Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..
Sunday, June 22, 2008
minggu yg bz..sempat bersantai
Assalamualaikum...
dua minggu yang lepas...aku agak sibuk. Dua hari aku ke M****** Hotel bagi menguruskan satu kursus untuk guru2 di Melaka. Aku kurang mahir tentang jalan2 kat Melaka nie..*for time being*. Tapi untuk ke hotel tu ..tak der masalah sebab abang selalu gak bawa aku ke sana...*dah dia keje kat situ la plak kan*.
Pagi aku mengajar seperti biasa. Dalam pukul 12 aku bergerak ke JPM untuk mengambil bahan2 kursus..*mujur bawa avanza*...banyak tuh!!. Kemudian aku terus ke sana. Actually tak la jauh sangat sebab aku ikut jalan pintas. Pukul 2 petang aku mulakan tugas dan berakhir hampir pukul 5 petang. Hari kedua tugasan aku berakhir agak awal dari semalamnya. pada hari kedua itulah Linda dan keluarga balik ke Melaka. Cepat2 aku mengemaskan laptop dan LCD... aku tak minum petang pun sebab tak sabar nak jumpe cucu2 aku...hehehehe.
Sesampai aku di lobby...abang dah ada menunggu dan memberitahu cucu2 aku ada di swimming pool. Aku pun kesana selepas menghatar barang2 aku ke kereta. Aduhaiii....comelnya cucu2 aku. Sayangnya aku tak sempat nak tengok dorang bermain air di pool tu. Mujur abang ade merakam peristiwa tu. Gelihati bila aku lihat dorang seronok bermaian dalam air. Lantas abang mencadangkan kepada Nazeer untuk extend kan cuti dorang...sebab abang nak bawa mereka ke Sagil. Nazzer plak nak makan sate..cantik la tu.
Malamnya kami ke Alai...makan ikan bakar. Ashraf dan Aisyah tak senang duduk. Kejap berlari kesana...kejap kesini. Tempat tu luas..tapi masalahnya banyak kerusi meja..risau kalau2 dorang terlanggar. Tapi dorang memang cekap..boleh brek on time tuh!! kehkehkeh. Selepas selesai...kita orang balik...kedua2 hero dan heroin lepak abis...hiks.
Hari Sabtu seperti yang dirancang...kami keluar dari rumah dalam pukul 8 lebih dan terus ke Muo. Kami ke sebuah tempat makan yang selalu kami pergi especially on Sunday morning. Kat situ ada sate,mee rebus,lontong dan nasi lemak. Yang special kat situ ialah sate dan mee rebusnya. Ramai orang pelik bila aku kata kat Muo sate dijadikan makanan sarapan pagi. Itu la istimewanya Muo...selain terkenal dengan mee bandungnya. kemudian kami tapau sate dan nasi lemak untuk dibawa ke Sagil. Sampai jek kat sana kami cari port yang selesa untuk cucu2 kami. kami tak naik atas sangat...memadailah kat tingkat kedua. ..tak brape dalam airnya dan sesuai untuk kedua2 cucu kami bermain air. Dorang nie kan memang cerdik tau. Masa berada si swimming pool mereka bolah berjalan dalam air tu dengan selambanya...sebab lantainya marmar. Bila berada di Sagil...mereka bermain air tapi kedua2 belah kaki dorang kat atas peha aku...kehkehkeh. Agaknya sakit kaki mereka atau tak selesa bila memijak pasir. Yang bestnya dorang menggigil kesejukkan tapi tak nak naik. Aku dan maid Linda ...terus berada di dalam air.
tgh makan kerepek kentang...
sejuk giler...
Abang rakam kenangan terindah semasa di Sagil dalam camcorder...so tak banyak yang boleh aku selitkan kat sini. Kami berada kat sana pun tak lama sangat..ari ujan la plak..tetibe jek. Bila kami dah turun...ujan pun berenti...hiks. Aisyah cam tak *setuju* jek bila kami ajak balik.
tengok tu..pandai majuk...bawa diri lagik...kehkehkeh
Apa2pun Linda and Nazzer...sorry yer Cikya tak dapat nak beri layanan yang baik sebab Cikya keje masa u all ade kat sini. Nazzer..once again..Happy Birthday..Linda...Happy Belated Birthday.
Setelah Linda dan keluarga pulang ke Singapura..kami berdua dah cam mati kutu...hahahaha. Abang selalu gak mainkan video kenangan kat Sagil tu...at least terubat lah rindu kami.
<< Home