bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, April 17, 2006

Sakit..sakitnyer!!


Assalamualaikum...

Hari Khamis yang lalu....aku betul-betul tak sangka aku akan kena balik sakit tu. Aku dah berhati-hati...cukup berhati-hati dalam memilih ubat yang sesuai dengan aku. Ubat-ubatan yang aku ambil selalunya diprescribekan oleh doktor keluarga ku....tapi pada hari Khamis itu lah aku betul-betul tidak dapat menahan kesakitan lalu aku mengambil ubat yang tidak sesuai untuk ku.Apalagi....bagaikan orang asing menakluk bumi...hahahaha...itu la rupaku!!!! habis hilang wajahku yang ayu....*maaf yer...terperasaan la pula*hehehehehe.


Mata ku mula membengkak....kelopak mata bagaikan digigit semut.......menyepetkan mataku yang sudah memang sedia sepet. Aku tidak mampu membuka mataku luas2 seperti selalu. Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Guru Besar ku dan memohon untuk ke klinik. Guru Besar ku bertanya siapakah yang menumbuk aku? Sakit betul hatiku masa itu.Sudah lah sakit kena perli pula!!! Sabar aje la hati.... Terpaksa lah aku menjelaskan kepada beliau bahawa aku salah makan ubat. Alahan ubat!!!..memang salah aku. Aku tahu bahawa aku memang tidak boleh mengambil sebarangan ubat...hatta panadol sekali pun...tapi nak buat macam mana...apa yang dapat aku katakan...Padan muka aku!!!! hak hak hak.


Sampai sahaja di klinik......aku terpaksa menunggu kedatangan doktor kerana beliau ada kes kecemasan. Hampir setengah jam aku menunggu....mata ku semakin membengkak. Rupa aku masa itu seperti orang asing yang sesat dibumi. Pesakit-pesakit lain memandang pada aku dengan pandangan yang kehairanan. Maka bertalu-talu pertanyaan yang diajukan padaku. Penat juga lah aku menjawab. Sesampainya doktor ...aku adalah pesakit pertama yang dipanggil. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik rawatan.....doktor pun terkejut . Aduh!!! aku betul-betul bengang. Sekali lagi aku menyabarkan hatiku. Aku menerima satu suntikan dan ubat-ubat yang lain. Selepas itu aku memandu pulang .....bayangkan aku memandu dengan mata yang bengkak. Mujur lah kilnik tu tidak jauh dari rumah ku. Sejurus aku sampai ke rumah....aku melelapkan mata buat seketika.....3 jam tuh!!! Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris peringkat Daerah Muar pun tidak dapat aku hadiri....nak buat macam mana...sudah tentu aku tidak mahu memalukan diriku dihadapan semua committee members termasuk guru besar-guru besar yang hadir.


Bila aku tersedar dari tidur..mataku masih lagi bengkak....malah aku rasa makin teruk. Aku makan ubat yang diberikan oleh doktor. Aku terus merehatkan mataku lagi. Aku ingin bengkak dimataku cepat surut. Aku bukan seorang yang penyabar bila ianya berkaitan dengan bab-bab sakit nih...kalau boleh aku nak cepat sembuh. Arwah emak aku selalu kata pada ku.*Al-Fatihah*...sakit kalau nak datang macam ribut..tapi kalau nak pergi macam semut!!!!
Betulkan??? Bila sakit tu nak datang...tak sempat nak elak....sedar-sedar kita dah sakit.


Alhamdulilah... bengkak mataku hampir surut juga akhirnya. Pada hari Jumaat ...aku tetap kesekolah...walau pun mata kiri ku masih belum hilang bengkak sepenuhnya. Guru-guru lain asyik memerhatikan aku....pelik agaknya. ...dan yang paling menguji kesabaran ku ...apabila mereka berpakat mentertawakan aku. Masa itu aku rasa macam nak belasah aje dia orang ni...hehehehe.


Apa-apa pun....setiap musibah yang menimpa diri kita ...jangan lah kita anggap ianya hanya sebagai balasan dari Allah semata-mata. Jangan buruk sangka dengan Allah. Kita harus muhasabah diri kita....tentang apa yang telah kita lakukan. Kadang-kadang kita tak rasa pun yang kita ada buat salah seperti menganiaya orang lain ...atau melukai hati orang tertentu. Jadi anggap saja ianya dugaan dari Allah....dan bagi menghapuskan dosa-dosa kecil kita yang telah kita lakukan dari dulu...kini dan dimasa yang akan datang...antara kita sedar atau pun tidak. Kita harus redha dan menerima sakit itu dengan kesabaran kerana sesungguhnya Allah sayangkan kita.




"Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal akan kita pada waktu susah".



Wasalam