bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Friday, January 05, 2007

Tahun baru...semangat jitu...

Assalamualaikum


Dah hari ke 5 dah ek untuk 2007 nie....bermakna dah 3 hari sekolah bermula. Aku demam dan abang pun demam. Tapi tak la teruk sangat. Aku tetap ke sekolah. Malu arr ...baru mula sekolah dah mc. Aku tahan je la. Sakit nie kalau dilayan bertambah2 sakit la jawabnya.
Tahun 2006 yang aku tinggalkan banyak kenangannya. Pahit..manis...perit..payau..maung..entah berapa banyak rasa lagi yang ada. Yang pahit2 tu aku jadikan sempadan dan panduan semoga tidak selamanya pahit. Aku nak kenangan yang bakal aku ukir di 2007 menjadi sesuatu yang manis.
Tahun nie aku tetap kena mengajar Tahun 6...kelas peperiksaan tuh!! Dua kelas lagik...tahun lepas pun cam tu juga. Namun begitu aku bersyukur kerana resultnya cukup memberangsangkan. Tak putus2 ucapan tahniah dari pihak sekolah...kengkawan dan paling best dari parents anak2 muridku. Ada juga yang beri aku hadiah walaupun bukan itu yang aku pinta. Aku cuma mahukan anak2 muridku berjaya dengan cemerlang. Dalam pada aku 'bahagia' dengan kejayaan ini ...aku harus memandang ke hadapan memikirkan tentang nasib anak2 muridku di tahun 2007 ini. Aku cuba merangka strategi yang terbaik buat mereka. Aku berazam untuk memberikan mereka pendidikan yang terbaik dengan teknik pengajaran yang agak berlainan sedikit. Ini adalah kerana mereka terdiri dari set yang berlainan dari segi pemikiran...penerimaan dan pencapaian.
Sedang aku memerah otak...memikirkan strategi ..ada mulut2 busuk seakan2 cuba menjatuhkan semangatku. Malah kenyataan yang dikeluarkan seperti memperlekehkan keupayaan anak2 muridku. Dia kata : "Tahun nie ketawa...tahun depan menangis la".Dah le dia tak mengajar tahun 6..*dari dulu sampai dah nak pencen* ada hati nak komen pasal keputusan peperiksaan tahun 6. Bila di suruh mengajar Tahun 6...pucat gigi...hehehehe. Aku rasa macam nak cili mulut orang nie. Aku rasa cam nak tenyeh2...macam tenyeh cili api kat tempoyak!! Memandangkan aku dalam bilik mesyuarat...maka aku diamkan dulu. Insyaallah...aku harap result tahun 2007 lebih baik dari tahun 2006 atau setara. Lepas tu aku akan suruh orang tu menangis. Kenyataan dia nie membakar semangat aku...sebab korangkan tahu...aku pantang dicabar...hak hak hak.
Perjuangan harus diteruskan. Aku kena bijak untuk membahagikan masa...perancangan dan perlaksanaan mesti serasi.


Wassalam.