Assalamualaikum...
2nd day of 2009..aku dah start nak bz semula. Tadi aku g sekolah....uruskan hal2 untuk taklimat displin. Esok orientation day for the Yr 1 students. Camne la ek perangai anak2 kecil nie...nervous aku.
Masa New Year eve ...aku kat rumah jek. AM keje. Dia balik lewat...kul 1 pagi gitew. Nak wat camner...kat hotel ade program dan dia kena bertugas bagi memastikan anak2 buah dia melakukan keje dengan baik. Suzi sms aku..*Kak..I kat Banda Hilir nie...tak kan malam2 tahun baru dok kat umah jek?*. Sabo jek la. Dok kat rumah pun orait gak. Tak perlu la aku berasak2 dalam crowded tu....mau migrain dibuatnya.
Esoknya AM kata kat aku dia nak masuk opis lewat. Dia sambung turu. Aku plak siapkan bekpes. Dalam pukul 8.30 a.m..selepas bekpes AM kata dia tak larat nak ke opis..so dia nak cuti.
*Cuti Am nie tak menentu...off day dia ari Rabu. PH pun kdg2 dia keje... tapi leh ganti ler*
Kami berbincang mana nak pergi. Then we decided to visit my brother kat Seremban. Kul 10am kami bergerak. Lepas zohor kami bergerak pulang. AM ajak singgah kat Air Panas Gadek. Perghhh...panas airnya. Aku cuma rendam kaki paras lutut jek. Next time maybe aku nak rendam the whole body. Tapikan memang best la...lepas berendam tu kan..badan rasa ringan. Berpeluh-peluh...cam sauna la plak..hehehe.
Itu apa yang berlaku di awal 2009. 2008 yang aku tinggalkan mencatit pelbagai peristiwa dalam hidup. Suka duka adalah permainan yang menjadikan hidup semakin menarik. Bermula dari bertapak disekolah baru..dengan seribu satu macam permasalahan dan pengalaman...hingga akhirnya..anak sedara yang aku pernah *jaga* semasa kecilnya..kini telah dewasa dan telah menjadi tunangan orang.
26 December 2008..
Aku bangun pukul 5.30am. Siap solat ..then berkemas. Aku dan AM bergerak balik ke Muo sebab nak ambil akak aku . Kami akan ke KL dulu. Sampai di Cheras..Kak Kamal dah menanti..dan kami teruskan perjalanan menuju ke Ipoh. Kak Uteh dah tunggu kami di Plaza tol.
Actually kami nie adalah rombongan meminang dan bertunang..hiks. Nak perginya...nunnnnn...sampai ke Penang. 4 buah kereta...bergerak menyusuri jalanraya ..konvoi ler katakan. Aku suke tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Kadang2 terlelap gak.
cantik ler bukit nie..
AM aku tengok steady jek. Sepanjang perjalanan tu aku jaga ler makan minumnya. Kejap2 hulur makanan..kejap2 hulur air...hehehe. Kami singgah kat Ipoh sebab adik angkat Kak Kamal dah tunggu. Best wooo...makan free!!! Kami memang tengah lapo...of coz ler kami makan semakan-makannya.
jemput makan...
amboi uteh...khusyuk nampak!..hiks
aku n AM punyer lunch..alhamdulilah.
Sesudah makan..kami pun bergerak menuju ke utara. Part paling aku suker...lalu bawah terowong.
telinga cam pekak lalu kat area nie..kawasan tinggi ler.
Kami sampai kat Penang dah petang gak la. Aku tak tahu la...nape tetibe aku rasa pening plak. Bermula dari nak melalui jambatan..jem giler. Aku tak brape nak suker suasana cam nie..cepat lemas dan rimas. Mujur kete ade aircond...kalu tak..my blood go upstairs u know...hiks
start jem.
jem lagiiiiiii...
Sebenonya kan..bukan la pasal terlalu banyak kenderaan..*tp mmg banyak*..roper2nya..jambatan sedang dibaikpulih.
sabitla jem noo...
Aku sempat snap satu gambo dari atas jambatan..cantik sangat...aku suker.
cool...
Sesampai diseberang...kami singgah kat Caltex sebab tunggu kakak aku yang dari Kelantan sampai. Then kami teruskan perjalanan ke rumah penginapan. Majlis pertunangan bermula esok selepas zohor. Malam tu kami makan di gerai mamak yang dekat dengan rumah penginapan tu setelah berpusing2 mencari kedai makan melayu..tapi tak jumpe...hehehe. Bile kami sesat jek mesti abang ipar aku kata..."Aku menuntut jalan kat Penang nie sampai jalan nie jek.." kehkehkeh. Apa nak kata..tawaf jek la keje kami..hehehe.
Wassalam.
<< Home