bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Thursday, January 29, 2009

Assalamualaikum..


sepanjang cuti raya cine nie...aku tak kemana2. AM keje...sampaikan off day dia pun dia keje. So rutin harian aku sama jek la. Bangun pagi..lepas solat wat bekpes. AM siapkan diri...bekpes pastu pergi keje.


Nak kata boring...boring gak la. Nak kata tak...aku okey jek setakat nie. Aku boleh layan apa jua situasi. Paling-paling pun ..aku layan turu jek. *mana ler tak mengembang*. Lepas AM pergi keje...aku buat la apa jua aktiviti yg aku rasa nak buat. Sejak ade beskal tak bergerak..aku kayuh jap..agak2 berpeluh..aku stop. Penat beb!!.


Actually aku tak dak idea pe aku nak citerkan dalam n3 aku kali nie...*ehhh..ade..tapi cam tak sesuai*. Aku pepagi lagi dah singgah umah kengkawan. Kadang2 aku tinggalkan jejak..kadang2 tak. Seronok bace citer kengkawan...luahan rasa dorang..kisah hari2 yang dorang lalui...kisah semasa dunia...macam2 ada. Aku mengenali dorang nie pun melalui citer penulisan dorang. Aku bukan lagi anak2 yang sukar untuk mengerti apa yang tersirat di setiap baris kata2. Ada kisah mereka yang meningatkan aku pada silam ku. Aku harap kisah tu tak berulang lagi...serik!!


Aku tabik arr kat kengkawan aku. Dorang rajin sungguh menghapdatekan umah dorang tau. Ada tu..tiap2 hari ..ade jek citernya. Ada jugak yang selang sehari...or at least twice a week. Ada tu jarang menghapdate..TAPI... sekali hapdate sampai 4 ke 5 entry....amek ko!!!..hiks. Aku rasa la kan ...kekangan masa menjadikan mereka sebegitu rupe. AKU??!!... cam nie ler. Seminggu sekali...oraitla kan?. Tak pernah terlintas di minda aku..belum lagi tercetus idea untuk stop. Aku akan menulis kalau aku rasa nak menulis. Aku nak simpan blog nie..untuk tatapan anak cucu aku. Bila Ashraf..Aishah dan cucu2 yang lain..*insyaallah akan ade penambahan*besar..dan aku masih bernyawa..akan aku tunjukkkan pada mereka teratak buruk nenek dorang nie...insyaAllah.

Wasalam