bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Wednesday, November 05, 2008

satu dalam macam2 hal..

Assalamualaikum.

Adoyaiii..penat ari nie. Aku baru balik sekolah. Terpanggil lak nak menghapdetkan nukilan aku nie. Kali nie aku nak berbicara tentang sesuatu yang agak serius la. Terbuku2 kat dada aku nie.


Apa nak jadi ek dengan anak2 sekarang?. Kat mana silapnya?. Macam mana kita as parents hanya meletakkan tugas sendiri kepada orang lain?. Tanggungjawab masyarakat sekadar membantu dan memberi sokongan. Kalau dah parents wat derk...maka jadi Anakku Sazali la jawabnya.


Peperiksaan dah selesai. Jadi budak2 nie ingat dah tiba masanya mereka bergumbira. Buku latihan yang masih belum habis aktivitinya ditinggalkan kat rumah. Buku teks plak dalam proses pemulangan...tapi buku untuk tahun depan dah diberi. Pada mereka...buku tahun depan..tahun depan punyer cerita la. Jadi tak la dibawa. So..korang tahu apa yang dibawa ke sekolah??

Aku nie hanya akan menjadi Guru Displin(bos tuh!!)..bermula tahun 2009. Aku tak nak lah jadi orang yang gila kuasa dengan mengambil alih tugas guru displin yang ada. Tapi aku memang tak tahan dengan sikap murid2 sekolah aku nie. Aku pasti sekolah2 lain kat Malaysia nie pun menghadapi masalah yang sama. Mereka berlagak seolah2 mereka dah terlalu besar hingga batang hidung cikgu pun dilanggar.


Berbalik kepada persoalan apa yang meraka bawa ke sekolah di hari2 terakhir persekolahan 2008. Nie kira kes pagi tadi...aku masuk kelas. Dalam kelas tu ada ustazah. Bila nampak aku..ustazah tu terus mengadu pada aku hal anak murid lelaki kelas tu yang membawa mainan ke sekolah. Kalau setakat dam ker...chess ker...monopoly ker...sahibba ker...aku orait lagi. Dorang bawa pistol/short gun mainan!!!! siap ade peluru tuh!!. Mula2 aku cakap baik2 la...minta dorang keluarkan semua pistol2 yang ada...hiks. Ada la dua tiga orang yang wat muke selambek. Apa lagi..aku kuatkan sikit volume aku...sambil mengira..1.....2.......tak sempat nak sebut 3... amek ko!!! berebut2 dorang kuarkan pistol yang tersimpan bawah meja dorang. Peluru pun disertakan sekali. Aku dapat tahu ada murid perempuan yang dah terkena peluru tu. Angin tul aku dengan anak2 orang nie. Parents dorang tak check ke beg anak2 mereka ek?. Tapi aku tak heran sebab dulu aku pernah tanya pada murid2 aku nie.."Pernah tak parents awak check buku2 latihan awak?"..sedih la..most of them said 'Never". Bukan setakat tu..ada yang tak amek tahu anak ade keje sekolah ke tak.(* bukan semua la..ada parents yang memang perhatin tul terhadap anak masing2...yang nie aku tabik la..*)


So...lepas aku dapat 4 laras short gun nie..aku pergi la berjumpa dengan HEM. Aku story la kat dia. Aku cadangkan kat dia wat spot check...dan dia suruh aku buat..tapi aku menolak. Not because I don't want to but aku tak leh lah amek keje orang kan?...hehehehe. *sebenonya aku banyak keje lain..report book nak kena siapkan*. Dia pun minta tolong dengan guru displin yang ada sekarang. Aku tak tahu apa jadi lepas tu..*aku cuma beri idea kat HEM pasal spot check tu*.


Sebelum balik tadi..aku berjumpa dangan guru displin dan bertanyakan tentang kes tu. Dia beritahu aku ..dia buat spot check dari kelas Tahun 6 hingga ke Tahun 3. Lumayan beb!!! hahaha. Banyak tuh!!. Kalau wat niaga pun orait per. Parents dorang nie mmg (most ) kayos la. Mahal tau mainan tu. Rasa2nya kalau dorang nak mainan tu semula..kena lah bawa parents ke sekolah. Nasib korang arr!!

Aku betul2 berharap parents kat luar sana perihatinlah terhadap sikap anak2 mereka. Jangan lah datang kesekolah hanya semata2 nak cari salah guru. Kawal anak masing2...itukan amanah korang. Bila masyarakat menegur tentang sikap anak kita..selidik lah!!
Aku sekadar nak mengingatkan ...anak2 sekarang....kata2yang mereka ucapkan..kadang2 ibarat api dalam sekam...makan dalam tuh!!!


*baru lega lepas wat entry nie*

Wassalam.