bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, May 09, 2006

Ketawa ....satu senaman


Assalamualaikum....



Satu pekara yang mungkin kalian tidak tahu tentang aku ialah.....aku kuat ketawa. Kadang-kadang.....susah nak berhenti. Puas kawan-kawan aku tepuk belakang aku....supaya aku berhenti...tapi aku akan terus ketawa selagi perkara yang mengelikan hati masih terpapar dalam mindaku. Hingga sekarang aku masih boleh ketawa bila teringat pada seorang kawanku....seorang guru pelatih ketika itu....buat lawak tak ingat dunia dalam kelas sewaktu kuliah pula tu. Pensyarah pun tak tahan....habis satu kelas ketawa.....dan aku adalah diantara mereka yang susah nak berhenti.
Kalian tentu nak tahukan....apa agaknya yang dilakukan oleh kawan aku ni. Masa tu....kelas Bahasa Inggeris......seperti biasa ...pensyarah akan memberi tugasan kepada kami. Beliau telah meminta kami mengarang sebuah 'cerita pendek'......boleh dikatakan dalam bentuk perenggan la. Beberapa perkataan diberi.....dan kami mula la menulis. Oleh kerana kami hanya perlu menulis dalam satu perenggan sahaja...maka tak banyak masa yang diambil. Kemudian ....pensyarah pun meminta kami membacakan 'cerita pendek' yang telah kami tulis tadi.
Lepas seorang......seorang membacakan apa yang ditulis. Kini tibalah giliran kawan aku ni. Dia ni...lelaki ...berasal dari Terengganu. Muka dia memang selamba....jadi dengan selambanya dia mula membaca. Biasa lah...kuat betul loghat Terengganu dia ni. Kalian nak tahu apa yang dia baca???....hahahaha.....kalaulah kalian dengar apa yang dia baca....mahu berguling-guling kalian ketawa. Dia baca..... Bob turtle likes to jang....it jang into the pong...it jang ong and ong!!!! Aku memang tak tahan nak ketawa masa tu..sampai mengalir airmata tuh!!!!..muahahahaha.
Sebenarnya.....apa yang ingin aku nyatakan kali ini adalah mengenai ketawa. Perpatah Cina ada menyatakan bahawa "Ketawalah sehari tiga kali dan anda tidak akan mati muda" Betul atau tidak.....wallahua'lam. Namun apa yang pasti ketawa akan dapat mengurangkan stres atau tekanan selain memberi kesan awet muda. Dari pembacaan aku...aku dapati ketawa akan mendorong tubuh badan kita untuk berehat kerana semasa kita ketawa tubuh kita diransang untuk melepaskan hormon endorphin , serotin , dan melatonin yang merupakan kimia positif yang dihasilkan oleh tubuh. Hormon-hormon ini akan membuatkan perasaan kita tenang dan otot-otot tubuh mengendurkan. Beberapa kajian yang dijalankan juga mendapati ketawa membantu meringankan pelbagai penyakit serius seperti darah tinggi , penyakit jantung , diabetes dan berbagai lagi.
KETAWA ...anda bersenam sebenarnya...
Pakar psikologi mengakui bahawa emosi negatif seperti cemas , kemurungan atau kemarahan akan melemahkan sistem kekebalan tubuh.....dengan itu tubuh kita akan kurang upaya melawan penyakit.Menurut kajian....ketawa akan meningkatkan kadar antibodi dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh hingga 40 peratus. Semasa kita ketawa , kita menghirup lebih banyak oksigen dan ia meningkatkan kapasiti vital dan oksida paru-paru. Apabila kita ketawa ....kita akan merasakan sakit perut seperti baru lepas melakukan bangkit tubi. Ini adalah kerana ketawa melatih dan membantu menegangkan otot-otot perut. Bukan itu sahaja.....ketawa akan melebarkan pembuluh darah dan menghantar lebih banyak darah dan kemudian menyalurkannya kesemua otot tubuh.
AWET MUDA tuh!!!
Bila kita ketawa.....wajah akan kelihatan tegang....satu latihan tuh!!. Namun ketawa haruslah teratur. Apabila kita ketawa ......15 jenis otot wajah akan mengalami kontraksi dan mendapat ransangan efektif pada bahagian mulut.
Ketawa juga akan mengirim darah ke wajah dan secara tidak langsung ...ia menyebabkan wajah akan kelihatan merah merona. Wajah akan tampak ceria dan segar. Mata juga akan mendapat tempiasnya. Kelenjar di mata akan tertekan dan mata akan menjadi basah. Dengan itu mata akan tampak bersinar dan berkilau.
Berdasarkan maklumat-maklumat diatas...apa kata mula hari ini....kita lebihkan ketawa? Tapi.......janganlah ketawa sepanjang masa.....risau juga ya....takut-takut nanti orang kata kita gila pulak!!!!!! Apa-apa pun.....ceriakan hari anda....dengan ketawa dan senyuman!!!!!
Wassalam