bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Wednesday, April 12, 2006

Seni perbualan!!


Assalamualaikum....

Semalam semua orang bercuti sempena Maulidur Rasul...aku pun tidak terkecuali. Satu hari sahaja...tapi sekurang2nya dapat juga memberi aku ruang untuk menyiapkan kerja2 pembersihan rumah....hak hak hak. Dalam masa kesibukkan itu ...tiba2 aku teringat pada seseorang......kawan lama ler....Di mana dia sekarang?....Apakhabar agaknya dia?....Dah jumpa ke pengganti?...Bahagia ke dia?...dan paling penting...adakah dia masih seperti yang dulu???..pemalu......pendiam ya amat....ya ali!!!!!


Dulu....kalau nak ajak dia berbual...ianya merupakan perkara yang tersangatlah sukar. Puas aku bercakap...sampai lenguh mulut aku buka dan tutup....dari satu topik ke satu topik. Maklum la...aku nih terkadang terlalu peramah orangnya. Habis semua orang aku ajak berbual. Pernah dulu aku di marah hanya kerana aku di pelawa untuk dihantar pulang oleh seseorang yang baru aku kenali di satu majlis. Aku tahu dia berniat baik cuma aku juga harus menjaga adat yang aku pelihara dari kecil. Kesian dia.....bila aku terpaksa menolak tawarannya.


Berbalik kepada kisah teman aku ini....aku pernah bertanya kepadanya..."Mengapa susah sangat nak berbual dengan orang lain?".......Mengapa tidak membalas sapaan dia tu?"....dan dia hanya berkata..."Tak tahu nak kata apa."......MasyaAllah!!!!....aku tidak tahu bagaimana nak menolong dia. Puas aku memikirkan cara terbaik bagaimana untuk memulakan satu perbualan agar aku dapat membantu teman ku ini. Aku tanya beberapa orang yang aku kenali..yang cukup 'terkenal' dalam bidang ini....hahahaha...bidang berbual!!!


Bagi memulakan sebarang perbualan ianya ada kaitan dengan mendengar dan mencari persamaan antara diri anda dengan teman berbual. Teman berbual mungkin saja orang yang kita kenali atau tidak, teman sekerja atau teman rapat. Hakikatnya kita adalah manusia yang mempunyai idea , pandangan dan pengalaman yang berbeza atau mungkin juga serupa.
Bagi mereka yang telah sedia peramah...itu bukan satu masalah bagi memulakan satu perbualan waima orang yang diajak berbual baru beberapa saat dikenali.

Sebenarnya...berbual bukan sekadar membuka mulut dan bercakap. Berbual pun ada seninya .....terutama sekali bila kita berbual tentang perbualan sosial. Ianya amat penting kerana kita harus tahu dan peka dengan situasi yang hadapi....formal atau tidak formal..Perbualan bisa saja menjadi bosan jika seseorang itu tidak berminat untuk berbual jika topik perbualan tiada kaitan dengan diri mereka. Tapi itu semua boleh diatasi jika kita relax , menghargai dan mendengar dengan penuh minat.


Apa-apa pun berikut adalah beberapa pekara asas yang berkaitan dengan perbualan..

1. Mulakan dengan topik2 yang ringan agar semua orang boleh mengambil bahagian.

2. Elakkan diri daripada berbual mengenai topik2 yang boleh membangkitkan emosi mereka yang berada dalam perbualan tersebut.

3. Harus dingat bahawa tujuan berbual adalah bagi membolehkan setiap orang bermesra dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

4. Jangan cuba-cuba mengkritik orang lain dan memburuk-burukkan sesiapa sahaja hatta orang yang paling kita benci.

5. Jika seseorang berkata sesuatu yang kurang sopan , jangan hiraukan sebab kalau dilayan ia akan menjadi semakin buruk dan yang pasti perbualan berakhir dengan perbalahan.



Topik yang nak dibualkan....*sebagai contoh ye*

~ isu-isu semasa yang terhangat

~ buku , novel atau bahan bacaan yang sesuai.

~ hobi atau citi-cita

~ hiburan

~ pekerjaan

~ tentang diri sendiri

~ apa-apa aje la...


Bagaimana ingin mengakhiri perbualan.....

Bosan dengan perbualan?..Bagaimana nak mengakhirinya dengan cara terhormat? Aku ada beberapa tips. Kalau sesuai guna ye...kalau tidak ...guna kan cara sendiri...hehehehe

~ Katakan pada dia "Seronok berbual dengan awak...nanti kita berbual lagi yer"
~ minta diri hanya selepas anda habis bercakap. Anda tentu tidak mahu orang lain berfikir bahawa apa yang dicakapkan memyebabkan anda melarikan diri.
~ Elakkan berpindah ke tempat lain dengan tergesa-gesa kerana ini akan menunjukkan yang anda sememangnya mahu lari keluar.
~ Kalau tidak berjaya juga....guna alasan ingin ke bilik air!!!!


Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam memulakan perbualan...termasuk lah cara untuk mengakhirinya Apa yang tercatit disini sekadar panduan dari pengalaman dan pemerhatian. Terpulang pada kalian bagaimana untuk memulakan ,mengembangkan dan mengakhiri perbualan. Mungkin kalian ada cara yang lebih baik...jadi marilah kita berkongsi idea.

Apa-apa pun yang penting...berbual dengan cara berhemah...SELAMAT BERBUAL!!!!!!!


Wasalam.