bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, March 27, 2006

Beban tak tertanggung.....

Assalamualaikum


Hari ini Isnin ...27 March 2006...bererti bermulanya minggu baru..dalam buku kehidupan kita.Minggu lepas kita tinggalkan ....dengan seribu kenangan pahit dan manis. Bagaimanakah bentuk kehidupan kita buat minggu ini? Apakah kita telah bersedia dari segi fizikal dan mental..untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan? Apa2 pun ...hidup perlu diteruskan walau dihadapan ada duri yang menanti...ada onak yang menunggu.Kalau tidak boleh menyelesaikan masalah...layan aje la....hahahaha!!!


Masalah???..Semua orang ada masalah. Ada masalah yang datang dari orang lain .... ada masalah yang memang kita cari...ada masalah muncul entah dari celah mana. Tanpa kita sedari kita telah berada di dalam masalah. Apa-apa pun.....jangan panik!!!


Masalah dalam hubungan..tidak kira antara suami isteri...adik beradik...saudara-mara....sepasang kekasih...teman sekerja...dan yang sewaktu dengannya...adalah lumrah. Ia menjadi warna yang menyerikan kehidupan..bergantung pada presepsi kita.kalau kita rasa masalah itu berwarna hitam..maka hitamlah dia...lalu ia akan menjadi seperti beban yang tidak tertanggung.Kalau kita anggap masalah itu bagaikan warna pelangi..maka kita akan tenang menghadapinya dan seronok untuk menyelesaikannya.


Setiap masalah ada jalan keluarnya.Apa yang penting....cara kita menguasai masalah dan mengarahkannya keluar mengikut jalan yang kita mahu. Apabila kita menyelesaikan masalah kita harus menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah ....bukan mengikut nafsu yang sememangnya bermaharajalela di hati kita.


Sebenarnya aku juga tidak lepas dari masalah. Baru-baru ini masalah yang timbul benar-benar mencabar kesabaran ku yang selama ini aku pertahankan. Masalah ini timbul bukan dari diri aku...tapi dari orang lain. Sesedap rasa dia cuba menjatuhkan maruah aku ....mungkin dia akan puas bila berjaya menjatuhkan aku di mata pihak pentadbiran. Masalah ini menyebabkan aku malu pada mereka yang berada di kelilingku.Mujur mereka lebih memahami aku dari si pereka masalah.Ada di antara teman-teman menyarankan aku mengambil tindakan yang drastik bagi memulihkan keadaan.Bagi aku ..kalau aku melakukan perkara yang sama ...bermakna aku juga tidak baik ..sama seperti dia. Jadi ...jalan terbaik yang aku lakukan hanya lah membiarkan saja nyamuk terus menari-nari di telinga.Namun aku mengadap juga pihak pentadbiran bagi membersihkan namaku..tanpa merosakkan nama dia. Aku tidak mahu mengaibkan orang lain ...kerana aku takut Allah akan membuka aibku kelak.Nauzubilah!!!! Alhamdulilah....segalanya telah pulih dan aku rasa aku telah menyelesaikan masalah ini bagai menarik rambut dalam tepung...rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakkan.


Lantaran itu...apa jua tindakan yang kita ambil bagi menyelesaikan masalah haruslah berlandaskan fikiran.....bukan rasa yang membawa binasa dan hati yang membawa ......mati!!!
Sentiasa berdoa pada Allah agar dilorongkan hati-hati kita untuk melakukan kebaikan didunia ..moga-moga kita mendapat balasan yang baik diakhirat.


Jangan lari dari masalah....yang sebaik-baiknya.....berhadapan dan bersemuka dengannya. Huraikan apa yang tersirat dan leraikan apa yang tersimpul.


Wasalam.