bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, February 17, 2009

sayangi dan hargai..

Assalamualaikum..

dah selesai dah menanda kertas ujian. Punyer ler penat..sampai terturu aku atas kertas ujian anak2 muridku. Oleh kerana kebizian aku inilah...aku mengambil masa untuk menghapdet rumah aku.


Walaupun sibuk..aku luang gak la masa tuk membaca citer2 kawan2 aku. Wahhh!!! terkejut aku..sah ler aku dah kena block...huhuhuhu. Sedih beb. Mujur ler ade penjelasan. Teruk tau dak Ilham nie...wat suspen jek. Thanks beb for the email. At least wa tau ler ko nak berehat...hehehe.

Payah gak ler aku nak bersembang ngan dak lara. Tak leh nak wat mesyuarat tingkap lagi. Kalu dorang masuk rumah aku pun bukannya aku ade waktu pepagi nih. Petang pun aku dah jarang bertenet. Maklumler...keje banyak...nak memasak...nak menggosok baju..wat keje sekolah...kadang2 tak sempat nak turu.*tu yg sampai terturu atas kertas ujian*. Aku tau..korang pun banyak keje ..tapi korang tak merungutkan?..hehehe.


Aku ade terima email dari adik angkat aku...kita baca dan fahami la bersama2 yer..




~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.
Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.
Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.
Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jantung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
HARGAILAH JANTUNG ANDA.....
Wassalam

Sunday, February 01, 2009

Terima kasih...atas nama persahabatan

Assalamualaikum..

*cepat2 taip tajuk...takut terlupe..entry lepas mana de tajuk..kehkehkeh*




Kata2 kat atas tu..khusus wat kawan2 aku...tak kira la..di nyata atau maya. Orang kata.."berkawan biar beribu...berkasih biar satu". Tapi kalau kita berkawan tentu ler berserta rasa kasih..kalau tak camner nak rasa sayang kan?. Sayang sebagai kawan tak sama dengan sayang sebagai kekasih...dua perkara yang berbeza. Sayang kepada kawan...leh hilang tanpa meninggalkan impak yang dahsyat. Namun kalau hilang kasih kekasih..tu yang ade frust menonggeng. Kalau hilang kasih dari NYA...lagi haru dan yang pasti maha dahsyat ler hidup kite kat SANA.


Aku memang ramai kawan. Maklum ler ..dah 5 sekolah aku mengajar. Itu baru kawan seperjuangan kat sekolah tak termasuk kawan2 se maktab perguruan...semasa aku mengikuti kursus perguran asas dan kursus perguruan khas. Cuma kami sukar untuk bertemu. Namun mereka suma masih dalam ingatan aku. Aku rapat dengan Ash..masa di MPSI. Kemudian aku rapat ngan Kak Ani dan Nab..di IPSI. Aku masih keep in touch ngan Ash...Kak Ani aku tak tahu dia kat mana sekarang. Nab *adik bekas PPD Muo rupernyer* masih di Kluang. Bila aku sebut nama depa dua orang nie kan..aku tingat ..kul 12 tghmlm. Kami tak leh tido malam tu..boring giler. Aku dok belek2 majalah Gila2..*ade lagi tak majalah nie?*. Tetibe aku gelak bagai nak rak. Kak Ani n Nab kepelikan . Aku tunjukkan pada dorang apa yang aku baca dan kemudian tergelak. Pas dorang baca..dorang pun gelak sama. Masa tu...mule ler idea jahat aku. Aku kuarkan manila card..gunting dan gam. Aku potong keratan kartun yang aku baca tadi. Aku cut and paste kat atas manila card tu...then aku tulis..*KITE KER?*.

Selepas selesai keje nakal tu..kami terus turun menuju ke dining hall. Kami sambung keje nakal kami. Aku ngan Nab menstapler manila card tu kat papan kenyataan menghala ke dining hall. Kak Ani lak dok perhatikan keadaan sekeliling..kot2 ler ade orang datang. *Takut gaks tau*..hiks. Esoknya..ramai ler yang berkerumun kat papan kenyataan sambil gelak bagai nak rak. Aku n the geng wat tak tau ler. Pakcik tukang masak tu punyer ler marah...hahaha. Last2kan dia koyak2kan hasil karya kitaorang. Tak kisah ler..janji aku n the geng pueh ati.

Actually...atas manila card tu kan...aku tampalkan citer kartun yang berkisahkan kejadian di dining hall. Kisah tu sama plak dengan apa yang kami alami ketika tu. Hari2 lauk ayam. Hari pertama..lauk ayam. Hari kedua ..lauk ayam. Hari ketiga pun lauk ayam sampai ler hari ke 5.... lauk ayam. Masuk hari ke 6......budak tu pun naik atas meja dan terus berkokok. Udah jadi ayam ropernya...kehkehkeh. Tu yang pakcik tukang masak tu marah..perli dia ler tu. Tapi bukan salah dia pun. Dah tu bahan yang ade..dia masak jek la.

Aku suker usik Nab. Kadang2 aku panggil dia Jenab..hiks. Dia selambe jek. Suatu hari tu..kami main satu permainan yang dinamakan..'Camner bunyinyer?'. Mule2 aku suruh Kak Ani bunyikan bunyi kucing. Of coz ler ...miow..miow..kan? Pastu bunyi lembu...moooo...moooo kan?.Bila tibe giliran Nab..aku suruh dia bunyikan bunyi arnab. Dia kata.."Arnab ade bunyi ek?..Orang tak tau ler." Aku kata kat Nab.."Ade ler...bunyi dia kan...NAB..NAB..NAB..".Pe lagi...aku kena kejo ler ngan Nab...hehehe.

Tu semua tinggal kenangan dan tak semua kenangan itu indah. Ada juge kawan2 yang makin menjauhkan diri apabila mereka berada di satu tahap yang memerlukan mereka menjadi asing bagi kite. Mungkin kerana 'ranking' yang menyebabkan mereka draw a line between our friendship. Kadang2 rasa malu gak...terpinggir sangat rasanya. Dulu......kami terlalu baik. Dia juga yang membawa aku 'naik' hingga ke tahap ini. Kami ke KL..menghadiri mesyuarat penandaan bersama2...mengadakan mesyuarat di tempat yang sama...set exam paper for Negeri Johor bersama2...semua suka duka aku dia tahu. Dia tempat aku mengadu pada satu ketika dulu. Akhirnya kami terpisah bila dia berpindah ke negerinya. Di takdirkan Allah ..kami bertemu lagi. Kami masih pergi meyuarat bersama ...cuma sekarang bukan lagi seperti dulu. Garisan itu makin jelas..dan jurang itu makin terserlah.

Kini...aku makin ramai kawan. Di blog Ilham kami bertemu...lalu kami bina sebuah jambatan. Aku harap...kita akan terus berkasihsayang. Kita akan terus berbicara di santapanhati......bicarasepi....tentayu......hutan hujan tropika...dan let love, let sunlight surround me and all of us..forever. Terima kasih kerana menerima aku seadanya..

Wasalam.