bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Saturday, May 12, 2007

Jadi yang terbaik yer!!


Assalamualaikum..


Kalian tentu masih berpeluang untuk mengucapkan Selamat hari Ibu kepada ibu kaliankan? Aku dah lama tak dapat mengucapkannya terus kepada ibuku. Dah berbelas tahun berlalu...namun rinduku padanya tak pernah padam...malah semakin menyala dan membara. Aku sempat menjaga beliau setelah aku berpindah ke daerah ini. Aku bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk berbakti kepada arwah ibuku. Namun sebanyak manapun baktiku kepada dia...tak akan sama dengan apa yang telah dia 'berikan' padaku.



Ibuku tidak pandai membaca...apatah lagi menulis....tapi bab mengira...especially yang melibatkan hal kewangan keluarga..cekap tuh!!!...hehehehe. Dia seorang insan yang cukup tegas. Walaupun dia seorang yang buta huruf...tapi dia sentiasa berada di sisiku semasa aku mengulangkaji pelajaran. Bila balik dari sekolah...soalan pertama yang keluar dari mulutnya...Ada kerja sekolah tak?. Aku pula tidak pandai berbohong. Kalau aku kata tiada..dia akan bertanya kepada kawan2 ku. Jka aku mengadu kepadanya tentang hukuman/denda yang aku terima di sekolah..dia akan menambah. Bagi dia...kalau aku dihukum atau didenda di sekolah itu bererti aku yag bersalah. Dia pernah berkata padaku...cikgu tak gila nak pukul awak sesuka hatinya. Apa2 pun...situasi sekarang memang berbeza. Lain dulu lain sekarang ek...hehehe.



Semasa aku diterima masuk ke maktab perguruan..dia siap buat kenduri kesyukuran. Dia kata dia nak sangat salah seorang dari anaknya menjadi guru. Dulu dia harap kakak aku menjadi guru...tapi kakak aku tak berminat. Jadi kakak aku mohon menjadi jururawat...dan aku meneruskan harapan ibuku. Ibuku selalu menasihatkan aku agar mendidik anak orang dengan baik dengan harapan suatu hari nanti orang lain juga akan mendidik anak2ku dengan baik. Setiap yang baik pasti balasannya juga baik....itu kata2nya. Tambahnya lagi...jika kita terima yang sebaliknya....kita harus redha.



Bila tiba tarikh 13 Mei nie kan...aku jadi sungguh terharu. Aku teringin sangat nak dengar ucapan nie ditujukan khas untuk aku dari anak2ku. Bila kawan2 aku cerita tentang sambutan hari ini yang diadakan oleh anak2 mereka...aku jadi cemburu...bercampur sedih. Betapa bangganya mereka kerana menjadi ibu. Rasanya begitu sempurna hidup mereka. Dulu aku terlalu mengharap untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Pernah ketika aku hamil....aku terbayangkan saat2 manis tika membesarkan mereka. Namun rezekiku hanya untuk beberapa bulan. Aku pasrah kini.



Kepada kawan2ku..yang telah dan bakal menjadi ibu...Selamat Hari Ibu aku ucapkan. Moga kalian akan menjadi ibu yang terbaik di alam fana ini. Beruntung kalian kerana di beri peluang untuk menjadi ibu...dan kalian adalah insan2 terpilih untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang bakal mendatang dalam menastikan anak2 kalian mendapat didikan yang terbaik dari kalian. Hadapi kerenah anak2 dengan penuh kesabaran.



Buat Linda....Cik Aya ingin ucapkan Selamat Hari Ibu sayang!!...Jadilah ibu kebanggaan Ashraf dan Siti Aisyah. Didiklah mereka agar menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Cik Aya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keselamatan Linda , Nazeer dan kedua cucu kesayangan.Tidak lupa...terima kasih sekali lagi...kerana memberi Cik Aya peluang untuk menjadi "mama" dan menerima Cik Aya seadanya.



Sekali lagi...untuk semua ibu2 di muka bumi Allah ini..SELAMAT HARI IBU...


Sejambak mawar merah buat kalian...










Wassalam.

Saturday, May 05, 2007

cam nak marah jek!!


Assalamualaikum...


dah hampir sebulan aku tak kemas rumah nie. Nak kata tak sempat ...tak juga. Masa yang terluang...yang sikit tu...aku isikan dengan kerja2 yang lain. Bila dah penat ...malam aku turu awal. Jadinya..tak ler berkemas rumah nie. Apa2 pun itu semua bukan alasan yang kukuh...hehehe. Memang malas!!!!..Kalau nak ...semua pun boleh!!!


Masa aku buat entry nie aku ada kat rumah di Melaka. Abang gei kerja. Siap aje urusan rumah..aku rehat jap. Dua minggu aku tak balik rumah di Melaka nie. Selepas majlis kenduri...aku semakin sibuk. Kerja sekolah semakin berlambak-lambak. Kadang-kadang payah nak jumpa aku kat sekolah. Kejap2 mesyuarat...kejap2 kena gei beri ceramah teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR...penat tuh.Tapi nak buat camner...kalu tak beri kerjasama nanti orang kata berlagak plak....ada ilmu tapi kedekut. Yang aku lemah nie bila aku selalu tak der kat sekolah. Kesian aku tengokkan anak2 murid aku. Oleh kerana itu aku kena buat kelas lain especially on Saturday. Cover tu beb!!! kehkehkeh.


Bila bercakap pasal beri ceramah nie kan...aku terkadang rasa pelik. Macam tak der orang lain yang boleh beri ceramah. Setahu aku ada beberapa orang JU daerah yang terlibat dalam program daerah nie. Ada yang memang dah lama dalam jawatankuasa daerah dan ada yang baru dilantik. Yang baru dilantik nie plak aku lihat terlalu muda...baru setahun jagung dalam dunia pendidikan nie. Tiba2 jer nama tu ada dalam senarai JU daerah...dan yang paling 'bagus'nya...mereka hadir dalam sesuatu program tu sekadar untuk meramaikan dan menghabiskan makanan. Orang 'lama-lama' macam aku dan beberapa orang kawan yang seangkatan dengan aku yang 'terlalak-lalak' menyampaikan ceramah. Bila diminta memberikan ceramah...masing2 tunduk jer...kadang2 tu macam kura2...tersentap terus jer masukkan kepala dalam cengkerang. Sebenarnya aku nak beri mereka peluang mencuba. Bak orang kata..kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya. Mereka kena mencuba.Aku selalu berikan kata2 semangat kepada mereka tapi nampaknya mereka masih belum berani dan tiada keyakinan.


Insyaallah...next year aku akan ikut abang pindah ke Melaka. ..*harap2 diluluskan*. Aku harap 'adik-adik' JU yang baru dapat meneruskan tugas yang bakal aku tinggalkan.


Wassalam.