bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, February 17, 2009

sayangi dan hargai..

Assalamualaikum..

dah selesai dah menanda kertas ujian. Punyer ler penat..sampai terturu aku atas kertas ujian anak2 muridku. Oleh kerana kebizian aku inilah...aku mengambil masa untuk menghapdet rumah aku.


Walaupun sibuk..aku luang gak la masa tuk membaca citer2 kawan2 aku. Wahhh!!! terkejut aku..sah ler aku dah kena block...huhuhuhu. Sedih beb. Mujur ler ade penjelasan. Teruk tau dak Ilham nie...wat suspen jek. Thanks beb for the email. At least wa tau ler ko nak berehat...hehehe.

Payah gak ler aku nak bersembang ngan dak lara. Tak leh nak wat mesyuarat tingkap lagi. Kalu dorang masuk rumah aku pun bukannya aku ade waktu pepagi nih. Petang pun aku dah jarang bertenet. Maklumler...keje banyak...nak memasak...nak menggosok baju..wat keje sekolah...kadang2 tak sempat nak turu.*tu yg sampai terturu atas kertas ujian*. Aku tau..korang pun banyak keje ..tapi korang tak merungutkan?..hehehe.


Aku ade terima email dari adik angkat aku...kita baca dan fahami la bersama2 yer..




~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.
Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.
Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.
Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jantung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
HARGAILAH JANTUNG ANDA.....
Wassalam