menyambil la plak...tunang n CCM (last la..)
makan tak hengat tau dorang nie..
dah nampak dah signboard jetty...yesss!!
Dah lama tul aku tak naik ferry..tu yang terxcited tu..hiks. Semasa ferry bergerak..kami pun mule la posing...macam2 ada...kehkehkeh.
berangan le tu..
lagi kuat berangan...hahaha
sama2 kuat berangan...hahahaha
Pas turun dari ferry..kami terus menuju ke Kuala Nerang..*kot*. ..umah bapa mertua anak sedara aku. Sepanjang perjalan ujan renyai2 jek. Kami singgah sekejap kat umah tu..pastu bergerak ke rumah sanak sedara dia yang lain. kami singgah kejap2 jek sebab lepas nie kami nak ke Padang Besar. Dalam perjalanan ke Padang Besar...kami ke Bukit Kayu Hitam kejap. Aku memang tak pernah ke sana...cuma dengar khabar dari mulut ke mulut.
alahhhhhhhh...nie yg malas nie..
Aku tak sangka yang kami kena melalui benda alah nie. Cam nak masuk S'pore la plak. Masa tu dah agak petang...dan nampak gayanya niat untuk bershopping kat Padang Besar kena ler di tangguhkan hingga esok. Aku layan gak la masuk ke kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam nie. Aku rasakan...ini ler kali pertama dan ini juga ler kali terakhir aku datang ke sini. Ingatkan murah..serupe jek... malah ade yang lebih mahal.
Dah lewat petang kami bertolak ke Padang Besar. Angah dah settlekan hal tempat penginapan. Esok paginya kami kuar awal ...bekpes dan terus ke tempat membeli belah. Kat sana kan aku tak dan nak amek gambo. Pening aku...mata aku tak leh nak dok diam. Jap pandang sana..jap pandang sini. AM pun pening tengok perangai aku...hahaha. Aku tak ler over shopping. Aku beli apa yang aku rasa aku berkenan jek. Aku beli brooch..gelang kristal..baju..suar..dan yang paling best..AM belikan aku teddy bear warna putih.
murah sungguh brooches nie..
teddy bear..comelkan?
Kami bershopping tak lama..3 jam gitew. Aku memang tak pueh ati. Tapi nak wat camner...kena gaks balik sebab aku nak balik ke Muo..anto akak aku. Aku ingatkan nak ponteng mesyuarat esoknya tapi disebabkan akak aku tu keje..kena balik ler. Sian AM..penat dia tau. Aku nak memandu dia tak beri sebab aku kureng sikit kalu memandu waktu malam..maklum ler akukan specky..hiks
Dalam perjalanan pulang kami singgah jap kat Alor Star...singgah umah Mak Bee..beli kuah rojak yang pemes tu. Then kami singgah Pekan Rabu. Dah settle sumanya...kami terus balik. Aku singgah umah Uteh dalam kul 10 lebih dan kemudian terus ke Muo. Kul 12 .45 baru kami sampai. Kami turu kat rumah Muo dan esoknya kami balik ke Melaka. Aku bermesyuarat dalam keadaan yang paling monyok giler...ngantuk beb!!!.
Apa pun yang pasti..insyaallah..aku akan ke sana lagi. Aku memang tak pueh ati!!..hahahaha
Wassalam..
<< Home