bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Sunday, October 29, 2006

Pemergianmu...aku redha.


Assalamualaikum..


Bagai diatur...aku menghadapi satu lagi dugaan. Kali ini...aku kehilangan seorang insan yang aku sayangi. Abahku pulang ke rahmahtullah pada pukul 9.15 pagi hari nie. Semalam aku sempat bertemu dengan arwah sebelum ke Kuala Lumpur. Itu adalah kali terakhir aku berbicara dengan dia.


Arwah sudah lama sakit. Selalunya aku yang akan membawa dia ke hospital apabila dia sakit. Banyak kali dia keluar masuk hospital. Namun aku bangga kerana dapat menjaga dia. Aku tahu sampai bila-bila pun aku tidak akan dapat membalas jasa dia padaku..... anaknya.
Aku redha dengan pemergiannya....aku tidak sanggup melihat penderitaannya selama ini.
Moga abah bahagia disana...doaku akan sentiasa bersamamu...



Al-fatihah buat Hj Omar b. Dolmat...


Wassalam.