bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, September 22, 2008

Berbuke kat luo..walaupun..

Assalamualaikum..

sementara nunggu waktu isyak aku dok depan laptop nie...terdetik di hati nak update blog..hiks. Untuk berbuka tadi aku masak simple jek..*sokmo simple*..hehehe. Memang pun simple. Sayur pucuk manis masak air..*kata org Jawa masak bening*..goreng ayam n sotong goreng kari. Bukan ler aku malas...aku sibuk wat biskut raya ler. Semalam dapat wat sejenis...ari nie sejenis..esok sejenis lagi...lusa sejenis lagi...tulat pun sejenis lagi..langkat lak the last one..sejenis lagi. Ari2 yang lain aku nak bakar kek lak. Niat di hati nak wat kek lapis tahun nie..apa2 pun tengok keadaan.*Hebat niat aku*...kehkehkeh.



Sebenonya aku ingat nak wat biskut raya nie pada ari Sabtu and Ahad..tak sekolah kan. Tapi sesuatu telah ditakdirkan berlaku..abang sakit gigi!!! Sian aku tengokkan. Jadi aku temankanlah dia pergi mencabut giginya. Ajak pergi yang kat sini dia kata mahal...aku suruh dia pegi kat poliklinik..dia kata tutup ...ari Sabtu. Last2 aku ajak dia balik Muo...cabut jek gigi tu kat sana..perghhh!!! jauh tuh!!..hahahaha. Ari Ahad kami pegi ziarah pusara arwah isteri abang dan pastu kami ke Muo..ziarah pusara arwah mak...abah...abang ngah dan along(anak sedara aku). Balik jek dari Muo dan ler aku wat sejenis biskut...jadi ler!!..hiks



Abang sakit gigi tu sejak hari Khamis lagi. Puas gak ler dia menahan sakit tu. Namun begitu sakitnya tidak menghalang niat dia untuk membawa aku berbuka kat hotel ..ari Jumaat. Dia kata dah booking dah...so kami pun pergi ler. Sepanjang bulan pose nie..*dah 22 ari pose ek* cuma dua kali kami berbuka kat luo. Sekali tu masa balik dari Muo..amek buah duku. Sampai rumah Melaka dah agak lewat..tak sempat nak memasak so kami berbuka kat luo jek..*makan tom yam*. Ini kali kedua..special ler sebab celebrate besday abang..hehehe. Makanan banyak sungguh..tp aku target pudding caramel dulu...hiks. Bukan leh makan banyak pun...tak der tempat nak sumbat dah. Aku makan yong tau foo, nasi berlaukkan seafood, sate, ulam2an dan ABC. Lastkan aku try sate celup..ok la. Tapi aku lebih suke yong tau foo dia..sedap giler..teringat2 aku...hehehe.










iklan jap....hehehehe.

Abang ade keje sikit masa tu..kena menyambut kedatangan pengarah mana tah..hiks. Jadi aku pun menjalankan tugas aku untuk 'memenuhkan meja'. Aku amek tu sikit...nie sikit..lama2 penuh gak meja tu...kehkehkeh.

pencuci mulut...kuih tradisional pun banyak



kolestrol tak henggat!!! hahaha




sabo menunggu masuknya waktu berbuke..

Bila masuk jek waktu maghrib kami pun berbuke ler. Siann abang...nampak cam siksa nak makan. Sabo jek la. Lepas selesai melakukan apa yang perlu..kami pun balik tapi sempat gak menyinggah..konon2 nak belikan abang hadiah..tapi mati2 dia tak nak. Pening aku..tak tahu nak belikan dia ape. Aku tanya dia nak ape..dia kata tak nak ape2. Semua dah ada katanya. Aku ingat nak belikan dia jam...tapi dia tetap tak nak. Dia kata jam dia yang lagi satu tu elok lagi. Tak per...aku tetap akan belikan dia sesuatu. Apa bendanya?..ntah!!! hiks



Wassalam.









Thursday, September 18, 2008

18 Sept.2008..hepi besday abg!!

Assalamualaikum..

Abang...

entry nie khas untuk abang. Sayang nak ucapkan ..Selamat Hari Lahir...*walau pagi tadi dah wish dah*. Semoga hidup abang terus diberkati olehNYA. Semoga kasihsayang yang sayang berikan selama ini membahagiakan abang.



p/s: Hadiahnya nanti ek..hiks.

Wassalam

Tuesday, September 09, 2008

Operasi memetik duku...

Assalamualaikum..
Dah sembilan hari kita berpuasa ...setakat nie masih bertahan. Tahun nie aku tak rasa letih sgt...walaupun cuaca kat Melaka nie tak menentu. Kalau panas...mak aiii!!..tapikan tetibe jek hujan. Aku bersyukur sebab aku dapat bertahan dalam cuaca sebegini. Maklumlah..aku nie ada asthma. Aku tak tahan kalau cuaca terlalu panas...leh kena attack tuh.

Minggu lepas..puasa hari ke 3 ..kan aku sakit. Puas aku makan ubat...tapi tak gak baik2. Akhirnya doktor telah mengalirkan arus elektrik ke tempat yang sakit....*cam orang wat ecg tuuuu...* Alhamdulilah..esoknya dah kurang sakitnya. Tak pernah aku kena sakit cam nie...sampai 3 hari aku mc. Hari nie aku dah pulih sepenuhnya.

Hari Jumaat lepas..kakak aku balik kampung. Malamnya dia singgah dan bermalam di rumah di melaka. Esoknya aku dan abang ikut mereka balik ke Muo. Kami nak masuk kebun...nak petik duku. Sebelum nie kami petik rambutan...sekarang masa memetik duku la plak. Kami bertolak dalam pukul 10 lebih dan sampai dalam pukul 11 gitu. Kami terus saje ke kebun. Sampai saje kat sana hubby dan abang iparku memulakan operasi membersihkan semak2 di bawah pokok2 duku yang ada. Aku yang pada mulanya bercadang untuk duduk saje di dalam kereta turut sama dalam operasi nie...tak tahan la tgk buah2 duku tu!!..mujur puasa..kalau tak!!!..hehehehe.

Selepas operasi menebas dan mencantas selesai...kami membentang kanvas yang kami bawa di atas tanah. Kalau nak memetik buah duku kena la ikut beberapa syarat. Memetik buah duku pun ade pantang gak tau...hehehehe. Jangan memetik buah duku di waktu pagi..kerana buahnya akan pecah. Jadi kalau nak petik...kena lah tunggu tengahari sikit. Buahnya harus dipetik...dimasukkan kedalam bakul yang digantung dipokok bagi mengelakkan buah tersebut terhempas ke tanah yang mana akan menyebabkab buah duku cedera...hiks. Tapi kami dah tak kira...kami jolok jek buah2 tu dah biarkan buah2 tu jatuh atas kanvas. Kira oraitla jugak sebab buah2 tu tak cedera parah. Kebanyakkan dari buah2 tu selamat mendarat di atas kanvas.
Akhirnya abang ambil keputusan untuk memanjat pokok2 tersebut. Dengan bantuan abang ipar aku...abang berjaya memanjat pokok duku...memetik dan menjatuhkannya betul2 atas kanvas.



steady arr bang!!!..hehehehe


Banyak betul buah duku tahun nie. Tahun lepas aku petik buah duku kat tepi jalan jek...alahhhhhhhhhh...yang jolok pakai kertas tu...hiks. Kalau korang tengok buah kat pokok tu kan..mesti korang geram gak. Aku dengan anak sedara aku sibuk mengutip buah untuk dimasukkan kedalam karung yang kami bawa. Penat sungguh...aku sampai beberapa kali nak tersungkur...cam mabuk gitu...hahahaha. Kami mnghabiskan masa kat dalam kebun tu lebih dari 2 jam. Abang ipar aku kata...bila tengok semua pokok buah duku nie berbuah lebat...rasa cam tamak la plak...hahahaha. Kalu boleh kami dah petik semua buah tu sebab tak tahu bila kami berpeluang masuk kebun lagi. Itu dorang la...aku tetap akan masuk lagi ngan abang. Esok kami akan kebun lagi!!!.

buah duku ..menunggu masa tu.

banyaknyerrrrrrrrr

siap posing tuh!!..


manis buahnya...caya la!!

Aku bawa balik sekarung ke Melaka. Yang lain2 kakak aku bawa balik ke KL..pastu dia akan agih2kan kepada kakak2 ku yang lain. Kawan2 aku kat sekolah dapat la merasa duku Tg Gading.Alhamdulilah...harap2 tahun depan pokok2 tu semua akan berbuah lagi.
p/s: Fahmi..Happy Birthday yer!!..Moga sukses dan lebih matang dalam kehidupan.

Wassalam.

Thursday, September 04, 2008

sakit...sama tarikh..tahun lain

Assalamualaikum..
Aku MC ari nie...semalam pun. Kaki aku sakit...tetibe jek. Siksa aku nak berjalan. Dah duduk payah nak bangun. Dah berdiri payah nak duduk. Sabar jek la...dugaan diawal Ramadhan. Peristiwa sakit nie mengingatkan aku pada peristiwa dua tahun yang lepas. Sakit gak masa tu...puasa hari yang ketiga gak.
Masa tu aku dalam perjalanan ke sebuah sekolah...menghadiri mesyuarat penyelarasan kali terakhir. Pagi lagi aku dah dapat petanda ade benda tak elok akan berlaku tapi aku buat tak kisah walau sebenarnya hati aku tertanya2. Aku start kereta...dan terus undurkan kereta aku sedangkan pintu pagar aku tak buka. Apa lagi...berdentumlah. Mujur tak laju masa mengundur tu..so kereta aku tak la brape teruk.
Aku teruskan perjalanan. Sampai kat satu selekoh..aku macam hilan tumpuan. Aku tanh mengantuk pun. Bila aku tersedar..kereta aku dah menghala ke parit di tepi jalan. Aku agak panik...terus tarik setereng kereta aku. Rasa macam tarik tak kuat...tapi kereta aku berpusing. Aku lepaskan setereng sebab aku tahu aku dah tak boleh nak buat apa2. Aku cuma mengucap jek la...hehehehe. Kereta aku terus masuk dalam parit..siap buat U turn lagik. Kereta aku agak parah..tapi aku..alhamdulilah...berkat bulan Ramadhan.
Hari nie...aku sakit lagi. Semalam aku dah terasa sakitnya. Abang bawa aku ke klinik. *Aku berjalan macam si Tempang dari Gua Musang lak...hiks.* Kena injek la...pe lagi. Balik dari klinik..aku rasa makin lorat sakit aku tu. Aku asyik baring jek...menyenget la...nak diurut sakit giler. Abang tak beri aku memasak...tapi aku gagahkan diri. Aku masak simple jek semalam.
Aku harap...sakit aku akan berkurangan hari nie. Aku kena ke sekolah esok. Banyak keje aku yang tertangguh.
Aku rasa belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua yang mengenali diri aku nie...secara realiti atau maya. Semoga..puasa kita kali nie mendapat keberkatan dariNYA..amin!!
Wassalam