bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Saturday, March 25, 2006

Aku dan Cabaran.


Assalamualaikum


Pernah tak kalian dicabar? Tak kisahlah apa bentuk cabaran pun....pernah ke tidak?? Aku selalu dicabar.Kadang-kadang rasa malas nak layan cabaran demi cabaran yang datang.Masalahnya sekarang...aku pantang dicabar.Aku akan menyahut cabaran tersebut walau pun aku tahu aku tak mampu melakukannya.Konon-konon nak jaga reputasi la tuh!!!Hak hak hak..
.
Sebenarnya..aku cukup takut dengan anak ayam. Entah kenapa...aku sendiri tak ada jawapannya.Tak tercapai dek akalku!!!! Semasa aku masih di bangku sekolah rendah...abah aku telah telah mencabar aku.Dia cabar...kalau aku berani pegang anak ayam...maka hadiahnya adalah sebuah basikal. Perghhh!!!...masa itu aku rasa betul-betul tercabar.Aku memang nak sangat hadiah tu. Lantas..aku menyahut cabarannya. Bila abah aku hulurkan anak ayam tersebut ...sambil memejamkan mata aku memegang anak ayam itu. Tanpa aku sedari...aku telah mengenggam dan bukan memegang anak ayam itu.Malang sungguh nasib si anak ayam .....akhirnya ia mati di genggamanku....lalu aku menjadi pembunuh tanpa niat...huhuhuhu..
Sungguh trajis!! Semenjak itu ...abah aku tidak lagi menyuruh aku memegang anak ayam. Namun...... dia tetap menghadiahkan aku sebuah basikal. Terima kasih abah!!.
Bila usia aku meningkat..banyak lagi cabaran terpaksa aku sahut lantaran egoku..pantang di cabar. Ini mengingatkan aku pada cabaran yang sungguh mengelikan hati...memang mengusik jiwaku. Pabila saja aku teringat...aku akan tertawa sendiri.
Posting pertama aku selepas tamat pengajian di MPSI....adalah di sebuah felda. Oppss...bukan Felda Taib Andak yer!. Anak-anak muridku ramai yang menunggang motorsikal kesekolah...sedangkan aku hanya berjalan kaki. Nak dijadikan cerita....suatu hari salah seorang dari anak muridku mempelawa aku menunggang motorsikalnya. Dia kata dia kasihan padaku kerana balik dari sekolah dalam cuasa yang panas.,,,menapak pulak tu!!. Sabar ajelah hati!!! Masalahnya aku tidak tahu menunggang motorsikal pun....huhuhuhu...Tapi macam biasa ......aku akan terima cabaran tu.Aku menjadi penunggang motorsikal dan anak muridku menjadi pembonceng.Tentu kalian boleh bayangkan ..aku...motorsikal dan parit. Anak muridku terjerit-jerit di belakang dan tentu dia menyesal kerana mempelawa aku menunggang motorsikalnya. Dalam keadaan yang tidak tentu arah.. akhirnya aku berjaya sampai ke rumahku tanpa satu luka pun di badan....Yehaaaa!!!aku berjaya...dan anak muridku menarik nafas lega .
Terbinanya blog bicarasepiku ini juga adalah kerana ..aku menyahut cabaran dari seseorang.Apa-apa pun..blog ni masih dalam pembikinan...masih banyak yang perlu diperbaiki.Bila sahaja aku memulakannya maka aku akan pastikan ia berkembang dengan sempurna.Aku akan mengakhirinya pabila sampai waktu........aku terpaksa berpisah dengannya.
Sebenarnya...cabaran-cabaran ini banyak membantu aku menjadi seorang insan yang tabah dan redha dalam meneruskan hidup. Aku anggap apa saja dugaan yang dikurniakan kepada aku adalah sebagai satu cabaran. Semoga aku dan kalian akan menjadi insan yang kental pada cabaran dan redha pada dugaan.
Wassalam.