bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, December 29, 2009

Untuk kite...

Assalamualaikum..

baru balik dari school nih. Dah lama bercuti so rasa cam letih jek. Online jap. Buke email..ade satu email nie..dari Angah.

Jom kite menghayatinya..sumanya untuk kite..

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

p/s. Aku malas nak send2 email nie..so aku copy paste kat sini jek la. Ramai gak leh baca kan. Kot2 ler ade yang menyinggah...hehehe


Wassalam

Saturday, December 19, 2009

picnic@PD

Assalamualaikum..

masih lagi bercuti tp cam tak bercuti. Aku tak leh nak kata ape2 la kan sebab AM memang kena keje. Dua kali dia apply cuti...dan dua kali tu la dia keciwa. Aku?? lagi la frust. Ingatkan nak la ke tempat2 yang boleh menenangkan fikiran aku nie. Namun apakan daya. Bila aku berkawen ngan AM maka aku bukan setakat berkawen dengan tuan badan ...malah dengan pekerjaannya sekali...huhuhu.

Linda n family balik ke Melaka baru2 nie. Sian tengok dorang...tak leh nak berjalan sangat2 sebab daddy/atuk keje. Since dorang sampai pada ari Rabu *ari off AM*...kami bawa dorang ke Ayer Panas kat Gadek. Geli hati lihat telatah cucu2 kami bila jumpa swimming pool. Dorang ingat airnya sejuk cam pool yang lain2. Mujur tak diterjahnya air tu..hiks. Bising mulut Aisyah bila kakinya mencecah air ..."Hot!..hot!"..kami gelakkan dia aje la. Si Abg...Ashraf cam ok jek...cool beb!.
Ashraf, Aishah n Abi..

...si adik tetap selesa dalam pelukan umi.

Lewat petang kami pun balik. Sebelum tu kami singgah dinner kat Tom Yam Klasik. AM singgah 7 11 beli roti sebab nak suruh cucu2 beri iakn makan. Seronok sungguh dorang bila tgk ikan timbul berebut roti yang mereka lemparkan.

Leka beri ikan makan...



posing dihadapan replika ikan..*ikan yg tlh mati dibekukan*

Esoknya...kami pergi ke PD. Jgn tanya camner AM leh dpt cuti tau...hiks. Kami lalu ikut Lubok China. Sesampai kat sana....selepas cari port baik punyer..Ashraf n Aishah nak swimming. Sibuk la Linda menukarkan pakaian mereka.


posing mautttt!!! hahaha..


Akhirnya...bukan swimming pun. Takut plak nampak air. Sudahnya ..dorang main pasir jek ngan atuk..hiks

tenung dari jauh je...


Aishah n atuk..

bz wat swimming pool...kot?


Selepas puas berjemur ...kami pun bersiap2 nak balik. Apa lagi..abg n kakak pun menjerit2la..tak nak balik. Puas dipujuk....akhirnya kami pulang.

Wassalam.