bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, May 08, 2006

Maulud Nabi...



Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang lepas...... sekolah aku menyambut Maulidur Rasul. Bermula se awal 7.15 pagi...anak-anak muridku beratur di Dataran Ilmu. Amboi hai....bisingnya!..excited sungguh mereka nih...maklum lah nak berarak sambil berselawat. Beberapa orang ustaz dan ustazah sibuk menguruskan majlis tersebut. Aku macam biasa....tolong-tolong sibuk...hahahaha. Tepat jam 7.45 pagi ...kami mula berarak dan berselawat. Aku pun turut sama memeriahkan perarakan tersebut. Kami berarak mengikut pintu pagar lama....dan kemudian masuk di pintu pagar baru iaitu pintu pagar utama. Murid-murid tahun 6 menjadi tunggak utama apabila mereka adalah kumpulan pertama yang memulakan perarakan.

Barisan depan memulakan perarakan..*macam nak pergi berperang *

Perarakan oleh murid-murid perempuan....alaa...comel-comelnya..

Mula-mula murid lelaki berarak....bersama-sama Guru Penolong Kanan 1 , Kaunselor sekolah dan beberapa orang guru lelaki. Guru-guru perempuan pula menyelit di antara murid-murid perempuan. Bacaan selawat mula berkumandang...memecah keheningan pagi. Aku tiba-tiba tersentuh....hingga tanpa aku sedari airmataku mengalir. Kawan-kawan aku perasan....cenggeng kata mereka pada ku....nak buat macam mana ...dah jiwa rapuh....sayu tuh!!!


Sempat juga mereka ni berbual-bual...

Setelah selesai berarak dan berselawat....majlis diteruskan. Anak-anak muridku di bahagikan kepada dua kumpulan. Dua dewan digunakan kerana dewan yang ada tidak mampu menampung 'kepadatan penduduk' sekolahku.....apa tidaknya enrolment murid sekolahku melebih seribu orang. Lantaran itu kami menggunakan sistem sidang video...canggih tu!!!! Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan baik sekali. Geli hati pun ada....lawak sungguh penceramah ni....tapi banyak pengajaran yang kami dapat dari ceramah beliau. Anak-anak muridku memberi sepenuh perhatian dan memberi respon yang baik bila beberapa soalan diajukan kepada mereka...ini memudahkan aku menjaga displin mereka....kalau tidak...mahu pengsan dibuatnya....biasa lah...anak-anak kecil. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran....berzanji * maaf yer...gambar tidak dapat disiarkan kerana aku terlibat dalam bacaan berzanji ni*....dan nasyid. Aku rasa seronok sebab majis berjalan dengan lancar dan tidak ada perkara tidak diingini berlaku.

Gotong-royong...... memasak nasi briyani gam...

Aku rasa tidak lengkap kalau sesuatu majlis yang diadakan tidak ada bab makan-makan ni. Selepas selesai majlis....dan semua aturcara....maka sekarang adalah 'makan time'.....hahahaha. Anak-anak muridku paling suka 'aturcara' yang satu ini....termasuk kami. Namun sebelum kami menikmati hidangan ....kami uruskan dulu anak-anak murid kami. Bila semua dah dapat makanan..baru lah kami ke bilik jamuan dan menikmati hidangan. Menunya.....nasi briyani gam, dalca daging , ayam masak merah , daging masak briyani dan jelatah. Pencuci mulut pula ...kuih lapis kacang hijau.....pudding roti *sponsored by aku*..hehehe dan buah tembikai. Tepat pukul 11.45 pagi...majlis pun berakhir.

Itu sahaja serba sedikit tentang majlis maulidulRasul yang diadakan di sekolah ku. Sekadar tatapan buat kalian. Tentu majlis di tempat kalian lebih hebatkan? Apa-apa pun ....bukan hebat atau tidak sesuatu majlis itu yang diambilkira....tapi objektif dan pengisiannya.

*Hari ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari LAhir buat suamiku...semoga bahagia di dunia dan di akhirat.*

Wassalam.