku!!!! Semasa aku masih di bangku sekolah rendah...abah aku telah telah mencabar aku.Dia cabar...kalau aku berani pegang anak ayam...maka hadiahnya adalah sebuah basikal. Perghhh!!!...masa itu aku rasa betul-betul tercabar.Aku memang nak sangat hadiah tu. Lantas..aku menyahut cabarannya. Bila abah aku hulurkan anak ayam tersebut ...sambil memejamkan mata aku memegang anak ayam itu. Tanpa aku sedari...aku telah mengenggam dan bukan memegang anak ayam itu.Malang sungguh nasib si anak ayam .....akhirnya ia mati di genggamanku....lalu aku menjadi pembunuh tanpa niat...huhuhuhu..
Sungguh trajis!! Semenjak itu ...abah aku tidak lagi menyuruh aku memegang anak ayam. Namun...... dia tetap menghadiahkan aku sebuah basikal. Terima kasih abah!!.
Bila usia aku meningkat..banyak lagi cabaran terpaksa aku sahut lantaran egoku..pantang di cabar. Ini mengingatkan aku pada cabaran yang sungguh mengelikan hati...memang mengusik jiwaku. Pabila saja aku teringat...aku akan tertawa sendiri.
Posting pertama aku selepas tamat pengajian di MPSI....adalah di sebuah felda. Oppss...bukan Felda Taib Andak yer!. Anak-anak muridku ramai yang menunggang motorsikal kesekolah...sedangkan aku hanya berjalan kaki. Nak dijadikan cerita....suatu hari salah seorang dari anak muridku mempelawa aku menunggang motorsikalnya. Dia kata dia kasihan padaku kerana balik dari sekolah dalam cuasa yang panas.,,,menapak pulak tu!!. Sabar ajelah hati!!! Masalahnya aku tidak tahu menunggang motorsikal pun....huhuhuhu...Tapi macam biasa ......aku akan terima cabaran tu.Aku menjadi penunggang motorsikal dan anak muridku menjadi pembonceng.Tentu kalian boleh bayangkan ..aku...motorsikal dan parit. Anak muridku terjerit-jerit di belakang dan tentu dia menyesal kerana mempelawa aku menunggang motorsikalnya. Dalam keadaan yang tidak tentu arah.. akhirnya aku berjaya sampai ke rumahku tanpa satu luka pun di badan....Yehaaaa!!!aku berjaya...dan anak muridku menarik nafas lega .
Terbinanya blog bicarasepiku ini juga adalah kerana ..aku menyahut cabaran dari seseorang.Apa-apa pun..blog ni masih dalam pembikinan...masih banyak yang perlu diperbaiki.Bila sahaja aku memulakannya maka aku akan pastikan ia berkembang dengan sempurna.Aku akan mengakhirinya pabila sampai waktu........aku terpaksa berpisah dengannya.
Sebenarnya...cabaran-cabaran ini banyak membantu aku menjadi seorang insan yang tabah dan redha dalam meneruskan hidup. Aku anggap apa saja dugaan yang dikurniakan kepada aku adalah sebagai satu cabaran. Semoga aku dan kalian akan menjadi insan yang kental pada cabaran dan redha pada dugaan.
Wassalam.

Friday, March 24, 2006

Hati yang sakit..

Assalamualaikum....


Hari ini hari Jumaat.....penghulu segala hari...jadi ...hari ini ingin aku coretkan tentang sesuatu yang sesuai untuk hari ini.

Ada di antara kita yang baru menikmati hidup di dunia ini....ada yang dah lama...macam aku la tu...hahahaha..Tentu kita pernah tertanya-tanya apa yang kita cari dalam hidup...kadang-kadang kita lupa tetang alam yang lagi satu...alam yang kekal abadi.Sibuk dengan urusan dunia...hingga lupa urusan akhirat.

Allah ujudkan syurga dan neraka.Syurga untuk yang 'baik' dan neraka untuk yang'jahat'.
Bila di tanya...nak masuk syurga ke nak masuk neraka?Berebut-rebut jawab...nak masuk syurga!!!!.Tapi persoalannya...cukupkah bekalan kita? Layakkah kita?


Asas kepada membuat kebaikan adalah hati.Bila bersih hati ...maka akan terhasillah nilai murni.
Kalau penyakit hati dah bertaktha....rosak segala pancaindera.Bila dia mula bertapak....yang baik-baik semuanya dah tak nampak.Islam menitikberatkan hubungan sesama manusia.Ini boleh kita lihat dengan jelas dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menyeru manusia agar berlaku sopan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.Malah kita dilarang mencaci, menghina serta menyakiti sesama kita. Ini bertujuan unuk menjaga kesejahteraan hidup umat manusia seluruhnya.


Bila sebut pasal penyakit hati...teringat aku pada satu kejadian yang berlaku baru-baru ini.Cukup memalukan....cukup mengaibkan.Hanya kerana iri hati......si sini tak bertegur dengan si sinun...hanya kerana si sinun di pilih sebagai guru cemerlang..Pening kepala aku memikirkan..Si sini mengadu begini...si sinun mengadu begitu.Aku yang di tengah-tengah cuba menyelesaikan masalah. Tapi apa yang aku kesalkan...dua-dua tak makan nasihat...Aku benar-benar berharap mereka akan berbaik-baik semula sempena hari Jumaat yang mulia ini.


Aku berharap penyakit hati ini tidak menular ..dan berjangkit kepada kita semua. Yang penting..kita harus ingat bahawa setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing. Berdoalah semoga kita dimurahkan rezeki yang halal.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.
Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua..memelihara dan memberi kekuatan kepada kita untuk mengawal diri dari bencana penyakit ini....AMIN!!!!!


Wassalam.

Thursday, March 23, 2006

Bicara hatiku.......

Assalamualaikum......

Pertama-tama aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang sudi hadir ke pondok burukku...setiap ucapan membawa seribu erti kepada ku...seorang insan yang masih berjalan jatuh dalam 'dunia maya' ini. Setiap kata kan menjadi pemangkin bagi aku untuk terus menulis...walau terkadang aku rasakan...masa sering mencemburui aku...lantaran tugas aku sendiri yang menuntut komitmen yang cukup tinggi..Namun yang pasti aku akan terus menulis dan terus berbicara...walau dalam sepi.

Aku ingin mengimbas kembali waktu itu...sebelum aku mengenali 'dunia' ini....bersama kalian.Pernah seorang teman bertanya...bagaimana aku boleh ' terjebak ' dan berdiri tegak di 'dunia maya ini'? Aku tidak berapa pasti...namun aku masih ingat...di penghujung tahun 2005 aku yang pada ketika itu dalam percutian yang agak panjang..*cuti sekolah*...sengaja melayari internet...lalu menerjah dari satu blog ke blog yang lain. Tiba-tiba mataku terpaku pada satu nama...ILHAM. Seakan-akan pada saat itu..aku telah mendapat ilham dari yang maha Esa...lalu aku terjah ke blog itu. Aku tidak tahu apa yang menanti aku di sana. Aku cuba meloloskan diri...untuk mengenali insan-insan yang sering berada di rumah ini.
Orang pertama yang menegurku...tentulah tuanrumah...yang cukup mesra. Kemudian Zack mengajak aku bersembang di halo...sedangkan pada ketika itu aku terlalu jahil...tidak tahu bagaimana kendak menembusi benteng yang ada..Berkat pengajarannya...aku berada di antara mereka yang pastinya telah lama bertapak di rumah Ilham. Pada waktu itu hati aku berbunga ...kerana aku bakal punyai lebih ramai kawan. Ana adalah insan yang terlalu banyak berceloteh denganku...dan aku rasakan seakan-akan telah berabad aku mengenali dia..ajaib sungguh 'dunia maya' ini. Seri juga sering menegurku ...maklumlah..sebahagiaan dari hidup dia berkaitan dengan daerah kelahiranku...ada saja cerita yang hendak diceritakan ..dan dia benar-benar penyeri yang berseri-seri. Aku rasa sungguh bahagia.
Hari demi hari yang di lalui bersama mereka yang lain jua menceriakan hidupku. Ilham, NHK, Liana, Jazz, Bok D, KPD, Vaart....dan beberapa nama lagi yang tidak tercatit di sini tapi terukir di hati...terpahat di sanubari. Akan aku kenang kalian hingga ke hujung nyawa.
Aku tidak pandai bermadah ...aku tidak mahir berseloka.Namun terima lah bicara rasa yang aku simpan khusus buat kalian.Abadikan ia dalam kenangan...moga kita akan terus menjadi teman...kawan dan sahabat.
telah aku lewati..
setiap persinggahan yang aku temui......
aku terhenti di sini..
melihat dari luar jendela..
riuh - rendah bersama hilai tawa...
aku ingin sekali kesana ....
bersama melarik awan bahagia..
melakar seribu wajah yang tiada duka...
telah aku lewati.....
setiap ruang yang aku bolosi...
aku terus berjalan di sini..
aku ada diantara kamu...kamu dan kamu..
menari..menyanyi berlagu sendu...
aku kini di sini......
membuai angan ...
menghayun rindu...
mengukir mimpi....
Terima kasih Ilham.......kerana mengenalkan aku kepada mereka............sesungguhnya......
Aku Sayang Kalian!!!!
Wassalam.

Tuesday, March 21, 2006

Rasa yang terbina.....

Assalamualaikum


Puas aku memikirkan..apa yang nak aku coretkan disini...macam-macam rasa yang timbul....resah....gelisah...ahhhh!!! tiba-tiba aku rasakan ada rasa dalam diri
ini...dan pasti dalam diri kalian jua kan? Rasa yang hadir..tidak perlu kad undangan..bila ia nak datang....maka dia akan datang walau pun tempang.....kalau ia nak pergi....tiada siapa yang mampu menahannya


Benci....rindu.....sayang dan cinta...adalah rasa yang tidak perlu kita beriya-iya untuk membinanya. Mereka terbina secara semulajadi dalam diri setiap dari kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah melahirkannya.


Bila kita bencikan seseorang...kita letakkan dia di tahap paling bawah dalam hidup kita. Acapkali kita sengaja mencari kesalahannya dan kemudian menghamburkan pelbagai kata ..maklum lah...dalam hati ada benci.Kita tidak pernah memberi peluang kepada dia untuk membela diri malah bagi kita itu semua madah berhelah.Akhirnya ..dia berlalu pergi....tanpa pesan ..tanpa pamitan.


Bila dia hilang dari mata...rindu bertandang. Ada ketika .....kita rindu sangat pada hilai tawanya...pada tutur bicara selembut suteranya....pada senyum manisnya dan kehadirannnya. Kita tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata. Setelah dia tiada...kita benar-benar terasa....

Dan kini rindu mula membenihkan sayang...luhur..suci dan murni.Sayang yang hadir dari rasa rindu membuatkan kita makan tak kenyang ..tidur tak lena...mandi tak basah....Di mana -mana kita akan terlihat bayangnya....menari-nari....menyanyi riang walau pada hakikatnya dia berlagu sendu..


Akhirnya....sayang berbunga cinta,,,,pepohonan kasih memayungi rasa yang sarat tak terbendung...Kelopak-kelopak bunga cinta mekar....mewangi bak haruman kasturi.Tika itu ..terasa ingin memiliki...ingin bersama sehingga mati.Tapi ...di mana dia ?..Kelopak bunga cinta gugur satu demi satu...bertaburan....berselerakan...Lantas rindu terus membeku!!


CINTAILAH orang yang engkau kasihi itu sekadarnya kerana barangkali dia akan menjadi orang yang engkau BENCI suatu hari kelak....
Juga BENCILAH terhadap orang yang engkau benci sekadarnya kerana barangkali dia akan menjadi orang yang engkau KASIHI suatu hari nanti...
Hadis Riwayat Tarmidzi