Cuti sekolah datang lagi!!
Assalamualaikum..
Cuti sekolah sudah bermula..hiks. Tapi aku masih kat Melaka la. Tak kemana-mana pun buat masa nie. Abang keje. Jadi keje aku mengemas umah cyber dan menjadi suri rumah sepenuh masa sepanjang cuti nie...hehehe. Bila dah penat tu..bersantai la plak.
Jumaat lepas adalah hari terakhir persekolahan bagi sessi 2008. Pening kepala aku pagi tu. Anak2 murid aku cam tak senang duduk...especially Yr 6 students. Maklum la dorang dah dapat result UPSR..happy giler la kan. 43 orang dapat 5A..satu pencapaian yang agak baik. Tahun depan aku harap result akan bertambah baik dari segi quantity mahupun quality.
Pada hari terakhir tu juga lah aku adakan jamuan untuk murid2 kelas aku.*Next year tak jadi guru kelas dah*. Murid2 tahun 2 tuh!! Aku tempahkan sedikit makanan ...then aku belikan air kotak dan jajan untuk dorang. Kanak2 la katakan...dapat jajan plak tu..suke bebeno!!. Aku sempat buatkan pudding roti buat dorang...nak buatkan kek dah tak sempat...*alasan kepada kemalasanku*..hiks.
nie ler puddingnyer..
Jamuan dimulakan pada pukul 9 pagi. Anak2 murid dah tak sabar menunggu. Yang bagus tentang anak2 murid aku nie...dorang tak buat bising. *tengoklah sape cikgunya..mmg cari nahas ler kalu wat bising*..hahaha. Selepas aku agih2kan makanan dorang dan menghimpunkan makanan yang lain2 diatas meja...majlis pun dimulai dengan bacaan doa makan oleh semua anak2 muridku yang beragama Islam. Lepas tukan...tiada lagi kedengaran suara mereka bercakap2..yang tinggal hanya irama kunyahan mereka. Tapi tu pun tak lama...pastu..bising balik..adoyaiii!!.
Aku sempat amek gambar dorang tengah makan..dan ade anak murid aku yang offer diri nak amekkan gambar aku dengan kawan2 dia. Ade gaks la kenangan aku bersama mereka..untuk aku kenang bila dah pencen nanti.
Sopan jek kan?..hiks
tengah sibuk makan..hehehe
nak gaks bergambo ngan cikgunya
happy giler!!..
Selepas majlis selesai kami bermaaf-maafan..jumpe lagi tahun depan...insyaAllah.
Anak2 murid ku..
jangan biarkan cuti sekolah kali ini berlalu..
tanpa engkau menjengah begmu..
yang sarat dengan ilmu.
Carilah dimana letaknya..
jawapan kepada setiap persoalan..
jadikan buku itu sahabat..
insyaallah..jalan mu tiadakan sesat.
tanpa engkau menjengah begmu..
yang sarat dengan ilmu.
Carilah dimana letaknya..
jawapan kepada setiap persoalan..
jadikan buku itu sahabat..
insyaallah..jalan mu tiadakan sesat.
Wassalam
<< Home