bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Friday, March 24, 2006

Hati yang sakit..

Assalamualaikum....


Hari ini hari Jumaat.....penghulu segala hari...jadi ...hari ini ingin aku coretkan tentang sesuatu yang sesuai untuk hari ini.

Ada di antara kita yang baru menikmati hidup di dunia ini....ada yang dah lama...macam aku la tu...hahahaha..Tentu kita pernah tertanya-tanya apa yang kita cari dalam hidup...kadang-kadang kita lupa tetang alam yang lagi satu...alam yang kekal abadi.Sibuk dengan urusan dunia...hingga lupa urusan akhirat.

Allah ujudkan syurga dan neraka.Syurga untuk yang 'baik' dan neraka untuk yang'jahat'.
Bila di tanya...nak masuk syurga ke nak masuk neraka?Berebut-rebut jawab...nak masuk syurga!!!!.Tapi persoalannya...cukupkah bekalan kita? Layakkah kita?


Asas kepada membuat kebaikan adalah hati.Bila bersih hati ...maka akan terhasillah nilai murni.
Kalau penyakit hati dah bertaktha....rosak segala pancaindera.Bila dia mula bertapak....yang baik-baik semuanya dah tak nampak.Islam menitikberatkan hubungan sesama manusia.Ini boleh kita lihat dengan jelas dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menyeru manusia agar berlaku sopan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.Malah kita dilarang mencaci, menghina serta menyakiti sesama kita. Ini bertujuan unuk menjaga kesejahteraan hidup umat manusia seluruhnya.


Bila sebut pasal penyakit hati...teringat aku pada satu kejadian yang berlaku baru-baru ini.Cukup memalukan....cukup mengaibkan.Hanya kerana iri hati......si sini tak bertegur dengan si sinun...hanya kerana si sinun di pilih sebagai guru cemerlang..Pening kepala aku memikirkan..Si sini mengadu begini...si sinun mengadu begitu.Aku yang di tengah-tengah cuba menyelesaikan masalah. Tapi apa yang aku kesalkan...dua-dua tak makan nasihat...Aku benar-benar berharap mereka akan berbaik-baik semula sempena hari Jumaat yang mulia ini.


Aku berharap penyakit hati ini tidak menular ..dan berjangkit kepada kita semua. Yang penting..kita harus ingat bahawa setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing. Berdoalah semoga kita dimurahkan rezeki yang halal.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.
Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua..memelihara dan memberi kekuatan kepada kita untuk mengawal diri dari bencana penyakit ini....AMIN!!!!!


Wassalam.