bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Thursday, January 08, 2009

menyambil la plak...tunang n CCM (2)

Assalamualaikum..

bz bebeno!!!..minggu depan okay la kot.


aku nak sambung citer pasal CCM aku ari tu. Kali nie tumpuan adalah terhadap majlis pertunangan anak sedara aku.


27 December 2008.

Malam pertama aku turu kat Penang..*bukan mlm pertama yang tu taw!!*..aku tak lena turu langsung. Badan aku sakit2..kaki aku cam nak krem jek. AM baik punya turu...aku lak jadi cam patung..turu sambil duduk...hiks. Esoknya selepas solat subuh..aku turu balik arr. Lagipun majlis lepas zohor.


Pagi tu AM ngan abg Hamid g kedai mamak semalam...*tu jek kedai makan halal yang paling dekat*. Dorang beli nasi lemak n roti canai. Air pun siap bungkus. Kami bedal kat bilik jek. Aku tak koser nak g kedai mamak n bekpes kat sana. Then we had a meeting..final touch le kirenya..hiks. kami berlonggok kat bilik Kak kamal. Hantaran suma kat bilik Fahmi. Kami turu hampir kul 1 am sebab menyiapkan hantaran2 tu. Tugas aku melilitkan reben kat bakul2 hantaran dan memberi idea jek. Selebih2nya kak Uteh yang wat.

serba maroon ..

Ada beberapa barang hantaran nie yang menarik hati aku. Ahkak suker tau!!


bahulu ikan..ade mak ikan, ayah ikan dan anak2 ikan..


simple..tapi cantik


cupcakes...manis banget.


*Hantaran kat atas tu adalah dari pihak lelaki*


Bila semua dah bersiap..maka kami meneruskan perjalanan ke Dewan Sri Pinang. Majlis pertunangan diadakan di situ dan tidak dijalankan di rumah pihak pompuan kerana masalah teknikal..bulih?..hiks

Sebelum bergerak tu kami bergambo dulu..kenangan tu beb!!. Aku memang suker bab2 bergambo nie.


ngan fahmi..


Sampai jek kat Dewan Sri Pinang..rombongan kami bergerak masuk ke dalam dewan. Masing2 menatang hantaran dengan penuh cermat..jatuh kalu..aduyaiii!!..hehehe


family Hj. Omar..*anak2, menantu2, cucu2 dan cicit*


Masuk jek dewan..kami letakkan hantaran kat atas meja. Aku konpius la..maklumla..besenya majlis kat rumah duk atas lantai. Sebelum majlis dijalankan ..kami dijemput makan. Yehaa..makan lagik!!.


amboi bu..tak benti ek?..hiks


Selepas makan majlis dijalankan. The dicussion was very short and sassy. Both side agreed with the terms n condition..kehkehkeh..upacara menyarung cincin pun dijalankan. Amek ko..akak aku nie*yg bakal terima menantu* melatah orang nya..sian bakal menantu..makan gula pasir dua tiga kali.




Selesai majlis maka kami pun bergerak pulang. Tapi sebelum tu sempat lak singgah kat Pasar Chowrasta...beli jeruk. Malamnya kami pergi ke rumah tunang fahmi dan had our dinner kat padang kota *kot*..makan pasembor..sotong n kangkung serta roti cicah sup..sedap!!.




*Hantaran dari pihak pompuan..banyak sungguh n most of it adalah makanan...*















19 dulang..perghhh!!


cincin risik dan tunang..


congrats to both of u..Fahmi n Naz..




Esoknya..barulah kami berangkat ke lebih utara..

Wassalam