Operasi memetik duku...
Assalamualaikum..
Dah sembilan hari kita berpuasa ...setakat nie masih bertahan. Tahun nie aku tak rasa letih sgt...walaupun cuaca kat Melaka nie tak menentu. Kalau panas...mak aiii!!..tapikan tetibe jek hujan. Aku bersyukur sebab aku dapat bertahan dalam cuaca sebegini. Maklumlah..aku nie ada asthma. Aku tak tahan kalau cuaca terlalu panas...leh kena attack tuh.
Minggu lepas..puasa hari ke 3 ..kan aku sakit. Puas aku makan ubat...tapi tak gak baik2. Akhirnya doktor telah mengalirkan arus elektrik ke tempat yang sakit....*cam orang wat ecg tuuuu...* Alhamdulilah..esoknya dah kurang sakitnya. Tak pernah aku kena sakit cam nie...sampai 3 hari aku mc. Hari nie aku dah pulih sepenuhnya.
Hari Jumaat lepas..kakak aku balik kampung. Malamnya dia singgah dan bermalam di rumah di melaka. Esoknya aku dan abang ikut mereka balik ke Muo. Kami nak masuk kebun...nak petik duku. Sebelum nie kami petik rambutan...sekarang masa memetik duku la plak. Kami bertolak dalam pukul 10 lebih dan sampai dalam pukul 11 gitu. Kami terus saje ke kebun. Sampai saje kat sana hubby dan abang iparku memulakan operasi membersihkan semak2 di bawah pokok2 duku yang ada. Aku yang pada mulanya bercadang untuk duduk saje di dalam kereta turut sama dalam operasi nie...tak tahan la tgk buah2 duku tu!!..mujur puasa..kalau tak!!!..hehehehe.
Selepas operasi menebas dan mencantas selesai...kami membentang kanvas yang kami bawa di atas tanah. Kalau nak memetik buah duku kena la ikut beberapa syarat. Memetik buah duku pun ade pantang gak tau...hehehehe. Jangan memetik buah duku di waktu pagi..kerana buahnya akan pecah. Jadi kalau nak petik...kena lah tunggu tengahari sikit. Buahnya harus dipetik...dimasukkan kedalam bakul yang digantung dipokok bagi mengelakkan buah tersebut terhempas ke tanah yang mana akan menyebabkab buah duku cedera...hiks. Tapi kami dah tak kira...kami jolok jek buah2 tu dah biarkan buah2 tu jatuh atas kanvas. Kira oraitla jugak sebab buah2 tu tak cedera parah. Kebanyakkan dari buah2 tu selamat mendarat di atas kanvas.
Akhirnya abang ambil keputusan untuk memanjat pokok2 tersebut. Dengan bantuan abang ipar aku...abang berjaya memanjat pokok duku...memetik dan menjatuhkannya betul2 atas kanvas.
steady arr bang!!!..hehehehe
Banyak betul buah duku tahun nie. Tahun lepas aku petik buah duku kat tepi jalan jek...alahhhhhhhhhh...yang jolok pakai kertas tu...hiks. Kalau korang tengok buah kat pokok tu kan..mesti korang geram gak. Aku dengan anak sedara aku sibuk mengutip buah untuk dimasukkan kedalam karung yang kami bawa. Penat sungguh...aku sampai beberapa kali nak tersungkur...cam mabuk gitu...hahahaha. Kami mnghabiskan masa kat dalam kebun tu lebih dari 2 jam. Abang ipar aku kata...bila tengok semua pokok buah duku nie berbuah lebat...rasa cam tamak la plak...hahahaha. Kalu boleh kami dah petik semua buah tu sebab tak tahu bila kami berpeluang masuk kebun lagi. Itu dorang la...aku tetap akan masuk lagi ngan abang. Esok kami akan kebun lagi!!!.
buah duku ..menunggu masa tu.
banyaknyerrrrrrrrrsiap posing tuh!!..
manis buahnya...caya la!!
Aku bawa balik sekarung ke Melaka. Yang lain2 kakak aku bawa balik ke KL..pastu dia akan agih2kan kepada kakak2 ku yang lain. Kawan2 aku kat sekolah dapat la merasa duku Tg Gading.Alhamdulilah...harap2 tahun depan pokok2 tu semua akan berbuah lagi.
p/s: Fahmi..Happy Birthday yer!!..Moga sukses dan lebih matang dalam kehidupan.
Wassalam.
<< Home