bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, April 10, 2006

Salah tafsir???


Assalamualaikum......


Minggu lepas aku mengalami satu tekanan yang aku rasa tak tertanggung....lalu aku berpaling pada teman-teman yang aku kira mampu membantu aku. Nyata ...di saat ini lah aku rasa aku lebih mengenali mereka kerana nasihat yang diberi serta kata-kata peransang yang terucap benar-benar menyentuh sekeping 'hati yang masih merah' ini. Aku seakan-akan buntu dan tidak bertemu dengan jalan keluar bagi menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Selalunya aku ada saja cara untuk menangani setiap permasalahan ku...tapi tidak untuk kali ini.

Mungkin masalah yang aku hadapi berpunca dari kesilapan aku sendiri. Namun bila aku kenang kembali...aku rasa mungkin tidak....tapi.... aku tetap menjadi punca pada permasalahan ini. Akhirnya aku meletakkan diri aku sebagai puncanya. Segala yang berlaku adalah kerana salah tafsir. Kalian juga pernah salah tafsir tentang seseorangkan?

Kenapa kita selalu melakukan kesilapan dalam mentafsir seseorang? Kita kata dia begini sedangkan dia begitu. Kita kata dia baik terhadap kita sedangkan dia ada niat yang tidak baik.
Betul....kita tidak dapat menduga apa yang tersirat di hati setiap insan. Itu yang selalu aku fikirkan....buat baik salah apatah lagi kalau buat jahat!!. ...berlembut salah ....berkasar pun salah.
Bila timbul masalah...baru kita akan kata..."Mengapa aku buat macam itu?"......"Kenapa aku layan dia baik-baik?"


Orang boleh salah tafsir tentang kita dari cara kita bercakap. Bila kita cakap lembut orang akan kata kita mengada-ngada. Bila kita cakap dalam nada yang agak kasar......orang akan terus kata perangai kita tidak baik. Bila kita lebih tertumpu pada seseorang....orang akan kata kita suka pada orang itu...dan yang paling menyakitkan hati...kita dikatakan jatuh cinta dengan orang tersebut. Orang bergurau....kita pun bergurau tapi masih ada batasan yang perlu kita patuhi selaras dengan status kita. Bila kita tak mampu untuk meneruskan gurauan..kita dikatakan tidak boleh di bawa bergurau.Serba salah kita dibuatnya!!!.


Anak-anak muridku juga sering salah tafsir tentang aku. Bila aku marah...mereka kata aku tidak suka dan sayang pada mereka. Lucu sungguh anak-anak murid ku ini. Terpaksa aku terangkan kepada mereka...bahawa sekiranya aku tidak suka dan sayang pada mereka .....aku tidak akan mempedulikan mereka. Aku marah mereka kerana sayang dan sudah tentu marahku juga bertempat. Aku mahu mereka menjadi pelajar yang cemerlang , gemilang dan terbilang.


Di sekolah...... aku mempunyai hubungan yang agak baik dengan pihak pentadbir. Aku telah terlebih dahulu dikenali oleh mereka sebelum aku berhijrah ke sekolah aku sekarang. Ini kerana aku sering di panggil kesekolah bagi memberi ceramah yang berkaitan dengan 'bidang' aku. Bila aku menjejakkan kaki ku di sekolah ini ...aku telah dikategorikan sebagai anak emas. Aku mampu mendapatkan apa saja yang aku mahu seperti mengajar di kelas yang aku pilih.....menyertai ko-kurikulum yang aku suka malah mendapatkan apa jua bahan bantuan mengajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pada hakikatnya aku sama seperti mereka....menerima apa saja yang ditetapkan oleh pihak pentadbir....kerana bagi aku mereka lebih arif tentang ini. Aku dikatakan telah menpengaruhi pihak pentadbir agar mengikut segala kata2ku.Apa lah dayaku....aku tetap menjadi mangsa salah tafsir dan akhirnya terukir satu pertuduhan yang tidak berasas.


Sebenarnya....kalau kita nak memperkatakan tentang salah tafsir ni....3 hari 3 malam pun tidak akan habis.Aku semakin lama semakin kebal ...telinga aku dah jadi tuli.....mata aku dah jadi buta...tapi rasa aku masih membara..hati aku masih tetap terasa. Aku harap...kenali hatibudi ku dulu...sebelum melemparkan tuduhan dan mentafsirkan aku mengikut pemerhatian mata kasar.


Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidurasul....esok 12 RabiulAwal. Jadikan Rasullulah s.a.w sebagai idola ....moga kita sama-sama mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Wasalam.