bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Wednesday, April 26, 2006

Ku imbas kembali.....Part 2


Assalamualaikum.....

Kalian dah tahukan........ betapa aku terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain sehinggalah pengurus Felda membenarkan aku tinggal di rumah pegawai.Rumah tersebut pun terletak di atas bukit. Walau bagaimanapun...kami mendapat layanan yang agak baik...di mana kami tidak perlu lagi ke perigi untuk mandi atau mengambil air.


Pihak Felda telah menghantar bekalan air kepada kami selang sehari. Senang sikit lah rasanya, Pegawai-pegawai Felda masa tu ramai yang bujang....faham-faham ajelah!!!! bila kami beritahu yang bekalan air dah hampir habis...berebut-rebut mereka menghantar. Selalunya aku yang menjadi mangsa kawan-kawanku bila bab menyuruh menghantar bekalan air ni. Kawan-kawan aku ni semuanya pemalu. Aku pun pemalu juga tapi kalau semuanya malu.......alamat tak mandi... tak masak.......tak minum dan tak dot...dot...le kami. Tapi aku lebih cekap.....bila bekalan air sampai...aku akan pura-pura tidur...maka kawan-kawanku yang pemalu tadi...terpaksalah berhadapan dengan pegawai-pegawai bujang tu untuk urusan tersebut. Aku bukannya apa....malas nak layan....sebab mak aku pesan jaga tatasusila bila berada di tempat orang. Aku ni kira peramah orangnya...suka buat lawak bodoh...tak kira dengan siapa...jadi jer bila di ajak berbual.....sebab tu aku kena control diri....hehehehe. Lagi pun aku serik bila salah seorang isteri pegawai cemburu dengan aku hanya kerana suaminya bertanya tentang aku. Aduhhh!!! susah juga ek bila terlalu peramah ni.


Berada di Felda yang baru dibuka banyak dugaannya. Bagaikan padang jarak...padang terkukur...panasnya Allah saja yang tahu. Pokok-pokok tak banyak....kalau ada pun masih kecil...jadi kuranglah tempat berteduh. Apatah lagi....tanahnya keras..pokok-pokok pun hidup segan mati tak mahu. Aku cuba gak tanam pokok ubi.....muahahahaha...dapat makan daun jek...isi kurus tak macam tuan yang tanam. Kalau siang hari....aku lebih senang duduk dalam rumah dari duduk bersembang di beranda.....sakit mata dibuatnya. Apa nak buat....bosan memang la bosan...mujur ada kawan-kawan yang mengerti. Selalunya kami akan buat lawak bodoh di tengahari sambil bersantai.


KES DI BULAN RAMADHAN.....

Masih aku ingat....hari itu hari Sabtu. Aku tak balik Muar....kawan-kawanku juga tak balik Endau. Siang hari kami habiskan dengan berbaring sambil berbual-bual....sekali-sekala kedengaran derai tawa kami....jangan risau...kami tak mengumpat hal orang lain...cuma bercerita tentang diri masing-masing...muhasabah diri tuh!!!! hehehehe.
Nak dijadikan cerita......sedang kami berbual-bual....kami di datangi seekor lalat. Sakit betul hati bila ia seakan-akan cuba mencabar kesabaran dan keimanan aku yang sedang berpuasa. Puas aku halau.....ia tetap datang dan cuba hinggap di muka dan kadangkala dimataku. Sabar aje la....kalau diikut-ikutkan hati...aku nak 'spray' jer.Aku berkata pada lalat tu..."Weiii...aku dah mandi ler"...kawan-kawanku macam nak pecah perut ketawakan aku. Aku pun pelik...kenapa lalat ni kacau aku je. Aku rasakan....lalat ni memang saja cari nahas dengan aku. Tiba-tiba ......ia hinggap di telapak tanganku. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.......sepantas kilat........aku genggam tanganku.....muahahahaha...lalat itu akhirnya kecundang di tanganku. Kawan-kawanku bertepuk tangan.......sukanya mereka. Tapi salah seorang dari mereka mengusik aku...katanya..."Kalau yer pun lapar...tak kan nak makan lalat kot?"....berderai lagi tawa mereka. Aku kata pada kawan-kawanku....petang nanti aku nak masak sambal lalat untuk mereka sebagai juadah berbuka puasa. Akhirnya ...kami tertidur kerana keletihan ketawa.




MENJELANG HARI RAYA.....

Saat ini adalah antara saat yang masih segar dalam ingatan. Aku dan kawan-kawanku jadi kanak-kanak riang. Bila tiba waktu malam......kami akan bermain bunga api dan mercun. Guru-guru lelaki pun tumpang sekaki. Masa tu ..aku rasakan betapa indahnya zaman kanak-kanak. Kalau boleh aku ingin kembali ke zaman itu....ahhh!!! kalau boleh lar......tapi mustahil. Sedang kami seronok bermain bunga api.....aku terrrrrrrrbaling bunga api ke rumput kering yang kami longgokkan siang tadi. Apa lagi ..semarak ler api....kelam kabut kami dibuatnya. Aku betul-betul tergamam. Sudahnya orang lain sibuk memadamkan api....aku duduk sambil menangis....kuat pulak tu!!!
Payah aku nak berhenti menangis sebab aku memang takut. Puas kawan-kawan aku memujuk aku.....terpaksalah mereka memapah aku masuk kedalam rumah. Aku rasa macam lumpuh...tak boleh nak berjalan......teresak-esak aku menangis. Bila keadaan kembali tenang.....aku pun sudah berhenti menangis...kawan-kawan aku berpakat mentertawakan aku. Akhirnya...aku juga ketawa bila mengenangkan sikap aku yang penakut...hahahaha.



Aku nikan sebenarnya bukanlah berani sangat. Walaupun nampak macam brutal......aku masih anak gadis yang manja dan sensitif...*pada masa tu ler*.....tapi aku tidak pamerkan. Aku mahu mereka melihat aku sebagai seorang gadis yang kuat...tabah dan berani menghadapi dugaan. Aku tidak mahu di perkotak-katikkan....termasuk hal-hal perasaan. Namun aku tersungkur dengan perassan ku sendiri. Disini lah aku mengenali erti cinta...hak hak hak. Nak buat macam mana....rasa datang tiba-tiba. Mungkin juga kerana suasana ....maka aku terjatuh cinta....bukan dengan kawan di sekolah...tapi insan yang bertugas di di Felda tersebut. Dia orang Melaka...jadi bila aku nak balik ke Muar....aku selalu tumpang kereta dia. Akhirnya ...cinta pun berputik lalu mekar di hati.....bukan yang pertama ..yang kedua kali kot...hehehehe. Tapi Allah yang menentukan segalanya....jodoh dan pertemuan...kita hanya mampu merancang. Bukan aku tidak mahu menceritakan segalanya...tapi aku tidak mahu mengungkit kenangan yang cukup pahit untuk aku telan. Apa yang ingin aku katakan....aku menghadiri majlis perkahwinan dia......berbekalkan kasih dan sayangku padanya...yang tidak pernah pudar. Kini...kasih dan sayang itu sudah pudar...bersama kenangan lalu.....aku kini bahagia...insyaallah!!!



Lantaran kasih yang tidak kesampaian....maka aku rasakan aku patut pergi dari tanah ini yang terlalu banyak kenangannya.Aku bersyukur pada Illahi....dalam pada aku menghadapi kesulitan ini...didatangkan kepada ku kelapangan. Hari itu aku rasakan hari keramat buatku....pucuk dicita ulam mendatang. Pegawai Pendidikan Daerah Mersing datang ke sekolahku. Banyak yang disoal....terutama seklai tentang keselesaan kami ...mengajar di tempat yang jauh dari bandar. Aku teruja bila mendengar pertanyaan demi pertanyaan...lalu aku kumpul kekuatan untuk menyatakan kebenaran. Aku memohon untuk ditukarkan ke sekolah lain. Bagai halilintar ....permohonan secara lisanku menerjah ke telinga Pegawai Pendidikan Daerah. Dia tergamam buat seketika. Kemudian beliau bertanya...mengapa aku memohon untuk pindah....sedangkan dia lihat aku senang dan bahagia di sini. Aku nyatakan ......bahagia yang terpapar kadang-kadang hanya lakunan......dan aku tidak mampu untuk meneruskan lakunan tersebut. Setelah selesai sessi bersoaljawab...pegawai tersebut berunding dengan guru besar ku. Puas dia cuba mendapatkan jawapan tentang diriku.....akhirnya guru besarku berkata....saya izinkan dia berhijrah...walaupun khidmatnya amat-amat diperlukan di sini. Ahhhhhh!!!!! berjaya juga aku memujuk guru besar dan Pegawai Pendidikan tu....hahahaha.



Aku kini kembali ke Muar...bagi meneruskan perjuanganku...mendidik anak-anak bangsa yang dahagakan ilmu. Setelah hampir lima tahun......aku kembali kepangkuan keluarga ku. Bermula lah satu lagi episod kehidupan .



Wasalam.














Monday, April 24, 2006

Ku imbas kembali....Part 1


Assalamualaikum...

Isnin kembali lagi...menjanjikan bahagia aku kira. Namun duka pasti mencelah....tanpa segan tanpa silu...bagi mewarnai kehidupan yang hanya sementara ini. Walaubagaimana pun...hidup harus diteruskan ....biar pelangi yang singgah hanya seketika cuma. Aku berharap mentarikan terus bersinar...walau hilang bila malam berkunjung.Aku jua berharap bulan kan terus berbicara ...walau tanpa suara...tanpa kata...kerana aku pasti mengerti.


Tatkala aku keseorangan diri kat rumah...terutama sekali bila abang pergi kerja...aku akan melihat kembali foto-foto lama yang aku simpan rapi di dalam album. Mataku terpaku pada foto-foto yang aku ambil semasa posting pertamaku. Bagaikan tayangan gambar .....yang penuh dengan flashback nya...ingatan dan kenangannya menerjah ke mindaku. aku ketawa seorang diri...dan tiba-tiba aku menangis...aku jadi terlalu rindu...pada saat itu kerana ketika itu aku belajar tentang hidup tanpa keluarga disisi. Aku sendirian di tempat orang walau aku masih dibumi Johor.


POSTING PERTAMA.......

Aku diarahkan mengajar di sebuah sekolah ...di sebuah tempat yang tidak pernah aku dengar namanya dan tidak pernah aku tahu keujudannya. Puas aku belek peta negeri Johor..tapi tidak aku temui kedudukan sebenar tempat itu. Pelik aku rasakan kerana di zaman serba canggih ini masih ada tempat sebegitu rupa. Demi anak bangsa ku turutkan jua..lagipun aku telah berjanji bahawa aku akan berkhidmat dimana sahaja aku diarahkan untuk berkhdimat. Saya yang menurut perintah....hehehehe.Ketika itu aku masih bujang dan merantau bukan menjadi satu masalah besar bagiku.

Bila tiba harinya aku diarahkan melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Mersing. Sekali lagi aku kehairanan kerana selalunya guru-guru baru diarah melaporkan diri ke respective school. Tanpa banyak bicara aku pun melaporkan diri. Tergamam aku bila aku diberitahu bahawa aku perlu mengajar di sekolah terdekat *sekitar bandar Mersing* buat sementara waktu kerana sekolah yang sepatutnya aku memulakan perkhidmatan belum dibuka secara rasmi dan masih menunggu kedatangan murid-murid. Perghhh!!!! sabar aje lah. Genap seminggu aku berlegar-legar di sekolah tumpang ..akhirnya aku *termasuk dua orang guru baru dari Endau* dibawa ke sekolah baru dengan menaiki kenderaan milik Felda. Semasa melalui jalan raya aku rasa seronok sangat walaupun jalannya bagai ular dipalu. Kemudian kenderaan di perlahankan dan membelok kekiri. MasyaAllah!!!!! nak pengsan rasanya...aku tidak pernah bermimpi untuk melalui jalan yang sebegini. Jalan Camel Trophy tuh!!!...terhuyung-hayang aku ...maklum lah jalan hutan. Perjalanan mengambil masa lebih dari setengah jam.

Sesampai aku di tanah Felda ini...aku di bawa ke rumah yang bakal aku duduki untuk beberapa tahun. terpegun aku bila melihat rumah aku. Sampai hati mereka ....kerana rumah tersebut masih belum sempurna......masih banyak potongan kayu dan paku-paku besar bersepah-sepah...dinding bilik pun tiada. Aku tewas....mengalir jua airmataku. Tika itu aku terus teringat emak dan abah...*aku kesana tanpa sesiapa*...dan aku terharu kerana kawan-kawanku yang lain ada keluarga bersama mereka.Aku sendirian....brutal tuh!!! Aku jejakkan jua kakiku di rumah baruku. Aku dan kawan-kawan membersihkannya....manakala lalang yang setinggi pak belang diri juga kami tebas mengunakan pisau.

Hari-hari yang aku lalui memang menyeronokkan. Macam-macam kerja 'dajal' yang aku lakukan. Kalau nak aku ceritakan...tak cukup 3 hari 3 malam. Namun kenangan yang sering hadir diingatanku ialah mengangkat air .....bertemankan cahaya pelita dan sunyi tanpa siaran televisyen. Bayangkan ...hari-hari angkat air kerana tiada bekalan air...Felda baru dibuka tuh!!!..Aku terpaksa menuruni bukit untuk fetch air kerana rumah ku di atas bukit. Kalau hari hujan...jalan yang aku turuni akan licin....maka selalu lah aku tergelincir...tuan masih di atas...baldi dah terjun dalam perigi. Aku akan menjerit pada kawan-kawan meminta mereka menyelamatkan baldiku...takut.lemas!!!! hak hak hak. Kalau aku tergelincir ...suara aku saja yang mereka dengar...kuat jeritan tuh!!! Sakit wohhhh!!!. Seronok tau mandi air perigi nih....sejuk dan segar...tapi bagi orang-orang bandar mungkin mereka tidak biasa. Aku sebenarnya pun tidak pernah mandi air perigi sehinggalah aku berada di dalam 'cerita' ini.

IDEA 'JAHAT' KU.....

Pernah ...seorang guru sementara datang untuk mengajar di sekolahku.....lalu dia diminta tinggal bersama-sama kami. Aku yang sememangnya agak 'nakal' telah menyatakan idea 'jahat'ku untuk mengenakan guru baru tersebut kepada kawan-kawanku yang lain. Mereka ketawa berdekah-dekah dan bersetuju dengan ideaku itu. Bila tiba harinya ....aku 'menceritakan' kepada guru tersebut tetang adat yang perlu diikuti jika dia ingin tinggal lama bersama kami....dan dia bersetuju. Tepat 12.00 tengahmalam...ketika itu bulan mengambang penuh....aku dan kawan-kawanku membawa dia ke perigi...agak jauh dari rumah kami....bersama-sama baldi yang di penuhi dengan 7 jenis bunga..*bunga-bunga tu dia lah yang kena cari* hahahahaha. Bila kami berada di di tepi perigi...kami meminta dia mengisi baldi tersebut dengan air hingga penuh. ..sambil itu kami menyanyi...."Wahai perigi...airnya biru...tempat bermain....hai bermain...pari dan mambang"...muahahahaha...lagu ikan kaloi tuh!!!! Aku kemudian mereka-reka cerita yang bukan-bukan tentang tempat tersebut. Lepas tu aku menyuruh dia menjirus kakinya dengan air bunga sambil membelakangkan kami manakala aku dah kawan-kawanku mula bergerak senyap-senyap meninggalkan dia sendirian di tepi perigi. Bila dia menyedari bahawa kami tiada di situ dia menangis terjerit-jerit sedangkan kami macam nak mati ketawa di dalam rumah. Esoknya ...dia demam!!!! Kesian aku tengokkan...akhirnya kami meminta maaf kepadanya. Itu kenangan semasa aku tinggal di rumah pertama.

TINGGAL DI RUMAH PEGAWAI....

Aku betul-betul penat bila diarahkan berpindah dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Maklum lah...rumah yang aku duduki adalah rumah peneroka. Bila ada peneroka baru nak masuk...aku dan kawan-kawan jadi mangsa...tak ada kerja lain...pindah...pindah dan pindah. Banyak kali juga lah aku berpindah...hinggalah pada satu hari aku sudah tak boleh nak sabar. Aku di arahkan berpindah dari rumah yang cukup dekat dengan sekolah iaitu rumah aku ketika itu. Sakitnya hati!!!Pihak Felda ingat kali ini aku akan turut juga kata mereka....maaf yer!!! Aku terus ke rumah Pengurus Felda....bersemuka dengannya. Aku beri kata dua pada beliau.....biarkan aku tinggal di rumah pegawai yang kosong atau aku akan berpindah keluar dari Felda dan menyewa rumah di pekan yang berdekatan. Untuk pengetahuan kalian...pekan terdekat adalah dalam 80km dari Felda tersebut. Pengurus Felda rujuk kes aku kepada Guru Besar ...tapi aku suka sangat bila Guru Besar aku menyarankan pengurus mengikut kata-kata ku kerana dia faham benar dengan perangai aku...bila aku kata...aku akan buat. Akhirnya ...aku dapat juga tinggal di rumah pegawai. Senang hati aku....rumahnya jauh lebih baik dari rumah peneroka....tapi keadaan tetap sama...air bukan di besi...lampu tekan tepi..tengah tetap tak menyala...* siang hari ler* hak hak hak.

Satu kelebihan tinggal di rumah pegawai ni ...lampu dan kipas akan berfungsi tepat pada pukul 6 petang. Yang jadi masalahnya...aku tidak ada televisyen....jadi malam-malam aku tetap berlalu begitu sahaja...memang selalunya aku tidur awal. Nak dijadikan cerita...ada seorang dari guru sekolah aku telah meminjamkan salah sebuah televisyennya kepada aku. Sayangnya rumah dia agak jauh dari rumahku...dan aku terpaksa mengambil televisyen itu sendiri sebab suaminya tiada di rumah ketika itu. Puas aku memikirkan cara untuk 'memindahkan' televisyen itu kerumah ku. Setelah berfikir...aku dan kawan-kawan yang lain telah membawa selimut masing-masing kerumah guru tersebut. Aku bentangkan selimut-selimut tersebut dan mengarahkan kawan-kawanku meletakkan televisyen tersebut ke atasnya....lalu kami 'bergotong-royong' mengangkat nya *sambil berjalan kaki*. Aku buat kerja tu pada waktu malam....jadi tak lah malu sangat...hahahaha. Bayangkan...kami berhenti banyak kali sebab televisyen tu berat juga! Dapatlah aku menonton rancangan yang aku minati...drama cina. Malam aku tidak lagi membosankan....tapi yang paling boring bila tiba-tiba bekalan elektik terputus *minyak abis la tu..sebab guna generator* .Aku sekali lagi akan jadi penyelamat keadaan....apa tidaknya...aku akan jerit ..."Kang Budin...karannya manaaaaaaaa??"hahahaha...tidak lama lepas tu pasti aku dapat menonton semula.

Alamak...panjangnya cerita kali ni....sebenarnya banyak yang nak aku kongsi dengan kalian.....nanti aku sambung lagi ek....tungguuuuuuuuu!!!

Wasalam.





Wednesday, April 19, 2006

Aku dan rasa........


Assalamualaikum......


Dua tiga hari kebelakangan ini .....aku macam kurang bersemangat untuk menulis. Aku macam kehilangan sesuatu. Terfikir dan tertanya jua....apakah sebenarnya yang aku gusarkan...apakah yang aku rindukan...apakah yang aku kesalkan...apakah yang aku dambakan....??????????
Persoalan-persoalan ini bermain-main di dalam rasaku.
Bila saja aku terjerumus dengan persoalan-persoalan ini....aku jadi lemas....aku jadi rimas. Aku mengambil keputusan untuk muhasabah diri. Apa yang aku cari sebenarnya....aku sendri tidak pasti. Sepeerti biasa..kiranya ...jiwa ku kacau...akan lahir lah luahan rasa....lantas aku bariskan dalam bait-bait kata. Hanya yang rasa akan mengerti....



Tubuh longlai ini berdiri tegak
dalam hiruk-pikuk
pesta menggila
ada tawa
ada luka
ada bahagia
ada sengsara
bergelumang dalam rasa
bercampur baur tiada hala
mana awal
mana akhir
Tubuh longlai yang berdiri tegak ini
berjoget mengikut rentak
beronggeng mengikut kehendak
sumbang jua pada anak mata
bibir mongel tersenyum sinis
lalu bertanya pada diri
Gilakah dia?????
berjoget dan beronggeng
tapi kakinya tempang
lantai lantai dipersalahkan
tanya itu
tiada jawapan
tafsirannya
kekal
"Hati manusia seperti biola....tergantung kepada orang yang memainkannya.Jika dia pandai menggesekkannya timbullah lagu yang merdu "
Wasalam.

Monday, April 17, 2006

Sakit..sakitnyer!!


Assalamualaikum...

Hari Khamis yang lalu....aku betul-betul tak sangka aku akan kena balik sakit tu. Aku dah berhati-hati...cukup berhati-hati dalam memilih ubat yang sesuai dengan aku. Ubat-ubatan yang aku ambil selalunya diprescribekan oleh doktor keluarga ku....tapi pada hari Khamis itu lah aku betul-betul tidak dapat menahan kesakitan lalu aku mengambil ubat yang tidak sesuai untuk ku.Apalagi....bagaikan orang asing menakluk bumi...hahahaha...itu la rupaku!!!! habis hilang wajahku yang ayu....*maaf yer...terperasaan la pula*hehehehehe.


Mata ku mula membengkak....kelopak mata bagaikan digigit semut.......menyepetkan mataku yang sudah memang sedia sepet. Aku tidak mampu membuka mataku luas2 seperti selalu. Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Guru Besar ku dan memohon untuk ke klinik. Guru Besar ku bertanya siapakah yang menumbuk aku? Sakit betul hatiku masa itu.Sudah lah sakit kena perli pula!!! Sabar aje la hati.... Terpaksa lah aku menjelaskan kepada beliau bahawa aku salah makan ubat. Alahan ubat!!!..memang salah aku. Aku tahu bahawa aku memang tidak boleh mengambil sebarangan ubat...hatta panadol sekali pun...tapi nak buat macam mana...apa yang dapat aku katakan...Padan muka aku!!!! hak hak hak.


Sampai sahaja di klinik......aku terpaksa menunggu kedatangan doktor kerana beliau ada kes kecemasan. Hampir setengah jam aku menunggu....mata ku semakin membengkak. Rupa aku masa itu seperti orang asing yang sesat dibumi. Pesakit-pesakit lain memandang pada aku dengan pandangan yang kehairanan. Maka bertalu-talu pertanyaan yang diajukan padaku. Penat juga lah aku menjawab. Sesampainya doktor ...aku adalah pesakit pertama yang dipanggil. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik rawatan.....doktor pun terkejut . Aduh!!! aku betul-betul bengang. Sekali lagi aku menyabarkan hatiku. Aku menerima satu suntikan dan ubat-ubat yang lain. Selepas itu aku memandu pulang .....bayangkan aku memandu dengan mata yang bengkak. Mujur lah kilnik tu tidak jauh dari rumah ku. Sejurus aku sampai ke rumah....aku melelapkan mata buat seketika.....3 jam tuh!!! Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris peringkat Daerah Muar pun tidak dapat aku hadiri....nak buat macam mana...sudah tentu aku tidak mahu memalukan diriku dihadapan semua committee members termasuk guru besar-guru besar yang hadir.


Bila aku tersedar dari tidur..mataku masih lagi bengkak....malah aku rasa makin teruk. Aku makan ubat yang diberikan oleh doktor. Aku terus merehatkan mataku lagi. Aku ingin bengkak dimataku cepat surut. Aku bukan seorang yang penyabar bila ianya berkaitan dengan bab-bab sakit nih...kalau boleh aku nak cepat sembuh. Arwah emak aku selalu kata pada ku.*Al-Fatihah*...sakit kalau nak datang macam ribut..tapi kalau nak pergi macam semut!!!!
Betulkan??? Bila sakit tu nak datang...tak sempat nak elak....sedar-sedar kita dah sakit.


Alhamdulilah... bengkak mataku hampir surut juga akhirnya. Pada hari Jumaat ...aku tetap kesekolah...walau pun mata kiri ku masih belum hilang bengkak sepenuhnya. Guru-guru lain asyik memerhatikan aku....pelik agaknya. ...dan yang paling menguji kesabaran ku ...apabila mereka berpakat mentertawakan aku. Masa itu aku rasa macam nak belasah aje dia orang ni...hehehehe.


Apa-apa pun....setiap musibah yang menimpa diri kita ...jangan lah kita anggap ianya hanya sebagai balasan dari Allah semata-mata. Jangan buruk sangka dengan Allah. Kita harus muhasabah diri kita....tentang apa yang telah kita lakukan. Kadang-kadang kita tak rasa pun yang kita ada buat salah seperti menganiaya orang lain ...atau melukai hati orang tertentu. Jadi anggap saja ianya dugaan dari Allah....dan bagi menghapuskan dosa-dosa kecil kita yang telah kita lakukan dari dulu...kini dan dimasa yang akan datang...antara kita sedar atau pun tidak. Kita harus redha dan menerima sakit itu dengan kesabaran kerana sesungguhnya Allah sayangkan kita.




"Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal akan kita pada waktu susah".



Wasalam




Wednesday, April 12, 2006

Seni perbualan!!


Assalamualaikum....

Semalam semua orang bercuti sempena Maulidur Rasul...aku pun tidak terkecuali. Satu hari sahaja...tapi sekurang2nya dapat juga memberi aku ruang untuk menyiapkan kerja2 pembersihan rumah....hak hak hak. Dalam masa kesibukkan itu ...tiba2 aku teringat pada seseorang......kawan lama ler....Di mana dia sekarang?....Apakhabar agaknya dia?....Dah jumpa ke pengganti?...Bahagia ke dia?...dan paling penting...adakah dia masih seperti yang dulu???..pemalu......pendiam ya amat....ya ali!!!!!


Dulu....kalau nak ajak dia berbual...ianya merupakan perkara yang tersangatlah sukar. Puas aku bercakap...sampai lenguh mulut aku buka dan tutup....dari satu topik ke satu topik. Maklum la...aku nih terkadang terlalu peramah orangnya. Habis semua orang aku ajak berbual. Pernah dulu aku di marah hanya kerana aku di pelawa untuk dihantar pulang oleh seseorang yang baru aku kenali di satu majlis. Aku tahu dia berniat baik cuma aku juga harus menjaga adat yang aku pelihara dari kecil. Kesian dia.....bila aku terpaksa menolak tawarannya.


Berbalik kepada kisah teman aku ini....aku pernah bertanya kepadanya..."Mengapa susah sangat nak berbual dengan orang lain?".......Mengapa tidak membalas sapaan dia tu?"....dan dia hanya berkata..."Tak tahu nak kata apa."......MasyaAllah!!!!....aku tidak tahu bagaimana nak menolong dia. Puas aku memikirkan cara terbaik bagaimana untuk memulakan satu perbualan agar aku dapat membantu teman ku ini. Aku tanya beberapa orang yang aku kenali..yang cukup 'terkenal' dalam bidang ini....hahahaha...bidang berbual!!!


Bagi memulakan sebarang perbualan ianya ada kaitan dengan mendengar dan mencari persamaan antara diri anda dengan teman berbual. Teman berbual mungkin saja orang yang kita kenali atau tidak, teman sekerja atau teman rapat. Hakikatnya kita adalah manusia yang mempunyai idea , pandangan dan pengalaman yang berbeza atau mungkin juga serupa.
Bagi mereka yang telah sedia peramah...itu bukan satu masalah bagi memulakan satu perbualan waima orang yang diajak berbual baru beberapa saat dikenali.

Sebenarnya...berbual bukan sekadar membuka mulut dan bercakap. Berbual pun ada seninya .....terutama sekali bila kita berbual tentang perbualan sosial. Ianya amat penting kerana kita harus tahu dan peka dengan situasi yang hadapi....formal atau tidak formal..Perbualan bisa saja menjadi bosan jika seseorang itu tidak berminat untuk berbual jika topik perbualan tiada kaitan dengan diri mereka. Tapi itu semua boleh diatasi jika kita relax , menghargai dan mendengar dengan penuh minat.


Apa-apa pun berikut adalah beberapa pekara asas yang berkaitan dengan perbualan..

1. Mulakan dengan topik2 yang ringan agar semua orang boleh mengambil bahagian.

2. Elakkan diri daripada berbual mengenai topik2 yang boleh membangkitkan emosi mereka yang berada dalam perbualan tersebut.

3. Harus dingat bahawa tujuan berbual adalah bagi membolehkan setiap orang bermesra dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

4. Jangan cuba-cuba mengkritik orang lain dan memburuk-burukkan sesiapa sahaja hatta orang yang paling kita benci.

5. Jika seseorang berkata sesuatu yang kurang sopan , jangan hiraukan sebab kalau dilayan ia akan menjadi semakin buruk dan yang pasti perbualan berakhir dengan perbalahan.



Topik yang nak dibualkan....*sebagai contoh ye*

~ isu-isu semasa yang terhangat

~ buku , novel atau bahan bacaan yang sesuai.

~ hobi atau citi-cita

~ hiburan

~ pekerjaan

~ tentang diri sendiri

~ apa-apa aje la...


Bagaimana ingin mengakhiri perbualan.....

Bosan dengan perbualan?..Bagaimana nak mengakhirinya dengan cara terhormat? Aku ada beberapa tips. Kalau sesuai guna ye...kalau tidak ...guna kan cara sendiri...hehehehe

~ Katakan pada dia "Seronok berbual dengan awak...nanti kita berbual lagi yer"
~ minta diri hanya selepas anda habis bercakap. Anda tentu tidak mahu orang lain berfikir bahawa apa yang dicakapkan memyebabkan anda melarikan diri.
~ Elakkan berpindah ke tempat lain dengan tergesa-gesa kerana ini akan menunjukkan yang anda sememangnya mahu lari keluar.
~ Kalau tidak berjaya juga....guna alasan ingin ke bilik air!!!!


Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam memulakan perbualan...termasuk lah cara untuk mengakhirinya Apa yang tercatit disini sekadar panduan dari pengalaman dan pemerhatian. Terpulang pada kalian bagaimana untuk memulakan ,mengembangkan dan mengakhiri perbualan. Mungkin kalian ada cara yang lebih baik...jadi marilah kita berkongsi idea.

Apa-apa pun yang penting...berbual dengan cara berhemah...SELAMAT BERBUAL!!!!!!!


Wasalam.




Monday, April 10, 2006

Salah tafsir???


Assalamualaikum......


Minggu lepas aku mengalami satu tekanan yang aku rasa tak tertanggung....lalu aku berpaling pada teman-teman yang aku kira mampu membantu aku. Nyata ...di saat ini lah aku rasa aku lebih mengenali mereka kerana nasihat yang diberi serta kata-kata peransang yang terucap benar-benar menyentuh sekeping 'hati yang masih merah' ini. Aku seakan-akan buntu dan tidak bertemu dengan jalan keluar bagi menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Selalunya aku ada saja cara untuk menangani setiap permasalahan ku...tapi tidak untuk kali ini.

Mungkin masalah yang aku hadapi berpunca dari kesilapan aku sendiri. Namun bila aku kenang kembali...aku rasa mungkin tidak....tapi.... aku tetap menjadi punca pada permasalahan ini. Akhirnya aku meletakkan diri aku sebagai puncanya. Segala yang berlaku adalah kerana salah tafsir. Kalian juga pernah salah tafsir tentang seseorangkan?

Kenapa kita selalu melakukan kesilapan dalam mentafsir seseorang? Kita kata dia begini sedangkan dia begitu. Kita kata dia baik terhadap kita sedangkan dia ada niat yang tidak baik.
Betul....kita tidak dapat menduga apa yang tersirat di hati setiap insan. Itu yang selalu aku fikirkan....buat baik salah apatah lagi kalau buat jahat!!. ...berlembut salah ....berkasar pun salah.
Bila timbul masalah...baru kita akan kata..."Mengapa aku buat macam itu?"......"Kenapa aku layan dia baik-baik?"


Orang boleh salah tafsir tentang kita dari cara kita bercakap. Bila kita cakap lembut orang akan kata kita mengada-ngada. Bila kita cakap dalam nada yang agak kasar......orang akan terus kata perangai kita tidak baik. Bila kita lebih tertumpu pada seseorang....orang akan kata kita suka pada orang itu...dan yang paling menyakitkan hati...kita dikatakan jatuh cinta dengan orang tersebut. Orang bergurau....kita pun bergurau tapi masih ada batasan yang perlu kita patuhi selaras dengan status kita. Bila kita tak mampu untuk meneruskan gurauan..kita dikatakan tidak boleh di bawa bergurau.Serba salah kita dibuatnya!!!.


Anak-anak muridku juga sering salah tafsir tentang aku. Bila aku marah...mereka kata aku tidak suka dan sayang pada mereka. Lucu sungguh anak-anak murid ku ini. Terpaksa aku terangkan kepada mereka...bahawa sekiranya aku tidak suka dan sayang pada mereka .....aku tidak akan mempedulikan mereka. Aku marah mereka kerana sayang dan sudah tentu marahku juga bertempat. Aku mahu mereka menjadi pelajar yang cemerlang , gemilang dan terbilang.


Di sekolah...... aku mempunyai hubungan yang agak baik dengan pihak pentadbir. Aku telah terlebih dahulu dikenali oleh mereka sebelum aku berhijrah ke sekolah aku sekarang. Ini kerana aku sering di panggil kesekolah bagi memberi ceramah yang berkaitan dengan 'bidang' aku. Bila aku menjejakkan kaki ku di sekolah ini ...aku telah dikategorikan sebagai anak emas. Aku mampu mendapatkan apa saja yang aku mahu seperti mengajar di kelas yang aku pilih.....menyertai ko-kurikulum yang aku suka malah mendapatkan apa jua bahan bantuan mengajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pada hakikatnya aku sama seperti mereka....menerima apa saja yang ditetapkan oleh pihak pentadbir....kerana bagi aku mereka lebih arif tentang ini. Aku dikatakan telah menpengaruhi pihak pentadbir agar mengikut segala kata2ku.Apa lah dayaku....aku tetap menjadi mangsa salah tafsir dan akhirnya terukir satu pertuduhan yang tidak berasas.


Sebenarnya....kalau kita nak memperkatakan tentang salah tafsir ni....3 hari 3 malam pun tidak akan habis.Aku semakin lama semakin kebal ...telinga aku dah jadi tuli.....mata aku dah jadi buta...tapi rasa aku masih membara..hati aku masih tetap terasa. Aku harap...kenali hatibudi ku dulu...sebelum melemparkan tuduhan dan mentafsirkan aku mengikut pemerhatian mata kasar.


Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidurasul....esok 12 RabiulAwal. Jadikan Rasullulah s.a.w sebagai idola ....moga kita sama-sama mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Wasalam.

Friday, April 07, 2006

Kita dan solat....


Assalamualaikum........

Sesungguhnya hidup kita di bumi ini....Allah yang memberi. Namun kehidupan ini manusia yang menguruskannya. terpulang pada kita ..apa yang kita mahu. Adakah kita mahu bahagia hanya di dunia...atau hanya di akhirat...atau didunia dan akhirat?Kehidupan yang kita lalui didunia ini adalah merupakan jambatan menuju ke alam akhirat yang abadi. Segala kebahagiaan itu akan kita kecapi secara total jika kita mengamalkan solat lima waktu dan tepat pada waktunya.

Mengerjakan solat fardhu lima waktu adalah rukun islam yang ke 2. Nilai solat itu terlalu tinggi dan dapat dilihat dengan jelas apabila Rasulullah s.a.w menerima perintah dari Allah s.w.t semasa peristiwa Israk dam Mikraj. Pada mulanya ibadat solat ini adalah sebanyak 50 kali sehari...kemudian diturunkan ke hanya 5 kali sehari kerana Allah tahu bahawa umat Islam tidak akan mampu untuk melakukannya.

Makin ramai umat Islam yang terang-terang meninggalkan solat fardhu walaupun mreka sedar dan akur bahawa solat adalah ibadat yang wajib tanpa banyak pengecualiannya.

meninggalkan solat fardhu Subuh : golongan ini akan dicampakkan ke dalam api neraka jahanam oleh Allah s.w.t selama 60 puluh tahun.
meninggalkan solat fardhu zohor : dosa azabnya seperti membunuh 1000 orang Islam.
meninggalkan solat fardhu asar : dosa dan siksanya seperti orang meruntuhkan kaabah.
meninggalkan solat fardhu maghrib : jika lelaki :- dikira telah berzina dengan ibunya
jika perempuan :- dikira telah berzina dengan bapanya.
meninggalkan solat fardhu isyak : Allah berseru kepada orang itu ,"Hai orang yang meninggalkan solat isyak bahawa aku (Allah)tidak redha lagi kamu tinggal dibumiku, berteduh dibawah langitku, makan dan minum serta memakai akan nikmat dan rahmatku."
Sehubungan dengan itu.....marilah kita mengerjakan ibadah solat fardhu seafdal-afdalnya...tepat pada waktunya apabila telah masuk waktu bagi menghapuskan dosa-dosa kita. Marilah kita sama-sama renungkan catatan di bawah....jadikan panduan dan peringatan.
SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Enam jenis siksa di dunia.
1. Allah mengurangkan berkat umurnya.
2. Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia.
3. Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Tidak akan mempunyai tempat dalam Islam.
5. Amal kebajikan yan dilakukannya tidak mendapat pahala.
6. Allah tidak menerima doanya.
Tiga jenis siksa ketika menghadapi mati
1. orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan hina.
2. mati dalam keadaan yang lapar.
3. mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walau diberi minum dengan banyaknya.
Tiga jenis siksa waktu dalam kubur
1. Allah akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya.
2. Allah akan menggelapkan kuburnya.
3. Allah akan menyiksanya hingga hari kiamat
Semoga coretan hari ini memberi banyak pengajaran kepada kita..Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita...apa tah lagi pada hari Jumaat yang mulia ini..Moga Allah menerima ibadah solat kita. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kesilapan diri kita sendiri.
Wasalam


Wednesday, April 05, 2006

Petua oh petua!!


Assalamualaikum......


Aku sebenarnya suka memasak.....masak lauk-pauk....masak kuih-muih....masak air.....masak nasi....hehehe.Oleh sebab itu tiap-tiap bulan aku akan menghadkan sejumlah wang gaji untuk membeli majalah yang ada kaitan dengan masakan. Aku kurang minat dengan majalah yang berunsurkan hiburan atau dekorasi. Tapi kalau kawan aku beli....aku pinjam juga....baca juga.Bukan kedekut lar.....jimat tuh!!!!hahahahaha.


Memandangkan minat memasak aku yang terlampau ....maka aku kena tahu banyak cara atau petua untuk menangani masalah-masalah yang mungkin bangkit sewaktu aku memasak....*macam perkara berbangkit la pulak*. Aku memang kagum dengan orang-orang tua ni. Mereka ada 1001 petua yang betul-betul tepat untuk kita aplikasikan dalam kehidupan harian.
Jadi....pada hari ini....aku ingin berkongsi beberapa petua yang aku temui dalam majalah-majalah yang aku beli dan ku dengar dari beberapa orang-orang tua yang aku temui baru-baru ini.


Petua 1

Elakkan kelapa parut mudah basi.

Untuk memastikan kelapa parut tahan selama satu hinga dua hari...kukus kelapa parut tersebut selama 10 minit dan kemudian simpan dalam peti sejuk. InsyaAllah kelapa itu akan tahan lebih lama.


Petua 2

Suka tak makan jagung rebus? Untuk mendapatkan jagung rebus yang lembut....elakkan mencampur garam ke dalam air rebusan kerana garam akan menyebabkan jagung keras. Sapukan sedikit mentega dan taburkan sedikit lada sulah semasa hendak makan.


Petua 3

Mengelakan sakit perut kerana terlebih makan cili api.

Ada orang suka sangat makan sambal belacan yang mana salah satu bahan utamanya cili padi aka cili api . .*kalau buat sambal belacan cili padi*
Jangan buang semua tangkai cili api tersebut...tinggalkan sedikit yang masih bertangkai. Kemudian tumbuk cili api bersama-sama bahan yang lain seperti biasa.


Petua 4

Menyimpan gula melaka.

Selalunya gula melaka yang kita simpan lama akan mudah lembik dan berair. Untuk menjadikannya tahan lama dan keras, masukkan gula melaka ke dalam bekas yang berisi kepingan-kepingan biskut tawar. Gula melaka tersebut akan tahan lebih lama.


Cukup la 4 petua buat masa ini. InsyaAllah akan aku berikan petua-petua yang lain nanti. Kalau kalian ada petua-petua .. ...jangan segan...beritahu la yer!!!
Mungkin kalian dah tahu tentang petua yang aku berikan....tapi apa salahnya...kita saling ingat-mengingati. Cuba pratikkan.....kalau berjaya ....pun beritahu yer!!!



Wasalam

Monday, April 03, 2006

Ada yang tiada...satu kehadiran yg dinafikan


Assalamualaikum......

Aku terpanggil untuk memulakan coretan ini apabila aku teringat bait-bait lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta nyanyian bersama Mawi dan M.Nasir.Antara bait-baitnya:

Gerangan apa buat ku kemari...
Dalam temasya ku memencil diri...
Dari lah jauh asyik memandangnya...
Sekali pun...dia masih tak perasaan....

Lantaran itu aku mula menggerakkan jari-jemari ku......menari-nari di atas helaian putih bersih kertas. Aku coretkan sebuah rasa yang mahu aku luahkan. Akhirnya aku abadikannya di sini...


bila kita ada.....
ada yang rasa kita tiada......
bila kita tiada......
ada yang rasa kita ada...
tapi bila kita memang ada...
ada yang pura-pura kita tiada...
tiada tegur...tiada sapa...
lantas kita rasa macam kita tiada....
walhal ..kita terang-terang ada...
Tapi............
bila kita benar-benar tiada....
mereka tidak lagi dapat merasa....
samada kita ada....atau tiada...
kerana kita...........
telah benar-benar tiada.
Pelik benar rasanya manusia ini. Tapi kalau di fikir-fikirkan...apa pula yang nak di pelikkan...dah namanya manusia. ...banyak orang..banyak pula ragamnya.
Kehadiran seseorang dalam hidup adalah satu perkara lumrah. Hari-hari kita akan bertemu dengan orang yang pelbagai...dari segi fizikal...perwatakan dan sifat dalamannya. Kita terima kehadirannya. Kata-kata yang dituturkan bagai helaian sutera yang halus terlekat di badan. Senda-gurauan ....bagai madu pemanis bicara tika duka. Namun sejauh manakah kita mengiktiraf kehadirannya? Adakah mereka ini hanya sebagai teman diajak berbicara tika sunyi? Adilkah kita untuk menafikan kehadiran mereka?
Dalam hidup aku ...aku pernah melalui saat-saat ini. Kalian pun pernahkan? Rasa tersisih ...rasa terpinggir......rasa tidak diperlukan.....rasa bagai melukut di tepian gantang!!!! Berada di tengah-tengah satu kelompok manusia.....namun tiada yang memandang....tiada yang menoleh. Akhirnya kita membawa diri ........sambil menyapu malu yang melekat di pipi. Bila kita hampir pergi....baru ada yang menyapa...." Eh! baru sampai ke?"....atau..." La.....dah balik dah ke?"...sedangkan kita dah kenyang makan hati. Aku tidak pasti...apakah yang menjadi penghalang untuk kita menyapa orang di skeliling kita...baik teman sepejabat...jiran sebelah rumah mahu pun teman di alam maya. Adakah kerana darjat harta dan keturunan?...atau taraf pendidikan?.....atau posisi dalam pekerjaan?..Jangan begitu kawan!! Kita adalah sama di sisi Alllah jua...darah kita sama merahnya. Dunia ibarat roda....berputar atas paksinya...begitu juga perjalanan kehidupan kita.
Apa-apa pun ..aku telah mengajar hati aku...agar sabar menghadapi kerenah manusia yang sebegini. Aku mengingatkan diri ku agar jangan menjadi sebegitu. Terkadang aku memaki diri aku sendiri kerana gagal mempertahankan kesabaran yang aku pupuk dan semai. Aku derhaka pada janji...aku belot pada diri. Apalah dayaku!....aku jua seorang insan biasa. Aku terus berdoa agar Allah memastikan aku sentiasa menghargai apa yang aku miliki terutama sekali teman -teman yang membahagiakan. Yang pasti..kehadiran kalian tidak pernah dan tidak sekali-kali akan aku nafikan....kerana kalian telah memenuhi ruang rasa ini.
Hargailah setiap 'dia' yang hadir... kerana bila 'dia' berpaling lalu pergi... membawa bersama rasa yang telah mati......kita pasti tidak akan temui 'dia' lagi di sini.
Wassalam.