bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Wednesday, December 27, 2006

Iye ke?..cam tak caye jek..


Assalamualaikum


Orang-orang kat Muo masa nie tengah sibuk dengan banjir. Kesian tau!!. Semua kawasan rendah dinaiki air. Alhamdulilah...kawasan rumah aku tak terlibat. Yang paling aku risau bila hujan turun dan tidak ada tanda2 menunjukkan ia akan berhenti. Aku risau sebab aku takut kalau2 jalan menuju kerumah arwah abah aku di tutup.

Dalam pada 'kesibukkan' itulah satu majlis di adakan di rumah arwah abah aku. Majlis pertunangan aku arr....hehehehe. Kadang2 aku nak tergelak...aku bertunang lagi...cam tak caye jek!!!. Ini betul2...bukan cubaan!!!. Apa yang berlaku adalah ketentuannya. Aku tak sangka akan bertemu dengan dia...yang cukup penyayang. Aku terpikat kerana sikapnya...sungguh gentleman...caring and loving. He knows how to appreciate me...that's the most important element that I've been looking for all this while. Aku mencintai dia bukan kerana harta...kerana aku sudah punya itu semua. Aku hanya ingin menumpang kasih sayangnya...sementara nyawa masih di jasad..sementara aku masih bernafas. Aku ingin menghabiskan sisa2 hidup bersama dia ...menjaga dan membahagiakan dia.Dia berbeza...*bukan niat untuk membandingkan* dan ternyata berbeza. Aku serasa seperti puteri...dilayan dengan penuh kasihsayang.


Kat sini...aku nak kongsi dengan korang...gambar2 majlis pertunangan yang diadakan pada 24 Disember 2006...selepas Zohor. Pihak lelaki datang dengan 5 buah kereta. Sebenarnya...aku
dan abang cuma merancang untuk mengadakan majlis yang cukup kecil...dimana hanya wakil dari pihak abang dan pihak aku berbincang.Selepas perbincangan.... jariku akan disarungkan cincin pertunangan..simplekan?Tapi akhirnya jadi camnie la...

bapa saudara ku sebagai wakil pihak perempuan

Apa2 pun...pihak abang tetap bawa beberapa barang sebagai hadiah untuk aku...so..aku pun balas juga la..hehehe.
antara barang2 dari pihak aku

Selepas dirisik...pastu terus urusan peminangan..then terus urusan pertunangan maka selesailah perbincangan. Wakil pihak abang...*mak abang dan mak saudara abang* menyarungkan cincin risik dan diikuti dengan cincin pertunangan. Berdebar2 juga la...hehehe

risik

tunang

Setelah selesai upacara meyarung kedua2 cincin...majlis di akhiri dengan doa selamat. Kemudian keluarga abang menjamu selera.

Alhamdulilah ...moga aku dan abang berjaya dan insyaallah kami akan dinikahkan pada tarikh yang telah di tetapkan. Doakan kebahagiaan kami ye..

cincin2 yang disarungkan ke jari2 manisku



kek dari pihak abang

Insyaallah...akan aku jemput korang ke majlis pernikahan aku nanti. Kita kumpul beramai-ramai. Ilham pun kena datang juga...bukan setakat skodeng jer tau.

Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan!!

Wassalam.