bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Monday, April 27, 2009

kecoh sikit la...

Assalamualaikum..


jap lagi aku nak bergerak ke Klang. Sementara tu jengah2 umah nie. Mak aii...berabuk maut..hiks.

Sabtu lepas..member2 yg lain kena menghadiri kursus LDP..aku ngan Suzi bawa ahli2 Kelab Pencegah Jenayah ke Dataran Pahlawan...ade majlis rakan cop. AM memang amek cuti..so dia temankan aku kesana. Seronok murid2 aku masa ada kat sana...apa taknya..macam2 acara yang dipertontonkan kepada tetamu2 yang hadir.


Selesai semua ..aku pun bawa murid2 aku balik. Sampai kat rumah..aku pun sibuklah mengONkan tenet sebab nak isi borang income tax.... *baru nak isi...padan muke*. Masa aku siapkan tugas aku..AM dpt call dari Spore. AM tanya...aku nak ikut tak? Tentu lah kan. Aku tak sanggup tgk AM drive sorang2....sian dia. Walaupun sebenarnya....kalau aku ada pun cam tak der...hahahaha. Bese ler..aku akan turu dlm kereta.
Sesampai kat Spore...kami terus g Dover Cresent...tgk ayah yg sakit. Setelah kami puas hati dengan kesihatan beliau..kami pun bergerak ke rumah Linda. Kami tahu cucu2 kami tak brape sihat. Sian Siti Amirah....batuk ngalahkan orang tua. Siti Aishah baru nak pulih.. Ashraf dah ok cuma selsema jek. Semalam kami kuar bersama2...shopping sikit2 jek. *shopping ker tu?* hiks.

Dalam pukul 12tgh.kami bergerak balik ke Mlake.Kami singgah kat Ayer Hitam...singgah umah Muo..then sampai Mlake dlm pukul 7.15 gitu. Malamnya aku gosok baju AM sambil packing baju nak ke Klang. Dalam pada sibuk2 tu..Jannah call nak singgah umah. Aku berhenti menggosok..dan melayan tetamu.

Pagi nie aku sambung packing...*sempat menghapdate lagik tau*. Kul 11 kang aku bergerak lah..nak jumpe Lara....hehehe.


Wasalam.