bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, April 24, 2006

Ku imbas kembali....Part 1


Assalamualaikum...

Isnin kembali lagi...menjanjikan bahagia aku kira. Namun duka pasti mencelah....tanpa segan tanpa silu...bagi mewarnai kehidupan yang hanya sementara ini. Walaubagaimana pun...hidup harus diteruskan ....biar pelangi yang singgah hanya seketika cuma. Aku berharap mentarikan terus bersinar...walau hilang bila malam berkunjung.Aku jua berharap bulan kan terus berbicara ...walau tanpa suara...tanpa kata...kerana aku pasti mengerti.


Tatkala aku keseorangan diri kat rumah...terutama sekali bila abang pergi kerja...aku akan melihat kembali foto-foto lama yang aku simpan rapi di dalam album. Mataku terpaku pada foto-foto yang aku ambil semasa posting pertamaku. Bagaikan tayangan gambar .....yang penuh dengan flashback nya...ingatan dan kenangannya menerjah ke mindaku. aku ketawa seorang diri...dan tiba-tiba aku menangis...aku jadi terlalu rindu...pada saat itu kerana ketika itu aku belajar tentang hidup tanpa keluarga disisi. Aku sendirian di tempat orang walau aku masih dibumi Johor.


POSTING PERTAMA.......

Aku diarahkan mengajar di sebuah sekolah ...di sebuah tempat yang tidak pernah aku dengar namanya dan tidak pernah aku tahu keujudannya. Puas aku belek peta negeri Johor..tapi tidak aku temui kedudukan sebenar tempat itu. Pelik aku rasakan kerana di zaman serba canggih ini masih ada tempat sebegitu rupa. Demi anak bangsa ku turutkan jua..lagipun aku telah berjanji bahawa aku akan berkhidmat dimana sahaja aku diarahkan untuk berkhdimat. Saya yang menurut perintah....hehehehe.Ketika itu aku masih bujang dan merantau bukan menjadi satu masalah besar bagiku.

Bila tiba harinya aku diarahkan melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Mersing. Sekali lagi aku kehairanan kerana selalunya guru-guru baru diarah melaporkan diri ke respective school. Tanpa banyak bicara aku pun melaporkan diri. Tergamam aku bila aku diberitahu bahawa aku perlu mengajar di sekolah terdekat *sekitar bandar Mersing* buat sementara waktu kerana sekolah yang sepatutnya aku memulakan perkhidmatan belum dibuka secara rasmi dan masih menunggu kedatangan murid-murid. Perghhh!!!! sabar aje lah. Genap seminggu aku berlegar-legar di sekolah tumpang ..akhirnya aku *termasuk dua orang guru baru dari Endau* dibawa ke sekolah baru dengan menaiki kenderaan milik Felda. Semasa melalui jalan raya aku rasa seronok sangat walaupun jalannya bagai ular dipalu. Kemudian kenderaan di perlahankan dan membelok kekiri. MasyaAllah!!!!! nak pengsan rasanya...aku tidak pernah bermimpi untuk melalui jalan yang sebegini. Jalan Camel Trophy tuh!!!...terhuyung-hayang aku ...maklum lah jalan hutan. Perjalanan mengambil masa lebih dari setengah jam.

Sesampai aku di tanah Felda ini...aku di bawa ke rumah yang bakal aku duduki untuk beberapa tahun. terpegun aku bila melihat rumah aku. Sampai hati mereka ....kerana rumah tersebut masih belum sempurna......masih banyak potongan kayu dan paku-paku besar bersepah-sepah...dinding bilik pun tiada. Aku tewas....mengalir jua airmataku. Tika itu aku terus teringat emak dan abah...*aku kesana tanpa sesiapa*...dan aku terharu kerana kawan-kawanku yang lain ada keluarga bersama mereka.Aku sendirian....brutal tuh!!! Aku jejakkan jua kakiku di rumah baruku. Aku dan kawan-kawan membersihkannya....manakala lalang yang setinggi pak belang diri juga kami tebas mengunakan pisau.

Hari-hari yang aku lalui memang menyeronokkan. Macam-macam kerja 'dajal' yang aku lakukan. Kalau nak aku ceritakan...tak cukup 3 hari 3 malam. Namun kenangan yang sering hadir diingatanku ialah mengangkat air .....bertemankan cahaya pelita dan sunyi tanpa siaran televisyen. Bayangkan ...hari-hari angkat air kerana tiada bekalan air...Felda baru dibuka tuh!!!..Aku terpaksa menuruni bukit untuk fetch air kerana rumah ku di atas bukit. Kalau hari hujan...jalan yang aku turuni akan licin....maka selalu lah aku tergelincir...tuan masih di atas...baldi dah terjun dalam perigi. Aku akan menjerit pada kawan-kawan meminta mereka menyelamatkan baldiku...takut.lemas!!!! hak hak hak. Kalau aku tergelincir ...suara aku saja yang mereka dengar...kuat jeritan tuh!!! Sakit wohhhh!!!. Seronok tau mandi air perigi nih....sejuk dan segar...tapi bagi orang-orang bandar mungkin mereka tidak biasa. Aku sebenarnya pun tidak pernah mandi air perigi sehinggalah aku berada di dalam 'cerita' ini.

IDEA 'JAHAT' KU.....

Pernah ...seorang guru sementara datang untuk mengajar di sekolahku.....lalu dia diminta tinggal bersama-sama kami. Aku yang sememangnya agak 'nakal' telah menyatakan idea 'jahat'ku untuk mengenakan guru baru tersebut kepada kawan-kawanku yang lain. Mereka ketawa berdekah-dekah dan bersetuju dengan ideaku itu. Bila tiba harinya ....aku 'menceritakan' kepada guru tersebut tetang adat yang perlu diikuti jika dia ingin tinggal lama bersama kami....dan dia bersetuju. Tepat 12.00 tengahmalam...ketika itu bulan mengambang penuh....aku dan kawan-kawanku membawa dia ke perigi...agak jauh dari rumah kami....bersama-sama baldi yang di penuhi dengan 7 jenis bunga..*bunga-bunga tu dia lah yang kena cari* hahahahaha. Bila kami berada di di tepi perigi...kami meminta dia mengisi baldi tersebut dengan air hingga penuh. ..sambil itu kami menyanyi...."Wahai perigi...airnya biru...tempat bermain....hai bermain...pari dan mambang"...muahahahaha...lagu ikan kaloi tuh!!!! Aku kemudian mereka-reka cerita yang bukan-bukan tentang tempat tersebut. Lepas tu aku menyuruh dia menjirus kakinya dengan air bunga sambil membelakangkan kami manakala aku dah kawan-kawanku mula bergerak senyap-senyap meninggalkan dia sendirian di tepi perigi. Bila dia menyedari bahawa kami tiada di situ dia menangis terjerit-jerit sedangkan kami macam nak mati ketawa di dalam rumah. Esoknya ...dia demam!!!! Kesian aku tengokkan...akhirnya kami meminta maaf kepadanya. Itu kenangan semasa aku tinggal di rumah pertama.

TINGGAL DI RUMAH PEGAWAI....

Aku betul-betul penat bila diarahkan berpindah dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Maklum lah...rumah yang aku duduki adalah rumah peneroka. Bila ada peneroka baru nak masuk...aku dan kawan-kawan jadi mangsa...tak ada kerja lain...pindah...pindah dan pindah. Banyak kali juga lah aku berpindah...hinggalah pada satu hari aku sudah tak boleh nak sabar. Aku di arahkan berpindah dari rumah yang cukup dekat dengan sekolah iaitu rumah aku ketika itu. Sakitnya hati!!!Pihak Felda ingat kali ini aku akan turut juga kata mereka....maaf yer!!! Aku terus ke rumah Pengurus Felda....bersemuka dengannya. Aku beri kata dua pada beliau.....biarkan aku tinggal di rumah pegawai yang kosong atau aku akan berpindah keluar dari Felda dan menyewa rumah di pekan yang berdekatan. Untuk pengetahuan kalian...pekan terdekat adalah dalam 80km dari Felda tersebut. Pengurus Felda rujuk kes aku kepada Guru Besar ...tapi aku suka sangat bila Guru Besar aku menyarankan pengurus mengikut kata-kata ku kerana dia faham benar dengan perangai aku...bila aku kata...aku akan buat. Akhirnya ...aku dapat juga tinggal di rumah pegawai. Senang hati aku....rumahnya jauh lebih baik dari rumah peneroka....tapi keadaan tetap sama...air bukan di besi...lampu tekan tepi..tengah tetap tak menyala...* siang hari ler* hak hak hak.

Satu kelebihan tinggal di rumah pegawai ni ...lampu dan kipas akan berfungsi tepat pada pukul 6 petang. Yang jadi masalahnya...aku tidak ada televisyen....jadi malam-malam aku tetap berlalu begitu sahaja...memang selalunya aku tidur awal. Nak dijadikan cerita...ada seorang dari guru sekolah aku telah meminjamkan salah sebuah televisyennya kepada aku. Sayangnya rumah dia agak jauh dari rumahku...dan aku terpaksa mengambil televisyen itu sendiri sebab suaminya tiada di rumah ketika itu. Puas aku memikirkan cara untuk 'memindahkan' televisyen itu kerumah ku. Setelah berfikir...aku dan kawan-kawan yang lain telah membawa selimut masing-masing kerumah guru tersebut. Aku bentangkan selimut-selimut tersebut dan mengarahkan kawan-kawanku meletakkan televisyen tersebut ke atasnya....lalu kami 'bergotong-royong' mengangkat nya *sambil berjalan kaki*. Aku buat kerja tu pada waktu malam....jadi tak lah malu sangat...hahahaha. Bayangkan...kami berhenti banyak kali sebab televisyen tu berat juga! Dapatlah aku menonton rancangan yang aku minati...drama cina. Malam aku tidak lagi membosankan....tapi yang paling boring bila tiba-tiba bekalan elektik terputus *minyak abis la tu..sebab guna generator* .Aku sekali lagi akan jadi penyelamat keadaan....apa tidaknya...aku akan jerit ..."Kang Budin...karannya manaaaaaaaa??"hahahaha...tidak lama lepas tu pasti aku dapat menonton semula.

Alamak...panjangnya cerita kali ni....sebenarnya banyak yang nak aku kongsi dengan kalian.....nanti aku sambung lagi ek....tungguuuuuuuuu!!!

Wasalam.