bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Sunday, June 14, 2009

cube2 jek..

Assalamualaikum..

akhirnya...berakhirlah cuti sekolah penggal pertama. Esok sekolah weyyy!!!hiks. Yang baru balik bercuti...selamat balik yer dan yang tak pegi bercuti cam aku....sabo jek la!!.


Bohong la kalau aku kata aku tak pegi mana2 masa cuti nie...*AM bawak tau aku jalan2*..hehehe. Namun disebabkan aku dah terbiasa dengan keadaan nie...maka aku tak kesah pun. Aku tahu AM memang akan sibuk bila cuti menjelang. Semasa cuti dia akan bertambah sibuk dan sebagai isteri aku amat2 memahami. Ok gak la..dia bawak aku g Jusco....Tesco...kan kan kan? Yang penting...sopping beb!! hiks.


Sepanjang cuti nie aku banyak abiskan masa kat rumah. Jelajah umah kengkawan...singgah jap..borak2..pastu balik. Rumah yang paling lama aku singgah ialah rumah Cikpah..sebab kat umah dia ramai kawan yang suke masak2. Aku salin lah beberapa resipi yang aku berkenan. Aku try salah satu darinya pagi td....Kek Lumut. Aku cube2 jek... .Dah masak dah...aku ingat nak amek gambo kek tu...tapikan..aku dah terpotong dulu sebab nak rasa sgt kek tu. Memang sedap sebab ade nestum n horlicks...lembut n moist. Sepatutnya kena masukkan kaya..tp kat umah aku tak der kaya..so aku tk taruk pun. Kira orait gak la...hehehe. Aku guna acuan yang agak beso...*tak der yg kecik arr*...so kek tu tak tinggi sgt. Lagipun tak guna baking powder.

Kalu acuannya kecik sikit ..tinggi la kek nie..


Actually....aku pegi Spore Khamis lepas. Balik ari jek. Malamnya aku n AM balik ke Melaka tp singgah tido di Muo. Kami jengah cucu2 kami. Nanti bila senang2 akan aku masukkan gambo cucu2 kami...Siti Amirah dah semakin chubby..si Abang n Kakak makin bijak.

Kepada kawan2 seperjuangan kat luar sana...Selamat Kembali ke Sekolah...menyambung apa yang tertinggal di penggal yang lalu.


Wassalam.