bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Thursday, September 04, 2008

sakit...sama tarikh..tahun lain

Assalamualaikum..
Aku MC ari nie...semalam pun. Kaki aku sakit...tetibe jek. Siksa aku nak berjalan. Dah duduk payah nak bangun. Dah berdiri payah nak duduk. Sabar jek la...dugaan diawal Ramadhan. Peristiwa sakit nie mengingatkan aku pada peristiwa dua tahun yang lepas. Sakit gak masa tu...puasa hari yang ketiga gak.
Masa tu aku dalam perjalanan ke sebuah sekolah...menghadiri mesyuarat penyelarasan kali terakhir. Pagi lagi aku dah dapat petanda ade benda tak elok akan berlaku tapi aku buat tak kisah walau sebenarnya hati aku tertanya2. Aku start kereta...dan terus undurkan kereta aku sedangkan pintu pagar aku tak buka. Apa lagi...berdentumlah. Mujur tak laju masa mengundur tu..so kereta aku tak la brape teruk.
Aku teruskan perjalanan. Sampai kat satu selekoh..aku macam hilan tumpuan. Aku tanh mengantuk pun. Bila aku tersedar..kereta aku dah menghala ke parit di tepi jalan. Aku agak panik...terus tarik setereng kereta aku. Rasa macam tarik tak kuat...tapi kereta aku berpusing. Aku lepaskan setereng sebab aku tahu aku dah tak boleh nak buat apa2. Aku cuma mengucap jek la...hehehehe. Kereta aku terus masuk dalam parit..siap buat U turn lagik. Kereta aku agak parah..tapi aku..alhamdulilah...berkat bulan Ramadhan.
Hari nie...aku sakit lagi. Semalam aku dah terasa sakitnya. Abang bawa aku ke klinik. *Aku berjalan macam si Tempang dari Gua Musang lak...hiks.* Kena injek la...pe lagi. Balik dari klinik..aku rasa makin lorat sakit aku tu. Aku asyik baring jek...menyenget la...nak diurut sakit giler. Abang tak beri aku memasak...tapi aku gagahkan diri. Aku masak simple jek semalam.
Aku harap...sakit aku akan berkurangan hari nie. Aku kena ke sekolah esok. Banyak keje aku yang tertangguh.
Aku rasa belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua yang mengenali diri aku nie...secara realiti atau maya. Semoga..puasa kita kali nie mendapat keberkatan dariNYA..amin!!
Wassalam